4 Jun 2011 berlangsungnya majlis kenduri untuk adik lelaki bongsu dijalankan. Majlis telah berlangsung dengan meriah dan teratur walau pun terdapat perubahan tanpa dirancang dalam majlis tu.Pada mulanya majlis hanya sekadar jamuan dan makan damai je tapi dalam masa 3 hari plan nak buat acara bersanding pulak.Disebabkan musim ni musim orang kenduri kahwin dapat jugak carik pelamin,pasukan kompang saat last minit jugak karaoke.
Pengantin kena mendaki jalan bukit ni nak menuju kerumah
Paluan kompang dari sicilik
Antara cenderahati untuk semua tetamu juga diberi nasi berkat pada saudara mara dan rakan rakan yang datang dari jauh
Cenderahati untuk semua tetamu yang hadir
Canopy pusat operasi tuan rumah menyambut tetamu
Sebelum tetamu mula datang ambik kesempatan ni gambar bersama anggota keluarga.....sebelum make up cair dek kepanasan kejab lagi
Mudah sekarang, 13 kotak ni telah diterima melalui kurier sehari sebelum majlis yang mengandungi 1800 kotak cenderahati pada semua tetamu iaitu baulu kemboja yang diorder dari perusahaan kecil di Hulu Langat.
Majlis dah kepenghujung. Selesai sudah acara hari ini . Alhamdulilah
Sedang meyediakan godie bag untk kumpulan marhaban, dalam bag tu sebiji mug, mangkok sos dan gula2 kelapa, dodol dan bunga telur.
Antara cenderahati untk main table, juga untuk saudara mara dan kumpulan marhaban .
Ni acara melepaskan anak tupai yang telah dijumpai dalam gulung carpet semasa kemas rumah.So anak tupai ni dilepaskan agar dapat melalui habitat asalnya.
Bilik pengantin dihias sederhana. Tirai sliding door telah dinaik taraf untuk hiasan dibilik pengantin.
Ambik kesempatan sebelum pelamin dibuka
Acara merhaban dan bacaaan yasin dari kumpulan orang2 kampung
Kak Ann minum air yasin setelah upacara bacaan yassin dan marhaban pada malam hari.
Pic ni semasa upacara akad nikah pada 27 Mei 2011 dirumah pengantin perempuan.
Hadiah surprise dari abah untuk menantu perempuan bongsu seutas rantai tangan telah dipakaikan abah selepas acara merenjis tepung tawar pada malam berinai
Ini antara pic anggota keluarga yang ada pada malam tu
Perarakan untuk majlis bersanding di hari langsung. Tidak ramai dalam perarakan ni kerana sebahagian anggota keluarga tunggu kat bawah pokok sebab tak tahan panas dan masalah tak larat nak jalan, so half way diorang sambung la perarakan ni
.
Haa... ni acara yang yang tidak asing bagi orang Johor. Acara tol tapi kami dah diberitahu awal2 ada upacara ni so dah siap prepare siap duit tol ni.Acara ni memang meriah kalau pengapit pandai cakap untuk melepaskan pengantin untuk kepelamin.
Tol yang ke 5 ni,,,,duit dekat nak abis dah ni
Tol paling mahal kat mak andam la nih. RM60.00 ke mak andam baru pengantin dapat duk kat kurusi ni.
Selesai sudah majlis ni semuanya berjalan lancar dan teratur. Kami adik beradik telah membuat sedaya upaya sesempurna yang boleh dengan sokongan dari abah dan ini lah hasilnya. Majlis terakhir dalam adik beradik seramai 4 orang.

No comments:
Post a Comment
Tulis la apa2 aje......