Wednesday, November 6, 2013

Terima Kasih Kepada Polis Trafik Bulatan Jalan Othman P.Jaya

Setelah berpuluh tahun menggunakan jalan untuk ulang alik ketempat bertugas berbagai rasa dan pelbagai suasana yang diharungi. Yang paling tak boleh elak kesesakan jalanraya walau berbagai naik taraf jalan dah dibuat.Orang Malaysia memang kaya kebanyakan semua berkereta. Tak tahu nak salur kemana nak bagi penghargaan kepada polis tafik berpangkat Sarjan yang selalu selalu bertugas pada waktu petang di bulatan Jalan Othman P.Jaya. Sangat komited dan cekap dalam kerja. Walau tiap hari jem tapi dia dia bole mengendali keadaan dengan melancarkan aliran trafik.

Tidak hanya dengan berdiri sambil melihat je kesesakan tapi dia sentiasa melihat situasi keliling dan dengan cara menggunakan kon disebelah kanan kanan yang menuju kebulatan amat berkesan dimana kenderaaan disebelah kiri bole menyusur perlahan tanpa menggangu kenderaan yang bergerak dalam bulatan tu. Kalau dulu pernah merasa teperangkap dalam jem selama 1 jam semasa melalui jalan  hadapan restoran Lotus PJ hanya untuk menuju ke bulatan Jalan Othman. Memang geram dan sangat membosankan. Rasanya cara polis trafik mengendalikan kesesakan ini memang memainkan peranan besar dalam melancarkan aliran trafik.

Dapat snap pic polis trafik ni waktu melalui bulatan jalan gasing mingu lepas
Pernah nampak sendiri semasa waktu berhenti anggota polis ini berjalan sambil menjenguk ditepi tingkap  setiap kereta satu persatu dan berhenti sambil berkata2 sesuatu kepada pemandu, rupenya memberi nasihat kepada wanita yang drive seorang diri  yang suka letak hand bag kat seat sebelah.Walau dah banyak jenayah pecah cermin sisi untuk ragut beg ni tapi masih kesedaran amat kurang,,,dan antara wanita tu  kadang2 penulis blog ni juga ,,,tapi kini dah beringat kalau drive sendiri letak beg kat bahagian bawah seat driver tepi kaki . Jarang ada anggota yang sanggup buat begini, dan setelah beberapa meter memeriksa kereta2 ini dia berlari semula ke pangkal jalan untuk mengendali aliran trafik.Syabas pada anggota polis ini semoga dia menjadi contoh kepada yang lain. Selalunya bila sebut polis trafik pasti tangapan negatif yang mula difikirkan tapi cuba fikirkan sekejab camana situasi diorang mengendali trafik ditengah panas terik dan hujan tapi kita dengan santainya duduk dalam kereta dengan aircond dan muzik berbagai.Jarang nak menghargai tugas diorang ni kalau jalan sesak mesti salahkan polis tapi bila jalan lancar tak pernah puji ini jasa polis. Dengan ini saya mewakili warga yang hari2 menggunakan Gasing hingga ke bulatan Jalan Othman menggucapkan terima kasih dan amat menghargai polis trafik yang bertugas setiap hari.

5 comments:

  1. Suka sikap polis traffic yagn bekerja cm tu...menjaga keselamatan pemandu..JM pun sama..suka letak beg di seat sebelah kanan..so perlu beringatlah lepas ni..time kasih kak haneem kongsi info ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, kena beringat selalu bahaya letak h.bag kat seat, pernah nampak kejadian ragut tu depan mata dah.

      Delete
  2. betoi dulu akak ulang alik kinrara ss2 ada sorang pegawai trafikni memang berdedikasi habis.. konon nak hantar surat kat PDRM konon nak buat surat penghargaan tapi tak terbuat.. cuma tiap2 hari klau nampak dia akak berdoakan kesejahtraan dia dan keluarganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cho zila ; entah2 pegawai trafik yg sama tak dlm citer akk ni tak? Memang selalu doakan yg baik jika nampak orang2 yang buat kerja sebaik gini.

      Delete
  3. tq singgah blog saya ... salam singgah juga

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......