Friday, June 10, 2016

Floria 2016 Mengecewakan

Floria 2016 di Putra Jaya datang menjelma lagi, datang untuk tenguk apa yang ada. Harga tiket lebih mahal dari tahun lepas, ada lagi satu pilihan jika nak tenguk kena bayar tiket lain. Untuk masuk ke Magical World Floria kena tambah lagi RM10.00.Tiket utama RM7.50. 
Total dah jadik RM18.00 seorang kalau nak pilih tu. 
Sebelum buat pilihan untuk ke Magical World Floria tu cuba survey budak yang buat promo kat tempat tiket tu. tanya adakah ia berbaloi dengan harga dan ada ke bunga hidup dari luar negara. 
Jawapan sibudak ni macam tak sure tapi lepas tu dia kata ada pulak dan siap cakap rugi kalau tak masuk. Ok fine,,nak puas hati tanya lagi ada tulip tak,,,dia kata ada. Ok fine... ambik keputusan beli tiket option tu, so untuk 2 orang RM36.00
Nama pun nak masuk ke pesta bunga ,,,dari pintu gate dah berbunga ukirannya.
Tempat stop pertama bergambar disini,,,masa tenguk lawa tapi bila dah dalam gambar burukkk,,,ok tak salah juruhias ,,angle untuk bergamba kena main peranan,,,dah macam tiang apa tah temasuk yang bergamba tu,,,sebenarnya pokok buluh tu.
Patik mahkotakan mahkota tu atas kepala sendiri...
Atas kesetiaaan tak berbelah bagi sebagai rakyat Johor,,,dua beranak ni berlegar legar jab kat laman Johor.
Ni lah pintu gua bagai batu belah batu bertangkup,,entrance untuk ke bahagian Magical World Floria tu,,tunggu sekebab sebab masuk ikut batch by batch. Bila masuk dalam tu gelap gelita dan lmapu samar2 sebijik macam masuk rumah hantu fun fair.
Belakang tu kiranya hutan la. Dalam hati terus menaruh harapan bila nak sampai ruang tenguk bunga hidup luar negara nih...sure lah tempat sejuk ni dibuat special sebab nak letak bunga yang pastinya tak tahan dengan panas kat luar tu.....tapi mana nya hanya tayangan screen tunjuk video hutan dan specis hidupan laut,,,chehh mula lah hati ni geram ,,,
Bila last pit yang ada bunga ialah dari hasil rekaan kreatif pengubah bunga untuk dipertandingkan...Weiii !!!!! kecewa dan sangat menyesal kalau setakat ni je kemain lagi masa promo tadi kata berbagai,,,kalau tak penat rasa nak carik balik budak yang bagi info salah tu...
Lain kali pengurusan kena pastikan info promoter tu tepat dan betul.....kalau gini umpama masuk gua gelap tenguk screen besar tu jer...haish.
Walau dalam hati marah dan tak puas hati ,,,bergambar jugak lah kat hasil kreatif ni,,,, andaian fikiran yang tak seni ni ingatkan ni obor obor tapi kat kak Ann ni hujan lah makkk,,,haiya ,,dah namanya seni biar lah ikut apa yang dirasakan,,,tu sip baik kata obor obor ,,mula2 dalam hati kata sarang burung dan jenguk2 jugak kalau nampak burung tengah mengeram kat menda yang bergumpal2 tu.
Kat ruang ni ada jual jeruk,,,nampaknya tempat ni buat hati sejuk sikit,,sambil sepit jeruk tu sambil telan air liur....panas lagi hati ni takat bayar 10.50 tapi tah apa apa ,,,yang best kat ruang berbayar ni ialah JERUK ni jer.....
Ambik kenangan kak ann bergambo kat sini,,,kiranya bunga pahar yang ukuran tinggi sama ngn pengantin.
Tenguk cik patung berhias sayur ni,,,bole lah guna gaun ni untuk ke pasar,ambik dan sangkut ke kat situ.
Kepompong yang kini dah jadik ibu rama rama
Bahagian ni masa nak masuk ke ruang Magical World ni,,,semua bunga crhysentemum atau kekwa atau kat kampung orang panggil bunga taik ayam.patut tak banyak ros atau okid , theme taun ni bunga ini.

Dengan rasa yang kecewa dan ralat yaamat keluar dari ruang magical terus ke laman diluarkan ni. Sip baik ada batang besi ni bole lah bergamba berdua2 an 
Sekali lagi kak Ann kata dinding lawar,,,ye lah nakkk... kita carik dinding je wat bacground.
Decoration dari inspirasi sarang lebah
House of chocolate
Untuk mengubat kecewa tak dapat tenguk tulip, duduk lah sini dikeliling dek bunga kek wa ni,,,

dalam tahun ni je dah 2 kekecewaan untuk nak tenguk secara tulip secara live,,,masa kat Kashmir aritu sepatutnya masa datang tu masa yang sesuai untuk tulip ni mekar tapi kuasa Allah mengatasi segalanya bunga tu dah kembang awal sebelum kami tiba sebab faktor berubahan cuaca, masa kami sampai cuaca berubah sejuk dan hujan membuat dia rosak dan ladang ditutup pada pengunjung.
Ni kecewa lagi dek information salah dari petugas..
Ni lagi best,,,support buah yang subur kat negeri sendiri,,,kata penjual specis nenas ni dah diklon buat isi dia tidak lidas,,,harap faham lidas tu buat lidah kita macam rasa pedih kalau makan banyak buah ni..Beli sebijik dengan kiraan kilo nya harga RM7.00, haa ini berbaloi sedap manis dan tak lidas.
 Malas nak layan orkid lagi sekarang,,kalau dulu rajin juga cuba mendodoikan orkid ni,,,tapi tak pernah hayatnya panjang...berbunga tu je sekali sejak dibeli tu pun hasil bunga dari nurseri
Tak murah pulak tu,,,lawa kan,,,kalau mahal mesra dengan pejaga tak pe tapi susah la nak jaga dia ni,,,nak berbaja tak henti. so lupakan...
Walau apa pun kami kat sini dari petang sampai ke malam jugak la,,,,dalam kecewa kecewa tu,,rumusan dibuat tahun lepas  lagi best.

No comments:

Post a Comment

Tulis la apa2 aje......