Day 3 kami melawat 2 lokasi. Nami Island dan Mt. Sorak National Park
Masa musim demam drama Korea winter sonata kat Malaysia tahun 2002 dulu tak terfikir langsung tentang nak jejak ke lokasi cerita ni, siaran cerita ni waktu petang, maka berusaha sungguh balik cepat ke rumah dan mengikuti siri demi siri. Adakala tertinggal jugak beberapa siri,tapi punya lah gigih dapat cari satu set cd sebanyak 30 keping dan khatamkan cerita ni dalam masa beberapa hari je,,,tapi dek asyik sangat sampai waktu untuk tidor pun tersasar
Salji sekitar pulau kecil ni dah semakin nipis licin dan mengeras kena berhati2 nak memijaknya agar tak terjadik adengan terlentang pulak.
Tempat posing mula2 masa sampai sini, kebanyakan bloger mesti tempek gambar kat sudut ni, so aku pun nak jugakkk la. Ni bangku yang si Bae Young Joon aka Kang Joon Sang dan Choi Ji-Woo aka Yeong Yoo Jin dok berasrama berasmara ni.
Ni apa hal dah 3 orang berebut patung Jun Sang ngn Yu Jin yang dah itam bagai disambar petir niiii.
Okeyyy baru line clear....2 orang berebut, aku berkecuali yaa bagi chance pada anak dara 2 orang ni ambik aura hero ngn heroin ni, sebagai mak kena bagi laluan.
Tempat ni jugak selalunya tempat bergambar wajib bagi yang nak bergamba, suasana jalan dan deretan pokok masa hero ngn heroin naik basikal melalui lorong ni dalam winter sonata.So kitorang pon ambik berkat jugak lah.
Tak sempat nak masuk pun dalam ni dek sibok carik lokasi acara bergamba sesama sendiri.
Berlatar belakangkan tasik.Ada orang cakap tak yah tengok tasik sangat laaa sebab kat Malaysia pun banyak tasik...Adoii saper yang cakap tu hah..
Ronda2 jumpa dengan group member kat sini ingatkan retis mana tadi .... hehehe
Dalam banyak2 lokasi , dua orang ni pilih disini ....notis memperigati kematian second hero dalam winter sonata Park Yongha yang mati dengan mengantung diri dengan cable telefon bimbit pada 30 Jun 2010...Sebab?...tak tau ler apa masalahnya.
Harap2 cik adik yang bergambar tepi basikal yang diguna dalam filem winter sonata ni tak mencuba nak umpil keluar beskal untuk diguna beronda sekitar pulau ni.
Walaupun licin kat sini usaha jugak duduk situ.
Belakang ni botol2 arak yang dipanggil sake dibuat hiasan kat taman ni. Arak ni minuman tradisi warga korea.
Berenti makan pan cake yang liat2 ni....sedappp yaamat dan hirup teh panas. Lupa pulak berapa harganya maklum ler air ngn pancake ni ada orang belanja.Tak manis nak tanya demi menghargai orang belanja tu..hehehe
Petugas yang sedang buat pancake yang sedap dimakan masa ia panas2 ni.
Bersama mak cik kiah salah seorang ibu rakan dalam group ni, mak cik tak larat nak jalan2 sangat dengan cuaca sejuk ni,,so dia duduk sini sambil beberapa kali nyalakan ungun bara api tu.
Mulanya pelik bila nampak benda ni ,,,,
Ohhh pau yang sedang distimkan dalam bekas unik ni.Pau ni amat sedap dan gebu . Huh segala makanan panas2 ni sangat sedap dinikmati dalam sejuk2 ni.
Snow kat sini masih gebu sebab sesekali masih turun.Kat kawasan restoran masa lunch.
Snow kat sini masih gebu sebab sesekali masih turun.Kat kawasan restoran masa lunch.
Hanya kami berdua yang tau ada peristiwa terjadik kat sini....
Hari ni lunch makanan Korea.Rasanya tak lah beza sangat dengan Malaysia,Nasi claypot, sayur , goreng ikan bilis,taufoo, cili padi jeruk dan wajib ada kimci. Sebelum mula makan our tour leader ajar dulu cara nak menikmati gaya makan sini. Nasi bole digulung dengan seaweed ni atau makan nasik dengan lauk2 tu saje. Dan saki baki nasi dalam mangkuk tu ditambahkan air agar semasa kita makan ia kan jadi bubur pulak kalau nak. Bawah mangkuk tu ada alat pemanasnya.
Sebelum mula makan posing dulu...
Rakan sebelah meja sedang menikmati makanan dengan tekun nya.Ia sedap dan bole diterima tekak orang Malaysia ni.
Meneruskan perjalanan ke Mount Soeoraksan National Park. Sepanjang perjalanan tak tidur pun sebab rasa rugi jika terlepas pemandangan yang cantik2 ni.Sungai ni masih beku lagi. Jambatan yang nampak tu kami lalui masa waktu pulang.
Tiba di Kwonggumsong Fortress untuk manaiki cable car.
Cantik sangat pemandangan kat sini. Tiap musim punya pemandangan yang berlainan...moga ada rezeki untuk menikmatinya di lain musim kelak.
Sangat curam ni. Kami antara yang bernasip baik mengikut tour leader cable car ni hanya beroperasi jika cuaca baik, pernah terjadi cable car ni terhenti dalam perjalanan utk beberapa jam sebab angin bertiup kuat samada ia secara automatik berhenti atau dihentikan sementara demi keselamatan.
Walau seram terkesima jugak lah tengok pemandangan dari atas ni.
Alhamdullillah selamat tiba ke puncak gunung ni.
Snow agak tebal lagi disini.
Wow bestnya, punya lah dasat penangan cite korea yg hit tu, siap ada tempat dia dibuat port kenangan yek.
ReplyDeleteMyFreeMinded ; pulau ni famous sebab dek citer tu lah, bole jadi tarikan pelancung lagi.
DeleteWah best ada salji, JM ari tu pegi time spring so next time nk pegi time winter lak heeee
ReplyDeletejarimanis ; Hah kena gi lagi tuuu,masa akak gi ni pon dah penghujung winter tapi salji masih ada dan snow sekali sekala kat kawasan gunung.
DeletePeristiwa apa kah itu ;-)
ReplyDeleteMmg best tour kali ni..klu ada rezeki nk pegi lagi!
Cik anon ;ada rezeki ...jom gi(spring sesson pulak)
Deletesamalah kita akak, baru balik last week pergi korea, hehe...cantik kan nami island and mount sorak, sejuk jer mata memandang...
ReplyDeleteOrga ; Memang cantik kan, as pengembara persendirian macam u mesti lagi puas disesebuah tempat sebab x terikat dengan masa, kan.Saya x berapa pandai nak cuba sendiri2 tu yang gi through travel agency je, mudah x yah nak nak buat research.
Deleteala jeles sesangatler tnogk gambarni.. tak penah sampai lagini... teruja tengok gambarni.. pandai diaroang menggunakan cerita kegemaran ramaitu untuk tempat perlancongan nyerkan...
ReplyDeleteCho Zila ; wlau pun sebelum ni tak tau apa yg special kat sana, tapi bila dah gi rasa nak ulang kembali.
Deleteyour trip just gets better and better kak haneem! my mom would have loved to visit the winter sonata location, she's an ardent fan! but she doesn't like the cold, certainly not winter. she even finds summer in england rather cold! love the local delicacies, looks very interesting! thanks for sharing, looks like a wonderful country to visit.
ReplyDeleteRosa Noor ; Apparently on the following day we're getting more and more comfortable and excited to explore Korea. Suitable and comfortable attire is very important during winter so that we can enjoy and appreciate everything around us. most people say autumn is the right time and the weather is more comfortable for sightseeing...
Deletejeles sesgt tgk gambar2 ni...jeles sbb akak dah sampai ke korea....huwaaaaaaaaa......
ReplyDeletealaa Wahida jgn jeles,,insyaallah jika ada kemahuan nak gi mesti sampai jugak.
Delete