Monday, March 25, 2013

Korea Pt 3 Ski Resort

Day 4 - Ski Resort / Makan2 Korean food

Semasa sampai ke tempat ni kami sangat2 bernasip baik kerana orang tak ramai, boleh dikatakan hanya kami semasa sendiri je yang ada kat situ. Menurut tour leader,kami ni group yang akhir dapat kesini kerana dalam beberapa hari lagi je tempat ini akan ditutup sampai musim sejuk kembali lagi hujung tahun ni. Walau pun dalam musim peralihan nak ke spring tapi semasa kami sampai snow masih turun beberapa kali buat seketika.


Kena tukar pakaian kat tempat ni untuk aktiviti ski atau nak golek2 dalam snow.Pakaian ni kena sewa sendiri jika nak. Harga 1 set pakaian ni 15.000 won = RM45.00, Alat ski 60.000 won = RM 180.00
Jika tiada snow glove kena beli kat situ (tiada utk sewaan) berharga 15.00 won = RM45.00
Total kesemua ni ialah RM 270.00. Bila dah convert ngn RM tu telan air lior jugak lah kan. Tapi mungkin ini sekali je lah kalau nak merasa, so atas kehendak sendiri lah, nak ke tak.

Cari size yang bersesuaian...tapi apa dah jadik dengan kawan saya niiii...terlebih size dah pulak....semangat nak berski
Selepas salin pakaian ni tanpa diduga snow turun untuk beberapa kali...just nak bagi kitorang rasa kot.

Ohhh saya dah sampai sini....

Tour leader kami gina sendiri mengajar cara2 menggunakan alat ski ni.... kena strectching dulu sebelum mencuba biar urat2 tak tegang nanti.

Okey tengok lah apa dah jadi pada kami semua sebagai kanak2 yang terperangkap dalam jasad orang dewasa ni hah ..Lets picture do the talking...
 


Korek apa tuuu...
Wah walau pun day 1 hari tu semua mengeletar kesejukan , kini dah makin selesa....dah bole tido2 atas snow lagi.

Jangan percaya pada gamba...tak berani nak meluncur dari tempat curam tu pon.
Walau dah beberapa kali tergolek ....semangat kental cik adik ni harus dipuji...akhirnya berjaya meluncur dengan jayanya, sakit ke apa ke jangan kira dulu.



Baru pandai meniarap masa sampai Korea ni..
Kami bermalam di Delpino Resort semalam sebelum ke tempat ski. Masa sampai kesini dah gelap dan tak nampak pemandangan yang ada tapi bila dah pagi baru nampak pemandangan yang sangat cantik sekitar resort.

Pemandangan dari balcony bilik saya.


Resort berhampiran gunung2 patut la sangat sejuk dan angin sejuk sangat.

 
Bilik sangat luas lengkap dengan sistem pemanasan dibawah lantai yang suam2, bila sejuk2 ni rasa nak bergolek kat atas lantai rasanya.

Peralatan untuk dapur jugak lengkap


Kat sini tidur lewat sebab ralit dengan tv ni walau pun tak faham Korea tapi seronok tengok perlbagai chanel terutama chanel tentang pembedahan plastik yang popular kat sini.
Ada jugak disediakan tilam jika nak cuba tidur cara tradisi Korea, bagus untuk tulang belakang dan berbantalkan bantal pasir comel tu. Kalau nak cuba sebenarnya ia selesa terutama bila lantai tu dah suam so mengurangkan rasa sejuk.
Bilik mandi selesa dan bersih.


Agak pelik bila sampai tak jumpa towel mandi, disini diorang hanya mengguna towel kecil untuk lap2 apa yang patut dah settlekan urusan lepas mandi dan berpakaian dibilik mandi, tu sebab di Korea towelnya kecik2 semua, bukan macam kita yang kalau bole towel nak selebar selimut kan.
Lepas puas tergolek terlentang kat tempat ski tadi , lunch singgah kat Mushroom restaurant ni.
Segala makanan basic mushroom, termasuk hiasan kat depan restaurant ni.





Jemput makan.....
Sangat sedap, terutama bagi saya peminat segala jenis cendawan ni hah...makanan sihat ni.Dapat merasai setiap jenis cendawan yang dibuat soup.
Sedap makan panas2 ni
Cantik , sedap dan berkhasiat rasa manis, kenyal dan ranggup pelbagai jenis cendawan ni.
Semangkuk kecil nasi tapi memadai dengan pelbagai jenis cendawan ni

Seaweed digulung dengan nasi

Bila dah habis makan susun mangkuk2 begini,,senang dan ringkas kan.
ok jumpa next N3 pt 4..bye

14 comments:

  1. Argghhh..bestnyer ka Haneem dpt main salji..

    Ni yg tak sabar nk cari tiket ke Korea Winter time nih..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarimanis ;selamat berwinter sonata dan moga dipermudahkan segala urusan.

      Delete
  2. bestnya skiing kak haneem, hope to try out one day! banyaknya mushrooms...they look delicious! and love your pink handbag, beli kat sana ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosa noor ; nak skiing kena tahan sakit dek tergolek dan terlentang, akak pun tak la berani sangat tu.. Ohhh handbag tu warna sebenarnya peach, beli kat seoul masa day 2,,,tak sabar dan terus pakai :)....

      Delete
  3. Suka3x..nanti kita menabung lagi ye

    ReplyDelete
  4. Kak haneem, jom ke korea lagi.. But this time, kita backpacker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anon ; kena buat 2 tabung la utk taun ni...nak jejeak kasih kat Myeondong pulak..jom jom

      Delete
    2. dua tabung tahun ni? dua2 tabung ni akan digunakan pada tahun yang sama ke? atau 1 tahun guna 1 tabung?

      Delete
  5. bestnya dpt main salji...huwaaaaa....jeles...

    kak, saya pun penggemar cendawan...nampak sedap semua cendawan tu kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahida, cendawan tu sangat sedap dan first time jugak akak rasa pelbagai cendawan ada yg ranggup dan ada yg kenyal.

      - kak haneem -

      Delete
  6. bestnyer tengok.. rasa nak terbang ke sana.. alahai teringin sesangat rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cho zila ; insyallah kalau ada keinginan mesti sampai juga.

      Delete
  7. bestnyeee......rasa nak ke sana main ski dan pg ke mount sorak....

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......