Asalamualaikum wbt. pembuka kata2 pada sesiapa jua yang tersinggah di blog ini, moga semua mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini.
Entry pertama untuk bulan Ramadhan yang berkat ini. Hari ni hari ke 22 puasa dijalani. Dah dalam lingkungan 10 akhir Ramadhan. Syukur Alhamdulillah. Pada tahun ni bertekad mencuba seberapa banyak yang terdaya untuk menunaikan solat tarawikh, dan syukur segalanya mudah jika dah berniat diawalan bulan lagi tambah seronok kemasjid bersama anak yang sulung dalam cuti sepenuhnya sebelum melanjutkan pelajaran seterusnya beberapa bulan lagi.Sebagaimana rutin tahunan berpuasa pertama selalunya di rumah abah di kampung tapi kali ini kami adik beradik tidak dapat menunaikan pada hari permulaan puasa dek pelbagai urusan keluarga masing2. Tetapi setelah 2 minggu puasa baru kami adik beradik berkumpul untuk sama2 untuk berbuka di kampung dengan abah yang tinggal seorang sahaja.
Antara juadah untuk berbuka petang ni ialah gulai keladi ikan dengan ikan masin, pecal, ayam goreng,kari ayam , sambal dan sop tulang yang menjadi favorite keluarga pasti ada.Ini semua sudah memadai. Sirap bandung pulak sebagai penghilang dahaga.
Suasana menunggu waktu bang. Masih ramai keluarga belum duduk dimeja dek urusan penyediaan masih berlaku, tapiii ada orang dah siap gaul nasi dalam pinggan.Pasti bagi Nina dan Adif yang masih kanak2 lagi. Suasana begini amat mengujakan dan pasti dah telan air lior berkali2.
Bila dah menjamu selera beramai ramai begini baru nampak abah makan bertambah, kesian juga mengenangkan dalam usia begini dia kena bersesak2 dibazar Ramadhan setiap petang demi mencari juadah untuk berbuka walau pun tak banyak tapi kena mengharunginya juga kerana tidak berbaloi untuk masak untuk seorang.
Sop tulang versi masakan arwah mak dulu tanpa sebarang tumisan iaitu dengan segalanya direbus bersama tulang selama berjam2 lamanya. Menjelang tengah malam sop ini habis tanpa sempat dibawa ke sahur kerana makan berulang2. Alhamdulillah.
Puding fruite cocktail ni harus ada kerana antara juadah yang selalu aruah mak sediakan dulu.Walaupun nampak banyak tapi ia juga habis menjelang malam.
Sikecik ni anak buah yang paling muda dalam keluarga dan menjadi rebutan dan sentiasa bertukar ganti atas dukungan kami dan kini pandai merangkak dan berdiri sambil menyusur. Entry http://coretanhaneem.blogspot.com/2012/10/patah-tumbuh-hilang-berganti.html adalah detik kelahiran sicomel ni pada tahun lepas.
Penghibur dalam keluarga kecik kami, tiga sikecil yang berpangkat sepupu kepada diri masing2. Wahhh semua dengan trademark keluarga bercuping telingga capang sume nya.... Sebelum masing2 bertolak balik ke rumah masing, bersama2 membersihkan rumah dari habuk dan menceriakan susun atur bagi nampak suasana ceria. Insyaallah beberapa minggu lagi menjelang syawal rumah ini akan kembali meriah.
Suasana ni adalah di Kerepek House di Banting, bersama adik dan ibu mertuanya. Ini adalah tempat jualan borong segala jenis kerepek, nak yang pack kecik pun ada, Sebut apa je jenis kerepek semua ada. Hasil dari industri kecil kampung2 di Selangor.
Kalau ke sini rempeyek kacang wajib dibeli , sedap.Harga lebih murah jika dibanding yang dijual dibazar atau pasar tani dan kuantiti pun banyak.
Stok ni bukan untuk raya sebab ia habis dimakan semasa lepas buka puasa saje. Nampaknya kena kesini lagi sebelum raya.
Setelah 2 minggu puasa ni suasana ofis pun dah mula berubah dah mula bersemangat untuk deco2 Raya pulak. Beberapa teman ofis bersama2 bagi menampakkan suasana ceria nak raya.Tampal dan repair apa yang patut.
Sudut perbincangan kat ofis ni adalah sasaran yang kami ubah suaikan untuk nampak ceria.
Ini adalah hasilnya....
Antara sentuhan untuk nampak segar dipandang.
Beberapa hari sebelum puasa sempat melawat salah seorang anggota jabatan yang ditimpa musibah akibat ragut dan dilibas parang di bahagian kepala oleh perompak. Sangat membimbangkan kejadian yang begini banyak berlaku sejak akhir2 ni. Perompak memecahkan cermin kereta dalam perjalanan dan minta berhenti untuk merompak di jalan sunyi. Harus hati2 dengan situasi begini, jangan henti kenderaan walau apa jua jika rasa ada unsur yang buruk berlaku.
Jawatan sosial Perpustakaan membuat kunjugan kebajikan ke Ijok Kuala Selangor. Semoga cepat sembuh.
salam kak haneem! meriah berbuka bersama keluarga kan, banyaknya lauk-pauk melayu yang dah lama tak dijamah...nampak sedap. your dad looks happy and anak2 buah comel semuanya...kesian pulak office mate ditimpa musibah tu, memang crime rate semakin tinggi kat malaysia...kat uk pun...take care kak haneem, thanks for sharing, always love your entries!
ReplyDeleteW.Salam Rosa Noor; Suasana makan bersama keluarga di bulan Ramadhan memang luar biasa kenikmatannya.Kadar jenayah disini memang merisaukan, hampir setiap minggu pasti ada berbagai jenayah yang dulunya jarang berlaku. Thanks sudi singgah, moga keluarga kita terhindar dari segala musibah.
ReplyDelete