Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah......
Ini antara lirik lagu Panggilan Haji ( Panggilan Kaabah El Suraya ). Tah kenapa lagu ni sangat2 nostalgia sebab dah biasa dengar dari zaman kecik2 dulu lagi. Untuk tahun ni 25 September 2012 salah seorang adik ipar dapat tawaran menunaikan fardhu Haji. Norman bin Ahmad (adik kepada suami) bersama isteri Noraini binti Latif telah bersedia menyahut seruan Haji ni.
Namun takdir telah menjadik ketentuan, seminggu selepas mereka berlepas Norman telah meninggal dunia di Madinah, sehari sebelum mereka memasuki Kota Mekah.Al Fatihah....
Saat2 terakhir disamping adik beradik sewaktu menunggu urusan check in di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Rasa sedih bila kehilangan. Dia antara ipar yang agak rapat walaupun tinggal jauh di Kelantan. Dari zaman anak2 kami masih kecil tidak putus dia mengunjungi Kl dan jugak kami ke Kelantan.
Langkah dan pertemuan terakhir sebelum
urusan check in di Kelana jaya.
Disamping menerima beita sedih tentang kehilangan, kehadiran anak buah dari adik lelaki bongsu jugak ditarikh yang sama. Alhamdullilah.
Mengujungi orang baru dalam keluarga. Ini antara cucu yang ke lapan untuk keluarga Hj. Manaf, Walaupun kami dari keluarga yang agak kecil kini makin meriah dengan kehadiran seorang demi seorang penambahan anggota baru.
Selamat hadir kedunia ini untuk Muhammad Iskandar Mirza bin Isa.
innalillah…takziah buat seluruh keluarga dan sedara-mara kakak…sedih bila saya baca entry kali ini, tapi ceria semula bila baca tentang kelahiran baby yang comel, tahniah buat keluarga dan sedara-mara kakak…such is life kan…there's always ups and downs…kita kena selalu redha menerima ketentuan Allah…dan bersyukur atas setiap nikmat yang diberi. salam dari saya di england.
ReplyDeletegreetingfromengland ;Thanks atas kunjungan.Ini adalah lumrah kehidupan dan kita sebagai hamba Allah harus pasrah atas apa jua ketentuannya.
ReplyDeleteaf-fatihah dan takziah... dalam kesedihan ada kegembiraan.. tahniah... comelnyaaa geram tgk!
ReplyDelete