Mac 2014 kali ini group berjalan2 ke Bali Indonesia sealma 5 hari 4 malam. Walau dah beberapa minggu berlalu baru nak up blog ni sebab tak sihat sangat balik saja Bali dapat pakage demam batuk selsema pulak. Mac 2014 berbagai peristiwa mengejutkan terjadi terutama pada Malasyia yang kehilangan pesawat MH307 dua hari sekembalinya dari Bali baru malam ini disahkan pesawat mengakhirkan penerbangan dalam lautan Hindi yang sangat luas. Hanya Allah maha mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Al Fatihah buat saudara se Islam dan takziah buat yang berlainan agama.Untuk keluarga yang terlibat redha lah walau apa jua takdirnya. Mac juga bertambahnya usia tapi macam biasa tiada apa sangat yang special seperti kebanyakan orang yang seolah wajib meraikan.Hanya doa agar Allah memberi rahmat dan keberkatan dalam hidup dan sangat bersyukur rupanya ada hikmah yang sangat bernilai dalam berbagai dugaan yang dilalui ini. Kadang kala kita tanpa sedari mengabaikan sesuatu yang bernilai tu sehingga musibah yang melanda,dan cuba fikir dan diambil ikhtibar apa yang tersirat disebalik sesuatu musibah itu.
Sebaik sampai sahaja di lapangan terbang Ngurah Rai Den Pasar Indonesia kami dikalungi dengan bunga kemboja ni. Perasan macam kat Hawai pulak ni.
Tak lama bunga ni terkalung kat leher sebaik sahaja beberapa minit duduk daklam bas sorang demi sorang kalungkan bunga ni pada kerusi bas dek terpening dengan haruman bunga ni.
Menginap di Hotel Grand Kuta Residence di Legian Kuta.
Suasana disalah sebuah kedai dengan pelbagai hasil dari Bali. Sini kebanyakan hasil tangan dengan hasil chrochet dan dihias dengan baju. Sebab Bali terkenal dengan laut kebanyakan barang jualan banyak untuk kegunaan dipakai untuk pantai . Murah2 semua tu.
Semasa sarapan pagi di hotel sebelum bas sampai untuk meneroka bumi Bali. Makanan kat hotel ini halal dan ada pengesahan dan sijil yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan dengan halal haram disini.
Dengan penari Barung sebaik sahaja masuk ketempat pertunjukan ini . IDR100.000.00 (RM30.00) seorang.
Diberi sekeping nota menceritakan tentang pertunjukan Barung ni tapi
dah berkali2 baca tetap tak faham tentang ceritanya. Satu jam show ni
agak membosankan. Tengok En. D beria2 tepuk tangan masa show ni, tapi
bila tanya apa ceritanya...hmmm dia kata entah la... pon tak paham jugak.
Hanya setelah satu jam berakhir bab ini adalah kemuncak dimana setelah setanggi dan mentera dibaca pelakon dah punya kekebalan diri dari tikaman keris tu.Rasanya keris tu betul sebab masa duduk agar hampirnya show semasa keris tu jatuh bunyi besi.
Keadaan tempat duduk semasa menonton pertunjukan Barung ini.
Tinggi betul pelakon ni. Tengok lantai tempat show ni batu2 tu dah rosak bahagian tengah tu. tah berapa tahun digunakan untuk setiap hati persembahan. Rasa agak bosan tengok barung show ni.
Bersama teman2 dihadapan pintu kedai barangan perak. Tak beli apa pun kat sini.
Tiada masalah dengan makan semua dah diatur oleh agent. Walau apa pon tak semua la bole memenuhi citarasa yang biasa kita makan.Ada bebrapa yang sedap dan ada beberapa yg hambar. Namanya pun ketempat orang apa pun kena rasai. Kalau semua dah macam Malaysia tak la dinamakan melancung ke negara orang.
Menikmati makanan Sunda , nasi timbel, sedap makan kat sini. Ini di Restoran Pawon Pasundan , Jln Kediri 2 Jln Tuban Kuta Bali.
Melihat gunung Batur sambil membayangkan keadaannya semasa letusan lahar. Tapi kini gunugn ni sedang lena selepas meletus beberapa tahun sebelum ini
Tour hari ke 4 kami tidak mengikut group sebaliknya En. D ambil keputusan menyewa motosikal dengan bayaran IDR70.000.00 (RM20.00) untuk sehari.
Sebaik bas bergerak kami meneruskan perjalanan dengan bermotosikal. Berbotol air mineral dibawa dalam beg yang disandang tu memandangkan meredah cuaca yang agak panas di Bali ini.
Berselfie atas motor
Menyelusuri jalan sekitar Legian dan mencari jalan ke Tanah Lot. Hampir 2 jam lebih juga sambil berhenti sana sini sambil tengok sawah dan kawasan perkampungan.
akhirnya berjaya tiba ke Tanah Lot dengan pemandangan memukau perhatian.
Ramai couple yang pergi sana perlu seseorang utk ambil gambar berdua maka kami dah beberapa kali menjadik jurugambar dan as balasan diorang snapkan jugak gambar kitorang ni.
Dek kepenatan dah terbaring kat salah sebuah tempat rehat di Tanah Lot ni. Baring2 sambil tengok pemandangan sekitar.
Dek kepenatan dah terbaring kat salah sebuah tempat rehat di Tanah Lot ni. Baring2 sambil tengok pemandangan sekitar.
Pemandangan dari tempat kami rehat tu.
Pantai Kuta
Pemandangan di Uluwatu..Panas sangat masa ni.Nak senyum pun tak terukir dah ni.
Disebabkan tour harian hanya berakhir malam lepas dinner pergi spa
kat hotel ni je. Dapat spa 2 kali masa tiba dengan masa nak balik. Berbaloi jugak masa ni spa hotel buat promosi setengah harga.
kat hotel ni je. Dapat spa 2 kali masa tiba dengan masa nak balik. Berbaloi jugak masa ni spa hotel buat promosi setengah harga.
Kaum lelaki ni ambil kesempatan melelap mata masa kaum wanita sibuk shopping barang2 hiasan perak.
Singgah di ladang kopi sewaktu turun dari gunung Batur. Terkenal dengan kopi Luwak yang dihasilkan dari najis musang.
Menikmati minuman kopi dari perbagai perisa.
Lepas minum kopi tolong makcik ni gorengkan kopi tu.Sekitar kebun kopi ni tak la pelik sangat sebab lebih kurang sama je dengan kebun kopi abah kat kampung satu masa dulu.
Lepas minum kopi tolong makcik ni gorengkan kopi tu.Sekitar kebun kopi ni tak la pelik sangat sebab lebih kurang sama je dengan kebun kopi abah kat kampung satu masa dulu.
Berbagai perisa teh kopi dan koko
Ni dia musang yang menghasilkan kopi luwak yang kemain mahal lagi tu. siang tidur je dia.Kopi dari najis pun mahal. Khasiatnya entah lah.....
Berakhirnya bercuti di bumi Bali ni. Dapat snap pic ni dari tingkap flight sebaik sahaja berlepas dari airport Ngurah Rai. Hihgway yang merentasi laut dari sebahagian pulau2.
Best dpt kenal tmpt org.. lagi best klu tak mabuk hihihi
ReplyDeleteTak nak mabuk ,travel sambil pejam mata. Tiba destinasi suruh PA kejut
DeleteOhh..kak Haeem baru balik dari BALI rupanya...kira gi hanimun berdua je ni gan tour anak2 tak ikut heee...mesti seronok naik moto berdua ronda2 kawasan sekitar tu..JM jgk yg belum sampai ke BALI lagi
ReplyDeleteJM . akak tak pandai gi cam JM jalan2 tu, ni je cara yg senang. Kalau takat Bali anytime je JM bole gi, tapi JM gi yg jauh dan lagi best tu.
Deletehohoho, kak nim.... berdua naik motor mcm pasangan bercintan.. :-)
ReplyDeletedulu angah tak pergi tempat kopi ni.. sbb tak sampai tekak nak minum.. kak nim minum ke kopi tu? dulu tu maklumlaa gi tempat budak2 je maklumler bawak Lina..
-angah-
SPA tu best tak? hilang sengal2 badan..
Angah...Hmmm masa bercinta naik moto tak rasa penat tapi yg ni pon tak penat dek asyik tgk sekitaran.Kak Anim ni bukan peminat kopi so x tau nak citer hal nikmat kopi tu rasa sama je sume kopi.
DeleteSpa best je , sana ada yg murah ada yg mahal ikut temapt spa. Kalau kak Ann urut badan cincai pun suka jugak ini kan pulak dah keje diorang special dlm bidang ni,,,
Angah cepat buat blog sure lagi mcm 2 experiance back packer tour angah ngn anak2 tu
Deletebestnya kak haneem, wonderful experience, thanks for sharing! my younger sister pergi bali dah 3x, she loves it! inshallah one day I hope to visit jugak!
ReplyDeleteHai Rosa..thanks masih sudi menjengah ke blog akak ni. Insyallah moga satu hari nanti akan sampai kesana semestinya akan memberi pengalaman dalam melihat hal kebudayaan juga cara kehidupan tiap negara.
DeleteBaliii!! Memang best... Uluwatu & Tanah Lot memang cantik!
ReplyDeleteCantik betul dua tempat tu kan...
Delete