Cuaca panas melanda lagi. Hari minggu tanpa rancang tetiba nak menikmati cuaca sejuk sikit. Terbayang Cameron Highland. Tu je yang ada untuk dipilih . Dalam perjalanan menikmati makanan ringgan dan minuman yang amat sedap dimusim panas ni.
Lalu kat pekan Sungkai ternampak ruang gerai ni yang dibuat kat halaman rumah teres ni sahaja.Cendol sangat sedap
Tuan punya blog harus ada dalam N3, tengah tunggu mekanan dan cendol dibuat.
Boleh pilih cendol pulut, jagung atau kacang, tapi kalau nak kesemuanya pun bole. Sangat sedap secukup rasa lemak manisnya.
Oder bee hoon sop dan laksa dan juga beberapa biji pau untuk kunyah dalam perjalanan naik bukit kejab lagi.
Setelah sejam lebih menyelusuri corner tajam dan sempit sampai nak muntah pulak kali ni.Mabuk bukit ke mabuk jalan, selalunya tak pernah dirive sendiri tapi kali ni driver tidur pulak bila nak sampai atas ni.Sejuk Cameron pada masa ni, hujan dan cuaca sejuk.
Tak boleh tengok bunga ni pasti jadi mengabadikan dalam gambar. Kesian nasip bunga yang ada kat rumah kurus kering melidi walau pun dibaja dan dibelai. Rasanya cuaca memainkan peranan nak subur
Dah tak ada hati nak beli bunga ni sebab selalu gagal nak bela dia. Lewat petang turun balik balik K.L
Tak habis lagi cerita cuaca panas ni. Malam minggu lepas ronda KL berdua dah macam pelancung pulak lalu kat KLCC.
Tengok2 gelagat orang ramai kat Jalan Bukit Bintang. Kebanyakan Arab. Ralit perhati pelukis jalanan ni yang buat sketch lukisan guna pensil jer, RM50.00 satu foto wajah yang siap dalam masa 20 minit. Sambil tu cuba menconggak berapa hasil yang dia dapat bila tengok tak putus2 pelangan silih berganti. Huh lumayan tu.Rezeki dia dengan bakat kurnian Allah
Sketch sangat menyerupai wajah asal...Kagum
Ronda sampai pukul 3 pagi dengan dia ni.
Last sebelum balik pergi kampung Baru pekena nasi bubur berlauk yang sedap kat sini. Kerabu ikan bilis,dan daging salai berperisa.Rasa masin pedas masin masam ni sangat sedap makan dengan bubur nasi putih ni.
Pernah beberapa kali ubah selera kat kedai lain sekitar kampung Baru tapi masih tak boleh tanding kedai dekat masjid ni jugak.
owner rumah tu buat bisnes cendol ke? atau dia sewa tapak?
ReplyDeleteRasanya owner rumah tu empunya sudut untuk makanan ringgan tu kat ruang tepi rumah tu , yg cendol mungkin share tumpang ruang agaknya. tak sempat tanya.
Deletejam 3 pagi masih boleh pekena nasi bubur berlauk lagi? mmg terbaek la.
ReplyDeleteDek peminat bubur kol berapa pon boleh layan,,makanan ringan je tapi sedap pagi atau malam.
DeleteKak haneeem lamanya menghilang :-)
ReplyDeleteBila kak haneem pegi bila ehh Jm pegi awal bulan jun hari tu panas d sana pastu strawberry pun baru memutik huhuhu mmg x best pastu jem sgt mgkin cuti sekolah
JM ; tak hilang, cuma kehilangan mood je, ni dah dtg balik. Mood lawat blog orang ok je, tak pernah lepas tgk N3 JM wahhh dah bersiri2 ye. Cameron tu memang kena elak waktu cuti sekolah, akak gi masa last day cuti sekolah , agak lenggang tapi strawberi masih x berapa ranum , abis dipetik masa cuti tu agaknya.
Deleteromantika di amor ah kak hanim & encik D ni.. skrg ni pun boleh lg ronda berdua smpai jam 3... apatah lg time muda remaja.. apa rahsia.. eh?
ReplyDeleteDua2 tak boleh duduk rumah lama2 tu yang kena keluar jugak walau kemana jua. Anak yang mana agaknya ikut jejak langkah??
ReplyDeletekak hanim.. puasa puasa ni tengok cendol laksa semua... boleh gugat iman di dada... bubur lambuk kg baru mesti best kalau buat berbuka kannn
ReplyDeletekak hanem...terpesona dengan bubur nasi berlauk tu....lia pernah rasa dan memang sangat lah sedapnye.... kali ni kalau ke kl..harus pergi lagi nih....ehehehe...
ReplyDeleteKak...kat mane exactly kedai ye..nama kedai ape...?
ReplyDeleteNadia. nama kedai tu Hasan Tomyam Seafood Jln Raja Uda. tepi jalan besar. Lauk untuk bubur nasi dia sangat memenuhi citarasa akak. selamat mencuba
Delete