Monday, June 23, 2014

Foria 2015

Pesta bunga Floria 2014 baru berlalu. Baru dapat pergi untuk pertama kalinya itu pun pada hari terakhir. Bertabah hati dalam cuaca yang hangat menyengat ni.

Suasana dah ceria kat entrance ni. Dah nama nya pun pesta bunga tak kan pulak suram. Dalam beg besar tu yang nampak terjulur sikit tu bukan tiang tripod camera ye,,,tapi ......

Hah ni le bendanya kerusi untuk abg Naim yang tak berapa kuat nak berjalan kat tempat yang luas ni. Sementara kami tengok sana sini dia duduk kat tempat yang cantik ni sambil kipas2 diri dah macam props pulak kat booth yg kami singgah.

Betapa nyaman dan cantik decoration diorang kalau lah cuaca ni sejuk pasti ramai yang berlama2 lepak sana sini. air mineral dan berbotol2 dalam beg yang dipegang tu untuk basah tekak.

Booth pertama yang dilawat ialah booth kucing.. apa kena mengena bunga dengan kucing ni ????...tapi peminat setia kucing kat atas ni dah teruja

Antara kucing yang ada kat sangkar, Rasanya kucing ni dah penat dan dah jemu tengok orang yang mengelilingi dan tak putus2 . Booth kucing ni ada aircond.Sambil tengok dia dapat le numpang bersejuk2 badan sikit. Kepada peminat kucing jangan confius kucing ni dengan rimau. Ni kucing hutan.
Ada beberapa kucing yang berbulu sangat tebal dan panjang, ramai yang usap2 dari sangkar tu tapi ada sorang tarik bulu dia nak tengok ukuran panjang bulunya.....
Tak ingat apa nama spesis kucing ni . Tu tuan dia yang hulur kasi tengok , punya le panjang badan tapi bulu nipis. Ada jugak yang jenis tak berbulu hanya kulit je .sure sejuk kalau hujan.
Gamba2 kat kapal Titanic ni pulak
Abang Naim duduk sambil berkipas2 dan kincir angin bunga ni berpusing dengan cantiknya.
Abg Naim mintak kak Ann kipas dia kuat2.
Salah satu booth untuk weding dalam taman.
Decoration creative dari reben saja dan ranting dah sangat cantik dan unik.

Cuba2 duduk kat kerusi yang dibuat dari barangan dikitar semula. Spring kereta dan spoket motosikal. Nasip baik spring ni tahan dengan berat orang yang duduk tu.
Pasu bunga pakai seluar.

Cantik pagar taman ni.

Arang pun boleh dibuat perhiasan. Tak terfikir sebelum ni.Walau ia hitam dan rentung macam kayu buruk tapi boleh menyerlah kalau pandai dihias
Lama kat booth ni sebab sejuk ada pokok besar untuk melindungi.
Unik , botol mineral dibuat hiasan
Berdiri lama sikit kat sini sementara wap air dari bawah jambatan ni keluarkan wap sejuk tuh.
Bangku dibuat dari kotak kayu . Cantik hasilnya.
Sakali lagi posing kat pagar cantik ni.

13 comments:

  1. kak hanim.. tak baek tau tarik bulu kucing tu.. walaupun niat nak ukur panjang dan tebal bulu je... eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu nak test bulu dia jenis kualiti baik atau tak? tapi yg kagumnya pada tuan mereka yg bela mereka mcm baby.

      Delete
  2. Cantiknya semua gambar kak haneem. Jm x pegi sbb panas hikss
    Hari tu g wonderland melaka, blj muka sunburn terus fobia dgn cuaca panas :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM; tq sudi singgah, tu laa cuaca sangat2 mencabar tapi bila tgk gambar ni semula rasa best sangat sebab tgk dalam suhu sejuk aircond ni, hakikat situasi sebenarnya ...huh rasa nak duk je kat booth yang ada aircond.Walau apa jua syukur utk semua yg dianugerahkan ni.

      Delete
  3. Salam Kak Haneem, seronok dapat baca 2 entry baru blog ini, dah lama Kak Haneem menyepi. Dapat rasa bahang panas kat Malaysia from your entries, kat sini sekarang 21c pun dah cukup panas rasanya.Laksa and cendol used to be my favourites masa kecik kat Penang dulu. Creative betul exhibits kat pesta bunga tu, thanx for sharing, something I would have loved to visit too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.alaikum Rosa Noor . Tq masih singgah sini. Cuaca panas ni buat lesu nak buat blog ni, kalau 21C tu kat Malaysia amat selesa dah tu pada kami sini, Tu dah kira suhu aircond je buat akak.Sebenarnya banyak lagi booth yang tak singgah kat pesta tu, dek tak tahan bahang nya. Memang suka bila tengok sesuatu yang creative hasil tangan anugerah Allah pada manusia ni.

      Delete
  4. kak hanim.. setahun dua lagi boleh la implement idea hiasan pelamin dr reben ranting.. kak ann pun dah besar panjang dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nanti bole reka pelamin macam sarang burung,,,,pengantin duduk macam burung mengeram ek..(tetiba tepikir ni pulakk) alamak temanya ' binatang kesayangan' deco2 prop semua binatang comel yeee.

      Delete
    2. untuk penyerinya nanti boleh la jemput atam ntel ateh matyen schayen nena apiel alon ntot adeq fb & chanteq.. mesti meriah..

      Delete
  5. Bestnyer...tak berkesempatan nak pergi..
    Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Alahaiii...comel sungguh kucing tu! kalau saya pergi ni bukannya tengok bunga, abis kucing tu saya gomol :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi fayreen mizan; Ni mesti peminat kucing tegar ni, Kalau nak gomol bole mintak kat penjaga tu, sian kat kucing tu le tak senang nak tidur org ramai cucuk2 dan cuit2 badan dia je

      Delete

Tulis la apa2 aje......