Kembali ambik mood memblog .walau tirai 2014 baru habis dan awal 2015 masih baru tapi pelbagai peristiwa telah dilalui.
kitaran hidup memang ada pasang surut nya kena redha dan melalui saja apa jua takdir yang ditentukan. Pasti terdapat hikmah yang mungkin tidak nampak sekarang tapi masa akan datang pasti akan tau apa disebalik yang telah ditakdirkan. Pindah rumah sendiri setelah membelinya hampir 20 tahun silam. Dari rumah teres sewaan kini ke apartment pulak. Walau kecil walau kena daki tangga tapi terselit kepuasan tersendiri sebab ianya rumah kepunyaan sendiri.

View malam di balcony sangat tenteram,tak sangka boleh nampak bangunan yg hampir dengan tempat kerja dan sayup2 menara kembar Kuala Lumpur juga bole dilihat pada waktu malam. Antara sebab membeli rumah ini satu ketika dulu adalah kerana ia agak dekat dengan tempat kerja.
Masih teringat harum bau bunga kesidang yang wangi bila waktu malam dan pokok bunga hiasan yang sudah besar dihalaman rumah sewaan yang ditinggalkan. Kalau dulu kehalaman rumah dongak kepala keatas untuk tengok pokok2 kini ia bertukar jenguk kebawah dan nampak pucuk pokok yang sudah besar dibahagian bawah apartment.

Lorong laluan yang tiap hari pasti dilalui di tempat kerja baru |
Si Puteh@button@butang ni antara salah satu anggota keluarga kami, kena menyesuaikan diri dengan kehidupan apartment, walaupun kecut perut bila tengok dia meniti di balcony terbuka kami harap dia tak hilang imbangan diri. Setelah hampir sebulan tanpa disedari si puteh telah cuba turun tangga keluar dari rumah. Dia hilang tanpa dikesan mungkin tidak tau arah balik kerumah sendiri lebih kurang seminggu.
Puteh makan dan minum sepuasnya sebaik saja dia ditemui |
Abang Naim dengan best friend ...si Puteh |
Rasanya agak bersalah bila biarkan dia terkurung dirumah tanpa dia dapat bergaul tapi tiada pilihan lain yang dapat dibuat. Walaupun dia senang dalam jagaan kami tapi nalurinya untuk keluar dapat dirasai.
Tapi sewaktu menulis ni siputeh hilang lagi, telah 3 malam dia tidak balik. Pernah ternampak si Puteh dibahagian taman bawah, walau dipanggil namanya dia hanya mendongak ke atas memandang dan terus berlalu entah kemana. Kini redha mungkin dia perlu kehidupan sendiri dan mencari teman sebagaiman habitatnya. Walau kehilangan dan sedih namum kami sekeluarga redha dan mendoakan si Puteh sihat dan upaya hidup sendirian atau pun mendapat tuan baru walau dimana jua dia berada....Dia hilang dengan masih memakai rantai merah berloceng. Jika ada rezeki dengan kami dia akan kembali atau ditemui jika tidak kami redha hanya gambar sebagai kenangan abadi dengannya.
Mana la puteh pegi.. kt mana agaknya dia tido.. camana dia makan.. huhu sedih tau..
ReplyDeleteTak tau kemana perginya. Rasa macam tak kan jumpa dia lagi. Moga ia selamat dan sihat...sedih....
ReplyDeletekak hanemmmm..... rindu nak baca penulisan2 kak hanem..... =)))
ReplyDeleteAlia...ni tengah carik2 mood tu tah mana ilangnya ...tq
Delete