Tanpa diduga tercebur dalam carboot sale ni.Sebab utama yang jadi begini adalah bila pindah rumah. Untuk meminima seboleh mungkin dengan rumah apartment ini lah jadinya. Semasa berkemas untuk pindah sungguh tak terduga bila tengok longokan barang yang dikeluarkan dari almari dan dari kotak dan jugak stor. Dalam stor tu kebanyakan barang dibuang. apa yang ada dalam stor...tah apa2 yang pastinya tidak akan digunakan terus buang.Kiranya dalam 3 hari mula buat pelupusan barang untuk buang. Baru lah langkah kedua pack barang yang guna untuk dibawa pindah.
Bila tengok barang2 cenderamata yang kecik2 dan barang yang kalau disimpan tidak akan digunakan ,,maka timbul lah niat dari dibuang elok diberi pada orang yang kita rasa hendak memiliki barang ni. Kalau diberi percuma tak tau suka atau tak...tapi kalau dijual dengan murah kita tau orang itu memang suka untuk memilikinya.
Memiliki dan membeli hand beg memang tak dapat dielakkan. Umpama sikit2 lama2 jadik bukit-http://coretanhaneem.blogspot.com/2011/03/hand-beg.html
Ini antara yang lama dan pastinya dah bertambah.Sebenarnya sangat sayang pada beg2 ni tapi kena perlu penjagaan yang rapi dan juga tempat khas kalau dah banyak. Tapi apa kan daya tiada ruang untuk ini bila pindah nanti.
Mula gigih google tentang car boot sale ni dan rasa ini lah satu cara terbaik dalam menyelesaikan.
Bertempat di carboot sale Kota Damansara.waktu niaga dari 8 pagi hingga 12 tgh. Sewa tapak Rm20.00 Setiap hari Ahad. |
Dari sini kita tau apa yang orang tu suka nak guna. Haaa banyak juga hand beg dijualwaktu mula niaga ni. Jual sangat murah walau beli harga ratusan cuma dijual bawah Rm50 antara nya yang dari original kulit.
Tapi bukan lah jual semua hand beg yang ada,,yang sangat sayang dan yang beri kenangan mengusik jiwa tu masih ada dalam simpanan.
Masa melepaskan beg tu siap pesan pada pemilik barunya...Jaga beg baik2 ye...hmmm macam nak lepaskan baby pulak. Sayang lagi tu tapi puas hati sebab pasti pemilik baru tu memang suka dan moga dia akan jaga sebaik mungkin.
Ada seorang customer tu ialah seorang lelaki,,belek hand beg sungguh teliti dan nak beli untuk wife sebab beg tu ori kulit, dia cuba menawar sedikit,,ok laa lepaskan saja dengan harga yang dia nak tu sebab dia sangat suka dan mungkin as surprise give untuk wife,,,bagusnya dia.
Kawan sebelah kete yang niaga baju,,,sangat laku, harga Rm10 dan RM5 berbaloi sapa beli sebab baju cantik2. ni semua sebab almari rumah da sarat ...perempuan gitu le..pasni beli lagi.
Customer yang sedang pilih2 barang2 dari carboot cik Neem..kakak yang sedang belek bekas tu terus beli bekas nasi yang tahan panas tu ,,rasanya dapat free give dari avon lama dulu tapi tak pernah guna pun.Jual dengan harga Rm7 saja. Bunga ros merah tu berpuluh2 tangkai dijual siap dengan vase sekali RM10.00 je.
Kutipan jualan sangat mengembirakan. Bole beli barang lain pulak.Kat sini hanya bole jual barangan terpakai saja sebab nanti akan ada peronda dari pengurusan tapak perhati apa yang kita jual. Sewa tapak akan dikutip semasa waktu berniaga,resit akan diberi.
Pengalaman dengan customer macam2 dapat dilihat. Ada yang menawar sehabis murah walau harga tu amat2 murah dah.Tapi cuba advise dia ambik banyak2 baru bagi kurang harga. Ada juga yang menawar pastu buat muka tak puas hati bila kita kata harga dah patut sangat,,,buat2 nak tinggalkan dengan harapan kita panggil. tapi pusing balik bila kita biarkan saja dan jadik pulak beli tu...ye la kuasa membeli digunakan sehabis mungkin untuk mendapatkan yang murah. Peniaga kena S A B A R.....
Antara barang2 kecik yang kini dah jadi milik orang. Murah saja sebab dah malas nak simpan menda2 kecik ni,antaranya itik2 kecik yang jadi kesayangan sebab dia comel untuk hiasan, ada yang dibeli ada yang dapat dari pemberian.
Pengumpul fridge magnet pun ada mencari yang belum ada ,,kebetulan fridge magnet yang dibeli dari Beijing dan vietnam dulu masih ada baki selepas dibahagi kepada kawan2 dulu.
Pada sesiapa yang nak buat clearence barang yang kita sayang tapi tak digunakan ini lah cara terbaik. Sekurangnya tak membazir dari dibuang bole jugak dapat duit untuk kegunaan lain. Yang penting barang tu ke pemilik yang betul2 minat nak barang tu.
Di tapak carboot sale ni banyak jualan pengumpul barang lama, sini lah tempat diorang menjual dan membeli.
Tak terjangka rupernya pelita dan lampu cemeni yang dulu2 kegunaan dikampung dah naik taraf untuk dimiliki orang bandar dah tu harga kemain lagi...ye la benda yang dah tak de lagi keluarannya.
Sesungguhnya pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,pengalaman ini sangat bermakna. Kalau biasa kita menjadi pembeli kini jadi pejual dapat rasa dua perasaan dari situasi yang berlainan.
Dah tentu dapat menjalin kawan antara sesama yang menjual di kawasan tu.
Tapi kena tahan panas la bila waktu dah nak ke tengahari tu,,,panasnya,,,tu laa kena usaha datang awal sebab dapat pilih tempat yang terlindung matahari dari bangunan atau pokok yang ada situ.
kak haneem.....
ReplyDeletewahhh bestnya..... teringin jugak nak buat carboot sale nih...tapiiii lia kat Ipoh laa....huhuhu....jual online je lahhh....hehehe...preloved semua barang2 yang tak nak pakai....pun boleh kannn....apa-apa pun tahniah kak.... ada idea yang bagus utk clearkan barang2...tak membazir kan...... =)))
Alia, dimana pun kita tinggal ada cara jika berkemahuan. Satu cara yang akak gunakkan ialah iklan di mudah.com..cara ini pun sangat mendapat respon yang bagus dan kita bole pilih untuk buat urusan penjualan dengan orang yang sekitar tempat kita untuk mudah jual beli. Klau ada nak jual preloved ni beritau la ...minat jugak ni .
DeleteThat's good dah ada car boot sale kat Msia. Kat UK every city has several car boots every Sunday morning! Well done Kak Haneem, you did so well too, memang natural businesswoman nampak gaya.
ReplyDeleteRoosa Noor . Idea car boot sale ni mulanya akak baca dari bloger yang cerita tentang ini kat luar negara,,tapi disini rupenya dah mula ada. Memang minat cara jual2 barang kecil2 begini. Dah mula mencari jalan dan ruang bagaimana nak buat bisnes kecil2 begini satu masa kelak. Moga Allah bukakan rezeki untuk seterusnya.
DeleteSyoknyer rugi x dpt join
ReplyDeleteSyoknyer rugi x dpt join
ReplyDeleteHai Amir lama x dengar khabar..jom jom datang kl. Tulis lah blog semula dapat jugak tau apa kisah sana tu.
Deletexde kisah yg menarik auntie , paan n wan xde huhu ... tu lah lama x dgr berita ... auntie un dh aktif semula berblog hehe keep it up
ReplyDeleteBestnye maklong brbisnes..car boot sale lg...beg2 tu maklong..huhu rse mcm bru je pegang dlm almari tuuu...dh dijual..😂 ape2pn gud luck mklong..klau dkt leh join..hehe
ReplyDeleteJual tapi bole beli lain,,tapi sekarang dah kena muhasabah diri sikit,,banyak hal lan kena utama kan.
DeleteThanks kak sudi share about car boot sale di malaysia...
ReplyDeleteThanks kak sudi share about car boot sale di malaysia...
ReplyDeleteMaklumat sungguh berguna. Terima kasih.
ReplyDelete