Tuesday, February 2, 2016

Happy Birthday Anak Syurga Ku....

30 Januari 2016 genab umur Mohamad Naim Iqmal  21 tahun. Walau tidak pernah sekali dia meminta apa jua untuk mengenang hari lahir dan pastinya dia tidak langsung tau bila tibanya tarikh ini..Anak syurga yang Allah beri pada ku ni tidak pernah meminta sebarang permohonan atau keinginan pun sejak dilahirkan..Hanya apa yang diberi itu lah yang di nikmatinya.
Dengan sebijik cake kecik dan 2 kotak piza itu sudah amat mengembirakan Abang Naim...piza makanan yang sangat digemarinya...

Makan makan waktu time abang Naim dah nak tidur tapi semua ni amat mengembirakan dia...tak perlu majlis besar tak perlu hadiah pelbagai ini pun dah menjadi sebutan nya untuk beberapa hari cerita hal birthday dia sentiasa diulang ulang.
Moga Abang Naim dikurniakan kesihatan yang baik dan berupaya berdikari walau dalam apa jua keterbatasan keupayaan,...saat mak menitip kata kata di ruangan ini tak sedar air mata semakin laju semakin kabur nak pandang screen ni....hish,,,,,Dalam menjalani perjalanan hidup ni mungkin abg Naim tak tau apa itu susah senang . Namun dalam apa jua aku tahu rezekinya amat murah dan mungkin apa yang ada ini menumpang rezeki dia.
Sentiasa ceria tidak kira apa jua situasi...sentiasa dilayani baik oleh seorang kakak dan seorang adik walaupun cara layanan diorang biasa2 tapi semua faham dengan tanggungjawab untuk abg Naim.
Abg Naim ni merupakan penghibur dalam keluarga,walau cara hiburannya dengan menyakat dia tapi kat sini lah fun dan kebahagiaan untuk semua. Terkini dia kemain obses dengan segala iklan dan simbol Air Malindo memandangkan salah seorang ahli keluarga bertugas dengan company ni...Walau apa jua Abg Naim sentiasa gembira dan diberkati Allah.

3 comments:

  1. aloloooo...handsome dan comelnya abang naim nih..... happy birthday.....semoga diberkati disepanjang usia..... =)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....thanks atas doa tu Alia.Abg Naim sentiasa happy.

      Delete

Tulis la apa2 aje......