Thursday, February 11, 2016

Nostalgia Kapal Haji

Semasa mengemas rumah abah di kampung, terjumpa poskad dari abah dan pasport Haji aruah nenek dulu. Mengimbau kembali hal orang dulu2 nak menunaikan Haji rasanya kemain banyak dugaan dan ujian yang perlu dilalui.
Abah dan aruah mak menunaikan Haji dalam tahun 1975...itu lah kapal Haji yang terakhir untuk servis hantar Haji di Malaysia.

Kapal   "Eastern Queen'' namanya. Menunaikan Haji pada era itu mungkin murah jika didengar dan dibanding dengan sekarang...Lebih kurang RM3000 atau RM2000 dah boleh untuk urusan pergi ini. Jauh beza kan dari harga sekarang ..tapi walau murah didengar pada zaman ni mungkin sukar nak dapat pada zaman tu.
Tempahan tempat tinggal dalam kapal ni ikut class,,,jika yang dalam bilik mahal sikit lah.....yang murah ialah dibahagian perut kapal dimana penempatan seperti dorm.'
Abah boking yang dalam bilik...semasa nak hantar dapat jugak merasa naik tenguk lokasi tu...sebuah bilik attach bathroom dan 2 katil double deck ditepi dinding. ditingkat atas kapal dan memang selesa. Tempat makan pun ikut class bayaran yang dipilih. Kiranya ada class A. B, C lah. Sebab tu bayaran ada pilihan ikut kemampuan yang bole dipilih.
Bahagian paling murah adalah dibahagian bawah diperut kapal,,,ikut cerita semasa dalam perjalanan tu ramai yang akan mabuk kerana disini keadaan nya yang tertutup dan agak bising dengan segala bunyi sekitaran luar kapal dan alunan ombak yang amat dirasai.
Kapal Estern Queen
masih teringat persediaan untuk menunaikan Haji dengan kapal ni sangat remeh. Kena bawak tong kayu yang berisi peralatan memasak seperti periok, pinggan , cawan, pisau dan juga lesung batu, beras, ikan masin dan berbagai.Dahulu tiada kemudahan hotel yang menyediakan segala seperti sekarang so kena buat sendiri hal untuk makan. Tong kayu tu pulak di lilit ( simpai) dengan tali agar mudah untuk pengangkutan dimana akan upah seseorang untuk pikul tong ni. Tong kayu ni dipanggil "Tong Sahara"..susah bila bayangkan tapi memandangkan tiada pilihan yang mudah ketika itu,,tak la rasa kesusahan nya.


Poskad ni semasa nak balik ke Malaysia..Bayangkan hampir sebulan dalam kapal dan bandingkan sekarang hanya 8 jam. Betapa bezanya kan. Semasa abah dan mak gi Haji ni adik perempuan yang berusia 2 tahun ditinggalkan demi menyahut seruan Haji. Dek lamanya urusan pergi dan balik tu dari adik belum pandai bercakap dah lancar bercakap bila mak balik. Dan ibu saudara mengambil peranan menjaga kami semasa urusan abah mak gi Haji tu.
Tempuh sebulan perjalanan dilaut tu memang lama, ikut cerita jika da kematian di kapal tu,jenazah hanya di hanyutkan ke laut je,,atas kapal tu dah sedia ada satu lubang dimana jika jenazah diturunkan ke air ia akan terus kelaut.


Poskad pertama yang terima dari abah.


Ini pulak pasport Haji Aruah nenek yang kami pangil mak tua. Ni dalam tahun 1963 . Semasa dia pergi Haji ini lah aku dilahirkan oleh. Tenguk tulisan kat passport tu memang cantik dan kemas ...itu lah gaya tulisan orang zaman dahulu.Walau pun tulis yang official tapi masih berseni.






Urusan Haji dahulu dan sekarang memang sangat banyak perubahan ke arah terbaik dalam segala urusannya...urusan Haji juga umrah kini sangat mudah dengan segala kemudahan disediakan ,,,hanya sediakan duit saja juga jika kita antara yang menjadi jemputan Allah untuk ke Tanah suci ini pasti segalanya mudah. Amin.....

6 comments:

  1. kak haneem...kenangan yang sangat beharga nih....kena simpan elok2... =)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ni memang tersimpan rapi. Bila jumpa balik dan baca sangat mengamit memori.

      Delete
  2. Salam Kak Haneem, ingat saya lagi tak? Hibiscusrosanoor dari greetingsfromengland.wordpress.com. Sekarang dah tak blog,cuma berinstagram je.Rindu coretan Kak Haneem, sayu baca this post. My grandma and Auntie belah ayah pun dulu naik kapal haji, memang beza sangat dari zaman sekarang yang serba ringkas. Cuma kena sedia duit and a positive mind-set.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rosanoor,W.Salam,sure akak ingat.Urusan Haji dulu beza yang sangat ketara dari sekarang. Dapat info ni dari cerita cerita dan juga sedikit ingatan dari masa kecil dulu.Walau apa jua kenangan dulu dan sekarang pasti itu memori yang tak dilupakan oleh sesiapa yang menjalani ibadah tu.

      Delete
  3. I guna my hubby's old blog Kak Haneem, tak boleh comment from my blog dari my handphone. Hope u don't mind. Salam buat Kak Haneem sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap buat blog baru. Dapat share berbagai cerita.

      Delete

Tulis la apa2 aje......