Wednesday, March 16, 2016

Tugu Negara


Ehh tetibe pulak melawat sini. Tanpa dirancang tanpa diduga menjejak kaki kesini. Di suatu pagi Ahad yang hening tenguk dalam fridge dah tak de lauk untuk dimasak terus gi pasar Chow Kit Road. Kebiasaan dengan tabiat En D yang senang kesana kemari naik motosikal je..kemain tak suka dengan jamed dia nih..
Tapi disebabkan pagi2 ni cuaca sejuk dan nyaman ok jommm kita. 
Selepas habis membeli segala lauk pauk,,, sayur mayur,,,, otw balik kat jalan Mahameru, tetiba nampak sigage ke Tugu Negara semsa tunggu trafik ligt hijau...dan mula la buat aktiviti tetiba ni...terus susur jalan kesana pulak...kami ni selalu ikut flow je

Walau baru balik pasar I tetap ngn hand bag besar,,,sebab segala mak nenek barang dlam bag tu
Sebenarnya ini la kunjungan kali kedua setelah kali pertama hampir 30 tahun yang silam kesini bersama mak abah dan adik yg kecik lagi. Tu pun masa sesat jalan abah nak antar balik asrama di Kg Bharu sekitar 1981. Tapi berbaloi jugak ni dapat mengimbau masa lama. Bayangkan walau dulu duduk dari kampung mana pun sure kalau gi KL ni laa tempat yg wajib pergi. Ni kalau tanya warga KL Yang puluhan taun duduk KL sure tak terjejak kat sinikan.


Park motor ikut susur jalan susur pintu kedua. Masa tengah posing kat dalam tu cuak jugak hati takut monyet larikan lauk2 yang dibeli tadi ,,,maklum la sekitarnya pokok2.


Besar Tugu ni tau takk
Terus terang cakap anak2 belum lagi sampai sini walaupun diorang lahir dan membesar kat KL. Ok satu hari mak akan usaha bawak semua dorang datang tengok tugu menghargai askar yang mempertahankan negara kita ni.



Otw balik,,,menyegarkan mata masih ada hutan dan pokok hijau redup. Ni hampir dengan istana negara yang lama. Ampun Tuanku patik lalu depan istana nii.

View dari tepi pagar Tugu ,,,best ni dapt tengok sekitaran. Masa lalu kat jalan bawah tu tak perasan pun tepat ni. Maklum sibuk dengan jamed dan stress nak cari jalan yang tak sesak.
Last shot...dari 2 orang pelancung yang baru dari pasar ikan....



No comments:

Post a Comment

Tulis la apa2 aje......