Monday, July 29, 2019

Rezeki Itu Luas

Rancangan tanpa dirancang tapi kejadian berjalan dengan lancar. Kalau kesini pasti pemandangan kebun Teh ni mesti dirakam. Agak lama tidak kesini rasa banyak perbezaan. Kalau dulu sini bebas je kalau nak turun ke kawasan kebun ni kini telah dikenakan bayaran. RM3.00 tiap seorang dan hanya tempat yang di khas je boleh pegi. 
Kalau dulu free pun tak rajin nak turun kesitu, ini kan pulak dah kena bayar.
Lagi satu kesesakan jalan menjadi jadi terutama nak menuju ke KEA Farm tu.
Yang baiknya banyak Apartmen yang boleh disewa dengan harga berbaloi , tidak hanya bertumpu hotel.
Beli petai yang sangat fresh dan mata yang besar. Beli semasa jalan hasil jualan warga Asli.
Abang Naim dengan special pose dengan tempat Teh ni.
Sedang mencari hasil tangkapan di tempat jualan sayur sayur Kea Farm.
Pastinya buah comel dan cantik ni jadi daya tarikan utama, Perbagai jenis pack, hanya beli pack RM15.00 ni,,sebab rasa baloi, Buah besar dan manis.
Anggur pun ada,,tapi nyesal pulak tak beli dan tak tanya harga pun,,Tak tau hasil dari mana,,,tak tanya jugakkk.. Tak pe lain kali pegi lagi sure pasti tanya.
Baby tomato ni sangat sedap dan baloi dibeli. Murah dan fresh.
Jagung Mutiara ni sangat cantik,,ada sample yang boleh dimakan tanpa direbus dulu,Manis. Ni beza tiruan dan ori,,tapi masih tak dapat nak beza,,Puas belek apa yang buat beza,,,tak dapat nak hurai.
Pokok ni kalau di kampung dulu dipanggil pokok jarmin. Tapi lain tempat dipanggil lain, katanya bole halau nyamuk, tak tau lah betul ke tidaknya.
Sebelum check in apartmen makan Scone dan pavlova, dah datang tempat sejuk makan lah ala2 omputeh.
Abang Naim teruja dengan basikal yang tersanggkut tu. 
Check in Apartmen pukul 2.00 petang. Abang Naim terus merebahkan diri di katil ni.
View di hadapan balcony,,pasar malam mingguan di sini.
Selimut dek sejuk,,kabus mula menjelma di petang hari.
Sebelum lelap mata boleh tenguk view tepi katil ni. 

Makan strawberi bercicah cekelat ni popular sesangat masa Siti Nurhaliza kata dia suka, masa tu seluruh Cameron mula jual cokelat .
Malam malam buat cucur kentang berselaput sayur sayur yang ada. Jagung, cili , daun bawang, carot, dan sedikit isi ayam yang dah dibawak siap dari rumah.



Macaroni yang mewah dengan sayur sayur yang dibeli.

No comments:

Post a Comment

Tulis la apa2 aje......