Friday, February 28, 2020

Hari Lahir


Dimulai dengan Alhamdulillah dan ucapan selamat hari lahir untuk Farhan Akma aka Kak Ann.
27 Februari 2020 genap 28 tahun, dan imbas kembali 22 Februari 1992 mak selamat melahirkan anak pertama dan cucu pertama dari sebelah keluarga mak. Memandangkan segalanya pertama dah pasti segala nya buat keluarga teruja.
Memandangkan mengandung anak pertama, dan waktu itu scan scan jantina baby  tidak  lah semudah sekarang, hanya akan dibuat kalau kandungan bermasalah sahaja, maka mak dan abah tak tau lah apakah jantina anak yang bakal dilahirkan. 
Dalam keadaan mamai sebaik melahirkan, Doktor menunjuk jantina baby dan mintak mak sahkan apa jantinanya maka mak besarkan mata sahkan apa yang nampak,,
Dalam menyesuai diri menjadi ibu baru maka urusan untuk menamakan baby ni diserahkan pada abah, walau dah seminggu belum lagi bernama. Jangkaannya masa mula mak mengandung  adalah baby boy dan dia amat berkenan dengan nama Furqan,,,tapi bila dan dapat gegirl ni dia nak jugak ada khan khan ni,,isk isk..maka Farhan dipilih dan mak tambahkan Akma nak nampak ada ciri ciri girl kat nama tu.
Kak Ann ni dilahirkan dengan rambut yang sangat lebat dan tebal. Dek faktor ni shampoo baby sentiasa guna kalau tak hangitlah dek peluhnya banyak. tapi walau hangit pun mak mak suka cium. Rambut nya amat cepat panjang, tapi agak pelik rambut dia ni makin panjang makin tegak macam kena letrik statik, tiap kali mandi kan tegak balik bila kering , faktor shampoo agaknya,,Gambar tok bah dukung ni semasa kak Ann  berusia 4 bulan.

Berusia setahun lebih  di hantar ke rumah pengasuh. Nasib baik rambut tak terus mencacak. Berusia genap setahun pastinya mak teruja nak sambut hari lahir anak sulung. Tapi bukan lah menjadi tradisi untuk menyambut setiap tahun. 
Cucu sulung buat Tok mak juga teruja. Pasti tiap kali Raya baju kurung akan dibuat dan waktu tu trend kebaya, kebarung kembali. Berkebaya jugak lah si cucu sulung.
Rasa sekejab sahaja masa berlalu. Dalam diam  dia meneraju jalan hidupnya. Mak dan abah hanya menyokong apa jua yang dia impikan. 

Menjadi rujukan kepada 2 adik adiknya. abg Naim banyak kemajuan dalam percakapan dengan bimbingan kak Ann di rumah.

Bersama rakan yang sangat yang sangat baik mewarnai perjalanan hidup remaja mereka, moga persahabatan kalian berkekalan hingga akhir hayat dan sentiasa dalam Rahmat Allah. 

Baya, Nurul, Mastura
Persahabatan yang bermula semasa belajar di Uitm Dungun berterusan dengan baik dan masing masing dengan rezeki masing masing yang ditentu Allah.


Alhamdulillah dalam menyambut hari lahir tahun ini , Kak Ann menerima keputusan berjaya dengan cemerlang dalam pengajian Sarjana. Walaupun keluarga kita menghadapi ujian yang agak getir semasa Kak Ann menjalani pengajian ini namun segala usahanya dalam pengajian ini berjalan dengan tenang.   Pengajiannya kali ini tidak lah semewah semasa dia belajar di peringkat diploma dahulu, yang pasti tiap ujian pasti ada hikmahnya.

Moga Kak Ann berjaya dalam apa jua jalan hidup yang bakal ditempuhinya. Mak abah Tok Bah sentiasa mengiringi doa yang terbaik.
Semoga sentiasa dalam Rahmat Allah berjaya dunia dan akhirat.






No comments:

Post a Comment

Tulis la apa2 aje......