Monday, March 14, 2011

Hand bag

Hand bag ada pelengkap gaya, tapi bagi aku ia adalah sesuatu yang amat berguna dan tak boleh dipisahkan dan dalamnya tersimpan segala khazanah yang penting.
Mula menggunakan hand bag ketika berumur 9 tahun sekitar 1970 an mencipta hand bag untk kanak2 menjadi trend masa tu.Tak ketinggalan aruah mak telah membeli sebuah hand bag kulit comel dari Singapore. Sangat suka dengan bag ni dalamnya diisi dengan sehelai sapu tangan, clip rambut dan purse kecil untuk duit (hanya duit syiling je).Cara pakai dengan silangkan kat badan kira macam sling bag.Trend ni berlangsung dalam 2 - 3 tahun juga.
Mula menggunakan hand bag sepenuh masa ketika usia belasan tahun dan mula bekerja. Walau gaji mula kerja agak kecik tapi berusaha dan dapat memiliki beg Bonia full leather yang berharga RM350.00 itu pun dibeli masa sale dan dah tolak harga discount. Belum sempat nak jemu dah beli yang lain jika berjumpa dengan yang berkenan dihati.
Disuatu pagi minggu cuba kemas dan jejaki bag yang telah dimiliki, ini lah yang ada ni tak termasuk yang telah diberi pada seseorang dan ada jugak yang rosak dalam simpanan. Kulit yang mengelupas sebab tak diberi jagaan yang betul. Himpunan kat atas ni masih elok dan ada yang hanya dipakai 3 bulan sahaja.
Masih sayang dengan bag bag ni tapi dek masalah tempat masalah nak simpan terfikir pulak nak jual murah dengan cara car boot sale....ada ke yang nak beli?

Sangat selesa dengan beg yang agak besar dan paling penting punya 2 compartment untuk senang nak asingkan barang yang banyak dalam bag tu. Kalau dibuat acara selongkar ni dia list yang mesti ada dalam hand bag kepunyaaan ku.

  • purse
  • coin purse
  • make up pouch
  • cermin mata
  • set kunci (kunci rumah, kereta, pejabat, siap ada gunting lipat, blade dan nail cliper - set ni yang menyumbangkan keberatan hand bag)
  • sewing kitt
  • minyak angin, viamin dan ubat harian
  • hand losyen dan vaselin cream
  • Buku account bank (banyak buku tapi duit sikit)
  • hand phone (wajib)
  • tissue, pad (jika kecemasan), ubat gigi dan berus gigi kecik (jika lupa masa gi jalan jauh)
  • pen dan marker pen (tak tau kenapa nak bawak marker ni tapi sesekali ada gunanya)
  • brooch
  • camera
Dengan benda2 dalam bag tu semestinya bag tak boleh pakai yang kecik dan bebanan kat bahu yang digalas memang lebih dari sekilo. Penah dahulu rakan sepejabat buat keje mendajal letak 3 stapler, punture dan gam 500ml dalam hand bag tanpa aku sedari sehingga keesokan harinya. Tidak langsung perasan akan pertambahan berat kerana dah terbiasa. 
Sangat pelik dengan seorang sahabat yang tidak suka dan tidak pernah menggunakan hand bag. Diharap sahabat yang aku pasti membaca blog ni mula lah pakai, dari ko hanya lenggang kangkong je pegi dan balik keje tanpa hand bag ni......setidaknyanya ada juga tempat nak simpan hand phone tu dan tidak la hand phone tu menjerit2 dalam kereta yang ditinggal oleh tuannya. Dituju khas untk PG.....



6 comments:

  1. PG tak de handbag tapi ada SLING BAG..

    ReplyDelete
  2. kau tumpang garage sale hazmi bulan april ni mesti ada sorang mak cik yang beli hand bang aku at rm1 tu datang.. bertaki2 nak gaduh2 dia nak beli at rm1 sampai aku dah penat bagi je la.. rasa cam nak bagi free jeeee

    ReplyDelete
  3. nerry ko cam kan muka mak cik tu, so kalau dia dtg nanti cepat letak signage ' all item sold'....sampai dia balik. Suruh mak cik tu carik apa pekakas kt beg tu yg dapt harga singgit

    ReplyDelete
  4. Anony ; Sling bag PG hanya dok dlm kete je.....SK sila hasut PG bab ni.......

    ReplyDelete
  5. nerry:: ada garage sale? nerry bukak meja tak? boleh tumpang letak barang?

    ReplyDelete
  6. beg ke.. meniaga beg ni.. punya lah banyak!

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......