Saturday, December 17, 2011

Kumbang Jingga , kumbang merah

Aku ni peminat kumbang ,tak tau kenape tapi suka dengan warnanya yang cantik dan segar mata memandang terutama kalau dicelahan daun2 hijau.Comel la sangat merayap2 kat daun tu. Serangga ni jugak dinobatkan jadik jenama baju kanak dalam taun 80 an. Cute bila ia terlekat kat t shirt putih bayi jenama tu. Dek suka jugak la meja kat ofis ni bersepah dengan serangga ni. Antaranya adalah pemberian dari anak.


Kumbang yang besar tu hanya  makan duit syiling 50 posen jer.Kadang2 lupe jugak nak bagi dia makan.



Kabinet fail ni jugak tak terlepas dari rayapan sang kumbang.


Jaga2 jangan sampai dia masuk tinge.


Pada suatu hari ternampak satu blog bernama Kumbang jingga terus baca dan dah jadik kemestian tiap hari baca citer bloger ni. Suke cara dia citer.Selalu baca blog2 ni masa minum atau lunch, ada ketika hampir tersembur air yang diminum bila baca yang mengelikan hati. Ada kebenaran jugak dalam realiti ber FB macam yang ditulisnya ni. http://kumbangjingga.blogspot.com/search/label/Ragam%20Manusia
Aku dalam pertimbangan nak remove je kat FB aku orang2 yang membuat mual tekak bila baca status yang dituliskan. Ada juga yang gila perasan selang sari letak gambar terbaru dan siap Like sendiri pastu tu tunggu orang komen.... suka la kalau orang cakap cantekkknya u, alahai rasanya orang yang mengomen tu tersangatla hipokritnya.Kalau betul2 canteknya aku pun nak Like jugak kat ko. Yang gila speaking London pon ada, kalau betul tak pe, ni haru biru, aku pon x pandai sangat tapi tau jugaklah nak beza antara yang betul dengan salah tu. Tak kelas kot cakap melayu. Ada sorang lagi ni gila berpuisi la pulakkkk, agaknya zaman 80 an dulu tak FB so lepas geram la sekarang ni ha dan selalu tulis sedang merajuk pada sesaorang . Kalau remaja tu ok la jugak tapi ni dah sah2la ko dah layak layan cucu2 je. Kalau merajuk dengan laki tu ko settle je kat rumah tu tak yah sume orang ko nak bagitau.Nasip orang2 macam ni minggu depan je kalau tak de perubahan nyah ko dari FB aku...


Tuesday, December 6, 2011

Sejuk2 Cameron H.Land.


Plan utk naik Cameron ni secara tetiber jer jadinya. Kebetulan dah reserve resort ni utk group ofis tapi tak jadik. So masa nak cancel mintak staf to hold 2 unit apartment utk aku and family adik. Plan spontan ni selalu menjadik.Menginap di Natasha Resort kat Brinchang sebelahnya EQ hotel. Kebetalan cuti Maal Hijrah dan cuti sekoah ni terlalu ramai yg kesini. Dari Tanah Rata menuju ke Brinchang ambik masa dekat 2 jam. Teruk betul dan harap yang mentadbir Cameron ni buat sesuatu nak atasi benda ni. Jam teruk disebabkan kenderaan yang parkir tepi jalan sekitar Kea farm tu.




Sampai je abang Naim dah rehat2 kat balcony yang sangat luas ni.Mengadap kebun sayur.

Apartment ni punya 1 bilik tidor dgn 2 single bed. Sofa bed kat hall yang muat untuk 3 orang.

Bilik tidor

Kat Pantry ada fridge, kettle dan mikrowave.

Sebelum check in tadi singgah beli sayur dan jagung untuk masak2 jab lagi.

Sebenarnya tidak dibenarkan memasak, tapi nak jugak so bawak dapur siap2 dan bawak kat balcony agar bau masakan tidak terperangkap dlam apartment ni.Barang masak asas siap bawak jugak.Masa ni nasi dah mendidih dalam rice cooker.

Goreng sayuran yang fresh ni.

Keputusan memasak makanan sendiri ni berguna pada waktu2 peak sesson ni sebab kebanyakan kedai ramai pelanggan dan masakan cepat kehabisan.

Sambil tungu masakan siap menikmati buah durian yang dibeli oleh adik dari Bukit Gantang Taiping. Dah siap kupas masak dlam tuperware.

Goreng ikan pekasan yang dibeli dari Tasik Raban tempoh hari. Semestinya bau ikan ni tersebar dalam kesejukan dan kabus.

Senduk nasi panas berasap dalam sekiaran yang sejuk kebetulan musim ujan ni.

Dinner ready.....dinner ke hapa kol 6 petang ni. Gulai Sembilang salai masak lemak cili padi dan sambal tumis udang dah masak siap dari rumah.


Lagi sejuk lagi banyak tambah nasi.....kalau hari2 begini harus size baju kena tukar.


Cuaca sejuk bila malam dan ada beberapa orang dalam rumah ni yang tak sanggup mandi walau pun ada air panas.Disebabkan dah makan awal petang tadi, sekarang acara rebus maggi pulak....lazat hingga menghirup mangkok..

Strawberry ni sangat laku sejak cik ct cakap dia suke makan ni cecah ngn coklat.Peniaga2 kena ucap time kasih kat ct pasal hal ni. Beli jugak la..

Nina pon cecah la jugak strawberry ngn coklat ni ha.

Geram ngn bunga hydrengea ni. Kemain lagi suburnya tapi dah beberapa kali beli bunga ni usahkan kluar bunga daun pun terus tak keluar. Tak kose nak beli lagi gambo je la.

Sebelum balik singgah kat Strawberry Park untuk lunch.


Semua menikmati makanan pilihan sendiri.

Yang ni pilihan kak Nim....tak ingat apa tah namanya something  fish skewer namanya. Nasi goreng butter tu sedapppp.

Walau sejuk ice cream ni tetap jadik pilihan. Waffle ni ranggup sangat.


Beef Spaggeti pilihan abang Naim

Adif Nyum, nyum nyum....

Kabus sejuk menyelubungi suasana


Biscuit house dalam proses pembikinan utk cristmas deco.

Staf resort bagi tau ni dibuat dari real biscuit. Patut la bau harum biscuit bila lalu tadi. Ia bole lasting sampai 3 bulan. Hissh mana la bala tentara semut. Tak teringin ke nak kunyah biscuit ni.




Adif dah buat hal, tak nak pandang kat camera.Bole ambik pic belakang dia je....



Still x mo pandang depan.


Bye....

Kak Ann tak dapat nak join cuti2 sini sebab semester baru je bermula .Sehari sebelum ke Cameron ni kak Ann dari Dungun singgah rumah jab dengan rakan2. Harap diorang tak serik datang lagi ye. Ni masa sessi budak2 ni dengar ceramah En. D. Haaa mcm2  tips dah dapat kan.So kalau nak repeat tutorial datang lagi sure banyak lagi topik bole criter.Harap diorang sume sukses dengan pelajaran dan muafakat elok2 walau apa jua termasuk sama2 muafakat tolak kete ke workshop kalau rosak ........

Carik Makan......

Tergoda dengan cerita makan Wahida MY ALL lunch time bersama teman Ofis menuju ke Restoran 'PERIOK' Sg Buluh untuk mencuba makanan ni.Selepas melalui beberapa tol selamat sampai dan menikmati makanan kat sini.

 Minuman ni sampai dulu dan terus je kami slurppp....mak oiii terbaikkkk. Air Bandung float. Rasa sirap, susu, soda ditambah ais cream memang kaw punya.

Eh eh baru teringat nak start dgn doa....walau dah tersedut air tu sikit.

 Beriani Gam dengan beriani kambing ni utk aku. Tak terlarat nak makan daging ni.Tebal dan lembut. Makan kat sini teringat dengan Restoran Briani Mohd Shah yang membuat kami sekeluarga selalu turun ke Batu Pahat semata2 nak makan briani.Sedap.


 Cuba ikan merah masak asam pedas ni. Sangat sedap dan semua secukup rasa.Banyak tol isi ikan ni bole makan berempat. Ikan pejal dan fresh.Sepinggan RM25.00

 Akhirnya ini yg tinggal.....
Menghabiskan air ni sampai ketitisan ice terakhir.
Settle bayaran kat sini. Berbaloi janji sedap.