Monday, January 31, 2011

Sale Oh Sale


Lunch time Jumaat 12.15 hingga 2.45 bagi staf pejabat pelbagai aktiviti dilakukan oleh kaum wanita sementara kaum lalaki menunaikan solat fardhu Jumaat. Aktiviti shopping Jumaat ni  amat kerap aku laku samada berteman atau sendirian. Lebih mudah menaiki taxi daripada tercari cari parking yang sentiasa penuh, tiada istilah hujung bulan bagi orang KL ni....
Ke Mid Valley Mall hanya 10 minit sahaja... Disini Pesta Sale Tahun Baru Cina sedang meriah. Yang menghairankan majoriti kaum Melayu yang ramai memariahkan suasana ini.
Sedang meninjau ninjau area hand bag terdengar laungan staf yang menandakan 'Jualan  Sale Happy Hour' sedang bermula. Potongan harga barangan sebanyak 80% selama 1 jam berlangsung.
Betapa bersemangatnya kaum wanita ni memilih. Yang lelaki tu telah beberapa kali tersingkir dari kawasan barang tu dihimpit oleh wanita kat situ.Angkat letak, angkat letak, begitu lah cara memilih.....Walau pun tidak bertujuan membeli hand beg tergugat jua iman bila tengok harga yang da less tu. Dari tengok tengok terus capai satu yang menarik dan agak berbaloi.
Dalam perlbagai yang di lambakkan tu ada juga ku rasa harganya memang selayaknya setelah ditolak 80 %.
Harus buat pilihan yang berbaloi.

Hiasan di Centre court amat mengasyikkan menepati tema tiap perayaan yang akan berlangsung. Seolah berada dalam perkampungan di negeri China. Siap dengan jemuran cili kering dan cendawan.

Dimulai dari north , centre dan south court habis dijelajah walau pun masa terhad. Perlu balik ofis, masa untuk bertugas dah nak hampir ni....

Friday, January 28, 2011

Blogging with Ecah

Dimulai dengan Bismillah...
Mula join alam bloger dengan tunjuk ajar dari Norishah. Harap tunggu je soalan soalan yg akan ditanya ye cik gu...Thanks