Thursday, March 22, 2012

Happy Birthday To Me.......

N3 ni  khas dari aku untuk aku. Hari ni juga merupakan  tarikh bagi menghargai dan terima kasih kat mak yang telah selamat melahirkan aku ke dunia ini pada 22 Mac dan aku mula hidup di dunia ni. Kiranya cam meraikan peristiwa two ini one..

Rasanya tidak seorang pun tahu tentang tarikh ini. Sebenarnya meraikankan tarikh lahir ini tidak dijadikan tradisi istimewa keluarga aku sejak dari dulu pon. Setiap birthday hanya berlalu dan pergi begitu saja.
Tidak seperti sesetengah orang, ada yang pasti menerima  bunga,cake, perhiasan intan berlian, surprise party dan segala bagai. Intan berlian ......??? Huh..kalau aku tetibe dapat, dah sesuatu yang tak normal lah tu.......
Sebenarnya aku jenis yang malu kalau orang wish2 tu. Sebab tu laaa kat FB tarikh lahir aku hide kan so takde la menda tu sibok2 nak menganouncekan kat satu dunia. Heee kepoh tol FB tu.

Walau apa pon segala tu tak penting, ada banyak benda yang boleh buat aku bahagia dengan cara aku sendiri. Bernaung dibawah zodiac Aries. Ramalan tentang yang bernaung ngn lambang kambing biri2 ni cam ni ha...

'' Aries adalah pemimpin yang berani bagi mereka yang memimpin, sebagai orang yang bertanggung jawab, sangat jarang mereka akan menggunakan bawahan mereka untuk mendapatkan kepentingan sendiri, namun terkadang hal tersebut memang terjadi.
 Mereka tidak dapat menjadi pengikut yang baik karena mereka terlalu "mengambil bagian". Mereka mungkin tidak mau mematuhi aturan jika mereka melihat tidak ada alasan atau tidak setuju. 
Mereka lebih peduli dengan diri sendiri, baik secara positif atau negative dan  dengan keuntungan diri sendiri dan kepuasan diri sendiri.
 Energi yang dimilikinya membuat mereka sangat agresif, penuh dengan semangat, keras kepala, mudah tersinggung dan protes jika merasa dirinya teraniaya.''....Hmmmm kata ramalan oleh cik google je.

Hanya aku je yang tahu tentang sikap sendiri. Apa yang pasti aku berani dalam memperjuangkan diri yang teraniaya jika aku yakin berada dilandasan yang betul. Pernah memperjuang tentang ini ditahun 1986, rasanya aku telah berjaya membuat perubahan yang besar dalam hidup ini, percubaan yang sangat berani secara sendirian. Biar la aku je yang tahu semua tu......

Akan berusaha untuk memiliki apa yg diidamkan walau apa cara sekali pon, tapi kalau tidak tercapai jugak pasti pasrah, kena semat dalam ingatan pasti ada keburukan jika mendapatnya dan kebaikan dengan tidak dikurniakan apa yg diidam tu.

Semoga hari2 yang berlalu diberkati Allah dan impian yang diimpikan akan muncul. Moga Allah mengurniakan aku 2 impian yang sangat diimpikan. Amat yakin sesuatu yang dipinta itu akan sampai juga samada cepat atau lewat, tetapi jika tidak tercapai juga pasti ada hikmah disebaliknya.Selama ini pon banyak impian yang aku mohon telah dinikmati secara tidak disedari dengan berbagai cara. Sangat2 bersyukur....... 




Tuesday, March 6, 2012

Songket Warisan Bonda

Ehem ehem...bayangkan masa tengok gambar pengantin ni diiringi dengan lagu Di Renjis renjis dipilis....Ini adalah gambar masa majlis persandingan abah dengan aruah mak. Aruah mak telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2006 dan kini abah menjalani hidup sendirian, moga dia dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia dengan caranya walau aruah mak telah tiada disisinya kini. Pakaian yang dipakai masa majlis kahwin ni masih elok lagi dalam simpanan. Dan masa balik kampung baru2 ni telah mebuka sebuah peti simpanan pakaian ni dan semuanya masih berkeadaan elok walaupon telah berusia puluhan tahun.


Majlis ni dalam tahun 1960. Kalau songket ni tiada pasti kita yang dapat agak warnanya. Dan warnanya adalah seperti dibawah ni, merah pulasan.
Sila abaikan taik lalat kat tepi bibir mak tu. Sebenarnya kalau dulu mak andam akan buat taik lalat palsu sebagai pemanis pengantin. Tapi kalau sekarang lagi banyak yang palsu kan???






Pada 1996 sekali lagi songket ni digunakan oleh adik setelah aku menggunakan juga pada majlis berinai tahun awal 1990.


Peti ni telah berusia hampir seratus tahun.Ini adalah peninggalan aruah moyang. Dperbuat dari kayu cendana. Baju2 yang disimpan dalam peti ni akan berbau harum dek kayu peti ni.


Peti ni digunakankan untuk menyimpan baju2 songket dan kain tenun peninggalan aruah mak. Kalau dulu mungkin peti ni digunakan untuk travel kot?


Ini lah baju yang dipakai oleh pengantin di atas. Warna masih terang dan berkeadaan elok.


Bahagian leher dengan jahitan ' tulang belut' yang halus buatannya.

Bahagian kain dengan tenunan bentuk kipas.


Baju ni pulak dipakai masa majlis berinai kecil. Dipangil kain brocket.Warna silver.Size baju ni lebih kecil dari size S sekarang.



Baju songket bunga tabur ni telah digunakan masa majlis kahwin aruah nenek dalam tahun 1920 an. Hmmm lamakan? Pesaknya agak lebar, mengikut fesyen masa tu.


Jahitan tulang belut dilehernya amat cermat dan halus.
Tapiii bahagian lehernya sangat kecik. Rasanya orang dulu2 berleher sangat jenjang tak macam orang sekarang akibat banyak makan KFC kot....

Leher sangat kecik.

Baju ni pulak dipakai masa nak gi kemajlis2. Mengikut2 kata2 aruah mak dulu baju ni dinamakan kain siang malam, sebab berkilat2. Kain ni dah ada kerosakan sikit kat benang yang macam dawai tu.


Songket kain sampin lelaki berwarna hijau zamrud.

Ni baju Melayu lelaki. Kain tenun, sangat lembut dan ringgan dan berkilat. Tak pasti dari jenis tenunan apa.


Ini pulak  kain tenun dan songket aruah nenek digunakan dalam tahun 1920 an.

 Poket dihadapan baju.Buju kurung poket depan ni masih digunakan semasa ditahun 70 an, kemudian diubah menjadi poket ditepi kat bahagian pesak. Tapi kini fesyen berubah langsung tiada poket. Tapi banyak kemudahan dengan adanya poket ni terutama nak letak saputangan atau duit syiling.Kalau dibuat sekarang pasti ia agak ganjil dilihat.

Semua koleksi pakaian2 ni disimpan dengan elok di kampung. Dan tak tahu sapa pulak yang berminat nak pakai baju tu bila ada majlis2 akan datang. Yang pastinya kalau sesiapa yang boleh masuk leher baju songket bunga tabur tu amat bertuah. Siapa la si leher jenjang kelak.........