Thursday, September 20, 2012

Ladang Anggur Malaysia

Eh eh kat mana niiii? Alaa kat sini jer bukan Ostolia bukan New Zealand. Kalau dulu nak posing dengan buah anggur ni kena gi negara 4 musim tapi tidak sekarang. Walau pun Malaysia panas berdenting tapi ada kekdah yang membolehkan buah ni subur kat sini.

 Jangan terkejut suatu hari nanti Kedah akan muncul sebagai negeri pengeluar anggur terbesar di Malaysia.
Ladang anggur ini dimulakan pada tahun 2007 di atas kawasan seluas 1.6 hektar ekar dengan 1000 pokok terletak di pinggir Tasik Beris.

 Hasil pertama pada tahun 2008. Kini ladang ni dah berkembang seluas 12 hektar dengan 7000 pokok. Pengusaha ladang tersebut bernama Amiruddin Malik. Bangga atas kejayaaan dia ni.

Anggur boleh ditanam menerusi  biji benih, keratan ranting, tunas dan anak-anak hasil tisu kultur yang akan mencapai peringkat matang antara 10 hingga 12 bulan. Jenis anggur yang ditanam di sini terdiri daripada Black Opal, Black Grape, Wite Malaga dan Lose Plite.  Pokok anggur ni boleh hidup sampai 25 tahun! Bila dok bawah rimbunan pokok ni timbul jugak le rasa nak cuba menanam tapi sayangnya benih yang dijual dah kehabisan pulak. Wahh dapat bayangkan tak lama lagi ramai la  orang Malaysia yang dok bawah pokok anggur sambil ngunyah buah ni tak lama nanti.



Anggur hijau ni sangat cantik...memang saya peminat anggur hijau berbanding yang warna hitam atau merah.
Tak bole petik ye.



Sangat damai duduk dalam rimbunan pohon ni.

Disudut2 yang tertentu kaedah mengeluarkan wap air ni mungkin untuk membantu dalam menyuburkan pohon anggur ni.Disamping tu pengujunng pon bole tumpang rasa sejuk2 dari benda ni.
Nun yang berdiri tegak tu penjaga yang mengawas pengunjung dari memetik buah ni. Ada disediakan buah untuk dijual di kiosk khas kat luar ni, tapi biasa la manusia ni lagi dilarang lagi kuat keinginan untuk buat apa yang ditegah tu. Rasanya jika ada yang buat jugak sejumlah bayaran akan dikenakan. Tak pasti pulak berapa.
Antara nya ada juga anggur hitam ini, tapi sudah kurang kerana sudah dipetik sebelumnya. Pangujung akan sentiasa dapat melihat anggur ni bila kesini kerana cara memetik adalah mengikut kawasan demi kawasan agar ia sentiasa ada untuk dilihat oleh pengunjung. Hmmm harap faham le apa yang saya maksudkan.
Ni kat entrance . Pose jab sini.

View depan ladang. Kat sini ada jual produk2 dari anggur tu dan bole minum2 petang sambil tengok view tasik kat depan ni. Suka dengan tempat duduk kayu  tu, direka macam tong peraman anggur.Sesuai dengan suasana.
Produk dari anggur yang ada, jus, sabun, lotion badan dan bath gel. Anggur fresh dari ladang dah siap ada dalam fridge tu. Benih anggur jugak ada untuk dibeli harga RM 20.00
 
Depan ladang berhampiran tasik. Nyamannnn walau pun masa ni panas.
Ni charge tiket untuk masuk dalam ladang tu.

Ini untuk dibeli oleh pengunjung ladang, Half kg RM13.00. Manis setara dengan buah yang kita import. Sangat fresh.





Bersama adik ipar dan anak2 buah dari Melaka.
Sebelum masuk tengok anggur dah minum jus ni siap2 sebab haus sangat.
Semoga tempat ni terus maju dan bole menjadik tarikan pelancung.