Friday, July 22, 2016

Coretan Raya 2016

Hari Raya menjelma lagi setelah Ramadhan berlalu. Hidangan wajib di hari raya dah pasti ketupat nasi, rendang daging dan kuah lodeh. Rasanya ini tak boleh diubah lagi sebab dari lahir jer kami dah di hidang kan juadah ini. Pernah cuba menukarkan juadah lain di hari raya tapi saya janggal dan seolah tak raya pulak. Persiapan untuk acara masak memasak ni dah siap2 prepare dari KL lagi terutama bahan asas memandangkan abah yang duduk sorang di rumah ni tidak memasak. Dari bahan utama hingga segala rempah ratus termasuk bawang dibawak dari KL.
Maka terhasil lah juadah ini di pagi yang mulia raya 2016 ni. Kuah lodeh super sedap dek olahan penambah baikan dari resepi my sister. So sedap...puji sesama sendiri.
Kuah kacang dari air tangan my sister sebab hanya dia menghasilkan rasa kuah kacang yang sedap walaupun dia masak just campak2 dan hentam jer. Rendang daging dah siap dibuat siap2 dari KL so petang akhir puasa tak la kelam kabut cam selalu sebab kalau semua nak buat serentak.
Ketupat nasi direbus malam raya. Kali ni ada extra menu, pulut kuning dan ketupat palas. Nampak sakan pulak kali ni. Ni hasil dari perancangan yang dibuat antara adik beradik dan termasuk dah rancang strateji nak menjamu pada saudara mara yang datang.
Ingat tips nak isi ketupat ni dari aruah tok mak...Isi beras takat bucu ketupat tau.
Dipetang akhir puasa semua anak dara ni dikerah oleh mak mak dara untuk membantu didapur. Hasil dari isian ketupat ni boleh dirumuskan anak2 dara ni berjaya mengisi dengan tepat dan menghasilkan nasi yang kenyal , tak keras dan lembut.Lulus bab ni dah kalau kami mak mak dara ni dah tak upaya nak meneraju dapur satu ketika kelak.
Ini adalah longgokan beg beg dari kereta my sister bersama 5 keluarga. Kemain gigih dan creative mengisi setiap sudut kereta yang memuatkan segalanya ini. Beg plastik tu semua berisi kuih dan jugak bahan asas untuk acara masak. Dikala mengeluarkan segala beg ni dah macam acara contest isi barang sebanyak mungkin dalam kereta.
Pertama kalinya dalam raya kali ni menyediakan ketupat palas. Ketupat dibuat dari Kl lagi dan difrozenkan. Dan dihari raya kedua 100 biji ketupat yang dah difrozen ni dinikmati bersama serunding daging dan ayam. Ternyata selepas direbus ketupat beku ni ia sangat fresh dan sedap. Bole buat perancangan gini lain kali.
Qistina: Bila raya semua bagi ni,,,saya nak makanan!!!...bukan sampul ni
Tahun ni ada penambahan ahli keluarga dalam keluarga Haji Manaf. Sicomel ni anak buah yang berusia 5 bulan ni merayakan hari raya pertamanya bersama kami.
Malam raya setiap tahun pasti depan rumah ni ceria. Cucu cucu yang main bunga api pasti ada, kalau yang dulunya kecik dah besar tak ghairah sangat nak membakar tapi pelapis tetap ada.
Haiii saya Qistina Insyirah...jaga2 saya akan check semua sudut dalam rumah tok bah .
Sicomel ni dah mula memandu keretanya dan mengapai apa je yang ada atas meja . Kali ni hiasan kecik2 dan vase atas meja kena clear sebab di tecit ni akan meraba segala tempat yang dia berkenan.
Kali ni saudara mara yang ramai mula datang pada raya kedua.Pastinya bertambahan anggota keluarga terjadi sebab ramai yang dah kahwin dan juga dah tambah anak.
Nak memudahkan hidangan dibuat sudut buffet kat depan ruang tamu ni. Dan kali ini kami menggunakan pinggan, sudu dan cawan pakai buang. Rasa mudah dan cepat ,,tiada lagi timbunan pinggan mangkok jika selepas penggunaan kalau jumlah tamu yang ramai begini ia sangat membantu. Kali ni untuk tetamu ramai disediakan keropok lekor yang digoreng bila je dengar salam datangnya tamu. Puding fruit cocktail dan buah oren sebagai pencuci mulut.
RAYA 2012
Ini adalah urutan gambar gambar keluarga setiap tahun di rumah abah.Colection mulai tahun 2012.Pastinya tiap keluarga ada keletah sikecik semasa sesi foto. Sure tak makan arahan kalau semua dah sedia untuk seso foto. Tapi kenangan ni memang unik, tenguk je lah si adif dengan gaya santai dok bahgian kepala sofa.
RAYA 2013
Raya 2013 ni hanya keluarga ni je yang ada. Keluarga my sister tiada dek giliran dirumah mertua. Tapi penganti sikecik yang tak makan arahan menggantikan adif ada lagi,,Iskandar pulak punya turn
RAYA 2014
Raya 2014 ni satu lagi keluarga tiada. Nak adakan sesi foto untuk semua keluarga memang susah kalau pada raya pertama. Yang pastinya kalau raya kedua atau ketiga tu semua dah ada,,tapi mood nak bergambar pulak dah tak ada. Kali ni Adif masih dengan free stailnya juga.


RAYA 2014
Malah makin menjadi...... dah puas berjerit suruh dok cantik cantik untuk sesi foto,,makin kreatif dia beraksi...Baring terus...ok la nak apa nak buat suka ati lah nak....ini pastinya jadik kenangan manis satu ketika nanti..
RAYA 2015
Raya kali ni agak sedih pada aku...berbagai ujian perlu ditempuh,,,namun apa pun segalanya harus dilalui dan tabah...biarlah ia rahsia....Kali ni hanya 2 keluarga je yang ada.
RAYA 2015
Dan kali ni sitecit Iskandar ni pulak buat olah,,,,nangis pulak dikala nak sesi foto ni.
RAYA 2016
Ini yang terbaik walaupun raya 2016 ni masih tak cukup korum namun segala perancangan lancar. Alhamdullilah walau apa jua yang ditempuhi kalau dibuat permuafakatan ia pasti menghasilkan hasil yang terbaik.
Kali ni tok bah tak pakai baju raya...hmmm mood swing,,,dia tak kemasjid dek uzur dan tika nak bergambar sibuk pulak suh cucu gosok baju melayu,,,akhirnya bergambar je ngn kemeja dan kain pelikat.


Wahhh  si papa bagai kan tentera dalam perbarisan kawat hormat ni.
2016
Yeayyy setelah beberapa tahun baru kali ni dapat snap foto yang santai untuk keluarga my sis ni. Adif dah sedia untuk di fotokan...ada sebab dia bahave sangat . ..ada sesuatu yang digenggaman nya....
Ni dia....baby tupai yang dijumpai masa nak buka carpet . Situpai ni dah jadi pet untuk semua ..ibu nya hilang entah kemana.
Kali ni sesi fotoraya dibuat kat laman tok bah,,sebab every year kat dalam rumah sudut yang same jer,,,so kali ni di halaman pulak. Seperti biasa memang susah kami nak sedondon.




Selesai Raya 2016 kali ini dilaman tok bah...segala bunga bunga tu hasil dari jagaan nya, semua subur. Sehingga bertemu di lain kali. Insyallah