Wednesday, November 23, 2011

Kuala Gula Perak

19 November 2011 ke Kuala Gula bersama warga Perpustakaan UM berjalan dengan lancarnya.Sebagai aktiviti sampingan diadakan pertandingan memancing. Menginap semalaman dan singgah ke Kuala Kangsar waktu perjalanan pulang. Dengan perbelanjaan RM130.00 seorang meliputi penginapan dichallet (2 orang sebilik), BBQ,sarapan pagi, boat tour (2 jam),insuran perjalanan. Bajet bas dari peruntukan UM.

Pemandangan dari tingkap bilik.


Ini bilik tidur di family room . 2 bilik tidur dengan king size bed, 2 toilet.Bagi standard room  2 singgle bed.

Hall di family room

Balcony bilik kami. Mula sampai je terus set joran utk mancing.

Posing2 sambil mancing


Bantuan dari kaum lekaki ofis diperlukan.Kebanyakan kaum lelaki ni pakar dalam bab memancing dan punya kelengkapan set mancing yg lengkap.

Sabar dan gigih dalam mencuba nasip.

Santai kat balcony sambil tengok mereka yang mancing.


Yeeyyy dah dapatttt....ni hasil tangkapan pertama pada member ni. Dan pertama kali memancing.

Gadget mancing diorang.Macam2 rupenya.


Hah jiran sebelah bilik dah dapat hasil.


Subuh, matahari mula keluar.

Ohh member dah start mancing pagi2 ni.
Dari sekitar berkabus hingga kan....

.....Matahari dah cerah masa ni.

Dapat ikan lagiii....

Malam masa nak start acara BBQ yang disediakan oleh resort.

Menu BBQ kerang, jagung bakar, nasi goreng, hot dog, ayam ,fries,ikan sumbat. Fresh orange.
Package ni harga RM25.00. Tak termakan banyaknya.

Kebetulan baru tau  birthday Kamal hari ini, dan masa dlam perjalanan tadi call resort mintak tolong belikan cake. Dann masa makan tadi...surprise utk dia ni. Happy birthday ya.

Hari kedua, pagi Ahad lepas breakfast bersiap tunggu boat kat jetti resort utk acara boat tour tgk aktiviti nelayan dan burung liar sekitar sungai tu.

Sewa untuk boat ni RM180.00 untuk muatan 13 orang.




Nelayan sedang mengaut kerang. kejab jer dah membukit tingginya.

Mencuba mengaut kerang kat dasar sungai.

Dah dapat

Kerang ni ada kawasan yang telah ditanda oleh penternaknya. Tanda ngn pancang je.

Kerang yang baru diambil.

Ada yang mengelikan hati.

Antara spesies burung liar yg dilihat. Kuala Gula ni adalah tempat persingahan burung2 liar dari perlbagai tapi susah jugak nak pasti sebab burung ni terbang tinggi dan bole nampak jauh je.


Pemandu boat ni sediakan keterangan tenang burung ni camni dan suruh baca sendiri. Masa atas boat sorang pon x baca tapi bila dalam pic ni bergasak pulak meneliti satu persatu...Depan challet ada muzium burung, tapi cuti setiap Sabtu/Ahad so tak berpeluang nak masuk masa ni.


Seronok pemancing ni baru dapat ikan siakap merah.

Kelong ikan ini dijaga rapi oleh 2 ekor anjing ni. Lalu dekat pon dia dah grrr....
Tapi sian dia dok sekitar tu je tak leh nak kemana2.



Woiii besar tul siput ni. Tak tersedut pulak kalau dah gini besarnya.




2 buat boat digunakan untuk rombongan kami

Seronok betul member kitorang ni diberi kepercayaan oleh toke boat utk memandu boat.

Ni masa malam dekat nak kol 1.00 pagi....He he cekal dan sabar walau teruk dikunyah dek nyamuk.

Mentari mula keluar disubuh hening.

Untuk menentukan pemenang memancing berdasarkan ikan yang paling besar.

Ini pemenangnya.
3 hadiah disediakan utk pemenang.

Challet di dari pemandangan dari boat yang kami naiki.


Tak sah kalau gi sini tak singgah ke warung mee udang mak jah di Kuala Sepetang. Kuala Sepetang ni dalam 20 km dari K. Gula. 

Nampak udang dulu baru ada mee kat bawah tu.


Hah baru puas ati....slurpppp...

Sume berasaskan udang.

Restoran kena bayar 2 orang ni for promoter  utk ' Restoran Tasik Raban'

Pelbagai masakan kampong kat sini...Sedap dan masih terasa sampai kini.

Pelbagai ikan bakar ada.

Antara ikan yang sedap ni. Ikan Sebarau bakar. Harga yang ni RM84.00 sekor, diantara ikan yang sedap ni.

Singgah kat Galeri Kuala Kangsar.

Dalam geleri.



Ehh   baru sedar x bole ambik gambar dalam ni laaaa.



Beli2 kuih muih kat pekan Kuala Kangsar.

Sempat beli durian dan dikendurikan kat situ jugak sebab tak boleh bawak naik bas.

Durian jantung yang sedap.
Perjalanan pulang ke KL lancar dan selamat sampai kampus UM jam 9.30 malam. Alhamdulilah selamat semuanya dan semua puas hati.