Monday, September 11, 2017

Busana Saloma

Demi memanfaatkan cuti 5 hari sempena Raya Adha , kejayaan cemerlang Malaysia dalam sukan sea ni ke Muzium Negara,,,kiranya nak bunuh masa. Sebelum ke pameran duduk dulu tengok Tv yang disediakan yang menunjukkan detik in the making hal busana ni.
Begini rupenya warna sebenar baju ni, sebelum ni tertanya tanya warna apa kah bila diguna oleh arwah semasa dalam lakonan,

Pinggang nan secekak. Terbayang filem yang pernah beliau memakai baju ni


Walaupun arwah kecil orangnya,,,tapi pandai mengayakan posture badan bila bergambar,,,tak ramai sangka dia kecik. Dia tak kan berdiri tegak cam tiang bendera
Cantik warna hijau ni dan fasyen ni pun dah berkali kembali.


Koleksi kasut, kecik je bersaiz 5 dan hand bag
Dalam perjalanan ke galeri busana ,,,gambar jab dengan koleksi ni

Sebelah pameran Busana Saloma , ada pameran hal sukan sea.
Kenangan dengan bas mini.ernah naik ni masa mula bertugas kat KL ni dulu, tak sangka ke muzium pulak jadinya.

Kecik molek betul ukuran badan arwah Saloma,

Thursday, September 7, 2017

Merdeka 2017

Tah apa angin yang meniup semangat ni,,tetiba malam seblum 31 Ogos teragak nak tengok life parade di Dataran Merdeka ,pernah beberapa tahun dulu datang  tapi hampa sebab tak dapat tengok dari jarak dekat. Maka kali ni seawal 7 pagi menaiki LRT terus ke KL.
Tiba sahaja ke destinasi Masjid Jamek ,Ya Allah ramainya yang sedang menuju ke kawasan yang dituju.

Ni dalam keadaan segar lagi,,,tak tau nak cakap bila ada ibubapa yang tolak stroller anak yang kecik berusia beberapa bulan tu ke tempat yang sesak dan panas gini. Anak anak pulak menanggis tak selesa.Jangalah lah wahan ibu ibu dan bapa bapa sian budak...kalau tak ada orang jaga,,,dok je kat rumah tenguk tv.

Setelah beberapa kali mencuba meloloskan diri untuk kempat yang hampir namun tak berjaya,,,peluh dan mula meleleh, cubaan ke 4 kali hanya jarak ini sahaja yang mampu tu pun dari sudut sipi ,,berbagai ragam mula dilihat. ada yang mula nya sepakat duduk so yang dari belakang boleh sama2 tengok,,tiba tiba si baju merah ni bangun sambuil dukung anak ,,,haish yang belakang tengok bentuk badan belakang dia jer lah,,,hati kering betul lah dia nih....
Dari dataran Merdeka kami mencuba mencari ruang nak tengok akhirnya dah nak sampai Sogo,,,dihadapan bangunan EPF,,,hmmmmm jadik lah..

Selesai perarakan tempat duduk ni kosong,,,nak jugak feel duduk situ..
Weiiii hati kering kan abang baju merah,,,mula dia elok duduk , bila start parade dia sesedap rasa bangun dan orang lain tengok bel;akang dia jer,,,,,
Dah malas dah nak pegi lain kali,,,,last lah ni...