Thursday, May 21, 2015

Bandung 2015

Nak masuk jugak cerita Bandung ni walau dah lewat,,ini antara aktiviti jalan jalan tahunan dengan kawan ofis. 1 Mac 2015 berangkat ke Bandung ni first time travel dengan Malindo Air...selesa la seat dia ni, luas kiranya tak la lutut bertemu seat orang depan...maklum kaki panjang. Ini kiranya kunjungan kali kedua menjejak di bumi Bandung ni.


Orang lain semua dah lepas,,berenti posing pulak ,,,tak akur ngn undang2 tak bole berfoto..tapi kejab jer bukan duk lama pun just nak nampak belakang tu Malindo Air kalau tak lupa pulak. Tak banyak gambar kali ni sebab tetiba tangan ni tah camna terdelete galery,,,aduhhh nangis...
Kalau sebut Bandung sure ingat shopping,,,ni tempat pertama pegi,,hambikkk kau kain sampai tak nampak dinding dan sampai ke siling kedai. Yang tukang jual kena panjat timbunan kain ni,,,biasa lah customer ni apa yang jauh tu nampak cantik, maka merangkak dan memanjat la peniaga tu ikut kan kehendak customer,,,,bila dah ambik  tak kenan pulakkk,,,eeee sabar kan.....
Sila kan pilih..... Biasanya orang perempuan ni sure akan pilih colour yang cantik dan yang penting design sulam tak nak serupa dengan kebanyakan orang dah pakai.....corak dan warna lagi pelik lagi suka. hikss....


Antara tempat yang pergi dalam trip ni ialah Ladang strawberi,,,,besarrrr buah nya,,,hanya sebiji je yang tegak kat belakang tu. Semua dah kena petik,,,buahnya nan ado......kiranya lawat ladang putik strawberi je.haduhh...dah tau buah nya tak ada nape dibawak...anggap tour agent lupa nak nk check hal ni kot....
Bersama dengan tour agent yang dah beberapa kali guna khidmat travel dia ni,,
Singgah kat Kopi Luwak,,,kopi yang terhasil dari taik musang...Dalam perjalanan tour guide dah terangkan hukum hakam dalam Islam tentang kopi ni. Percangahan antara kata haram dan halal diminum sebab dari najis. Katanya ulamak dah beri pendapat bole diminum berdasarkan dalam sepuluh bijik yang ditelan musang ni,,,dalam 5 biji tu kalau ditanam boleh tumbuh....motif?????  senang nak citer bijik kopi tu keluar dalam keadaan elok lagi la just lalu je dalam perut musang tu ....yg tak diproses kiranya....nape lah susah payah nak jugak hasil yang dimakan musang ni,,,,katanya musang ni akan makan kopi yang berkualiti dan sedap saja tu la dorang kutip balik buangan tu dan proses kopi tu untuk diminum.. Haaa musang jadik macam tukang petik dan mesin kisar buang kulit????.....
Ni bijik kopi dari musang tu yang dah dibersih dan di jemur tapi belum diproses untuk kisar .
Sementara orang lain pegi tengok2 cara dan tempat musang tu I dok santai2 kat tempat cafe tu hah, malas la nak gi dengar dan tengok,,,busuk kat tempat musang tu. Dapat la merasa kopi Luwak yang kemain mahal ni hasil belanja seorang kawan,,,hmmm tah ler tak tau nak discribe kan sedap or tak sebab I bukan peminat kopi,,,,,rasanya rasa kopi laaa.**** tak bole jadi duta kopi kalau gini*****
Rasanya ada antara kawan2 ni yang rindu dengan kucing,,,,,tengok musang untuk lepas rindu miow..pak cik tu kemain lagi bermesra dengan musang siap bagi panjat satu badan. Rasanya lepas ni dah sebau la dengan musang tu.
Dia ni memang bole jadik duta kopi luak..banyak hasil tangkapan


Salah satu tempat destinasi yang pegi ialah tempat yang agak baru...floating market. Disekeliling tasik dengan konsep pelbagai makan jual atas boat.
Sedap makan itu ini,,,sampai lunch yang disediakan kan oleh tour agent ni semua dah macam tak berapa nak lalu dek kenyang makan segala yagn kat floating market ni.


Sedap ni,,,macam rojak buah.
 
 Pisang cheese sedap sini,,,guna pisang tanduk memang la terbaik,.
Keluar pegi tempat ni pukul 12.00 tengah malam sebab nak makan lagi..Berdepan dengan hotel.Lapaaa lagiii.
Pelanggan yang ada hanya kami berdua,,,tapi sedap nasi goreng seafood  sini.rekaan dalaman cantik ada sentuhan ala Belanda dan Indonesia.
Ni makanan last kami di restoran Alas Daun. Sangat sedap dan unik. Ayam bakar yang enak sekali .walau nampak sikit tapi sangat mengenyangkan.kiranya camni la cara dulu duluan di sesuatu kawasan di Bandung...yeayy tak yah cuci pinggan kan....
Menghayati sepenuh perasaan makan kat sini.Air jus yang sedap sekali. Terkilan tak dapat minum jus durian belanda,,,kehabisan la pulak,,,tapi jua guava pun terbaik. Sekian la acara berjalan untuk tahun ni,,apa yang tak ada ialah gamba di pasar besar tu,,,tempat wajib untuk bertawaf la kalau ke Bandung...semua dah terdelete.tapi cukup la apa yang ada ni as kenangan. 
 opsss sebelum abis cite sejarah sikit pasal bangunan ni..Namanya Gedung Sate . Pelik nape tour guide beria benar nak bawak sini,,apa peliknya takat tempat jual sate...ooooh sebenarnya citer sejarah gedung tu gini......

 Gedung ini adalah sebuah bangunan bersejarah yang ada di pusat kota Bandung. Disebut sebagai Gedung Sate karena gedung ini mempunyai ciri khas yang unik, yaitu ornamen 6 tusuk sate yang ada di atas menara sentral. 6 tusuk sate ini melambangkan 6 juta Gulden yang dipakai untuk membangun gedung berwarna putih ini pada masanya. Gedung ini sangat terkenal tidak hanya di kota Bandung saja, melainkan juga sudah terkenal di Jawa Barat dan Indonesia.
Gedung yang dibangun pada tahun 1920 ini sampai sekarang masih berdiri kokoh dan berfungsi sebagai pusat pemerintahan kota Bandung. Gedung yang disebut-sebut sebagai ‘Gedung Putih-nya Bandung’ ini sekarang telah menjadi salah satu tempat wisata di Bandung yang paling banyak dijadikan tempat berfoto-foto. Hal ini dikarenakan arsitektur yang sangat indah dan megah serta unsur sejarah dan budaya yang dimilikinya......

ooohhhh bukan la tempat jual satey ye...
So I nak bergambar jugak la depan gedung sate niii
 

Monday, May 18, 2015

Ditepian Riverside Janda Baik

Tanpa dirancang tanpa persediaan macam nak berkelah tapi plan ni menjadi dengan jayanya.Kali kedua ke sungai ini. Antara sebab datang sekali lagi ni maknanya tempat ni antara yang disukai la. Pekara utama dalam pemilihan kawasan ialah tempat yang jarak sungai dengan kenderaan dekat, tak payah nak daki bukit bagai. Kemudahan asas toilet, surau dan tempat dan duduk sambil makan dan rehat selesa.Kriteria ni cukup lah untuk buat antara destinasi yg akan diulang. 
Bertempat di kawasan yang dinamakan Riverside di Janda Baik daerah Pahang. Sebab  kenapa special sangat nama tempat ni mula lah mengoogle ...,,ikut cerita kisah Janda yang berbaik semula dengan suami,kiranya rujuk semula lah .Dari janda balik ,,lama kelamaan jadi Janda Baik...gitu la ceritanya kata cik Google.

Sementara ayam sedang di bakar dah masuk dalam sungai ni,,,abg Naim hanya duk kat tempat pasir ni je. Arus kuat juga sebab ni bahagian hilir juga dan ada sesetengah tempat tu agak dalam juga,,,takat bahawa pinggang je lah. Antara yang best kalau sungai ni dibanding dengan laut ialah kawasan dibawah teduhan pokok maka ni tak la menambahkan menghitamkan lagi kulit macam pegi laut.Tak pening kepala dek bahang sinar matahari dan tak mengelupas kulit sebab berjemur.

Beberapa pilihan gazebo bole disewa,,bole tidur sini jika nak bermalam. Yang digambar ni sewa nya RM80.00 .Atas bole buat tempat tidur , bawah untuk duduk rehat dan baahgian tepi ada pangkin lagi untuk makan dan rehat. Dulu2 pernah impikan nak rumah yang bahagian belakang rumah ada anak sungai. Bole main air tak kira waktu.


Berjimba2 disungai yang sejuk ni.


Air sungai bersih dan sejuk,kalau tak tau berenang pun tak pe sebab arus ni bole buat hanyut macam berenang jugak. Seronok kat sini tak ada orang lain kecuali kami. Perasan macam sungai ni sendiri yang empunya.


Perut dah kecut dek berendam,,ayam dah bole dimakan...Resepi perapan ni disediakan sebelum bertolak pagi ni,Tumbuk kasar halia, bawang putih dan garam kunyit dah memadai,,,





Kawasan bersih sebab petugas ada menyapu dan bersihkan kawasan sekitar.
Perkara mula sekali lepas pilih tempat disalah sebuah gazebo ialah kerumun tempat bakar untuk hidupkan api.
Phuhh phuhff  mengeluarkan segala angin yg ada dalam badan  untuk buat bara api dari arang.


Akhirnya setelah hampir setengah jam memujuk cik api,,,ni hasilnya....


Ayam Bakar...bukan ayam Encik Bakar yang punya.
Tempat bakar ayam ni memang dah sedia ada untuk tiap gazebo,,,,kami bawak tempat besi pemanggang sendiri yang dibeli dari Daiso RM5... shj.
Ni gazebo yang kami pilih. RM20 .Tidak bole ditempah hanya berdasar siapa dulu dia dapat. Tapi hari ni tak perlu risau tak dapat sebab semua gazebo yang ada tidak berpenghuni,,,sebabnya ialah...bukan hari cuti bukan hari minggu. jangan harap nak mudah dapat kalau hari cuti. Ni antara sebab keistimewaan kalau pergi masa orang tak ramai.
Nasi panas, ayam bakar dan kuah kicap cili padi.....yummyyy
Bakar lagi,,,habis ayam sebuku roti pulak dibakar ,,sapu mentega dan gula,minum nescafe panas sambil berendam dalam air...hmmm...rasanya kalau sebuku besar roti kemain seksa nak abis kalau kat rumah,,kat sini semua nya lalu sebuku besar roti.
Gazebo berdinding anyaman buluh. Cantik ni
Untuk yang nak mengenal nama pokok yang ada dalam negara ni ,,sini pokok nya dah di kenal pasti dan ditandakan.
Ni chalet ala kampung bole disewa diseberang sungai ni.Sesiapa warga bandar yang nak rasa duduk rumah kayu kampung ni silakan telefon tuan chalet.



Antara chelet yang agak baru dibuat. Ini lah aktiviti seharian untuk minggu ni.

Thursday, May 7, 2015

carboot sale


Tanpa diduga tercebur dalam carboot sale ni.Sebab utama yang jadi begini adalah bila pindah rumah. Untuk meminima seboleh mungkin dengan rumah apartment ini lah jadinya. Semasa berkemas untuk pindah sungguh tak terduga bila tengok longokan barang yang dikeluarkan dari almari dan dari kotak dan jugak stor. Dalam stor tu kebanyakan barang dibuang. apa yang ada dalam stor...tah apa2 yang pastinya tidak akan digunakan terus buang.Kiranya dalam 3 hari mula buat pelupusan barang untuk buang. Baru lah langkah kedua pack barang yang guna untuk dibawa pindah.

Bila tengok barang2 cenderamata yang kecik2 dan barang yang kalau disimpan tidak akan digunakan ,,maka timbul lah niat dari dibuang elok diberi pada orang yang kita rasa hendak memiliki barang ni. Kalau diberi percuma tak tau suka atau tak...tapi kalau dijual dengan murah kita tau orang itu memang suka untuk memilikinya. 

Memiliki dan membeli hand beg memang tak dapat dielakkan. Umpama sikit2 lama2 jadik bukit-http://coretanhaneem.blogspot.com/2011/03/hand-beg.html
Ini antara yang lama dan pastinya dah bertambah.Sebenarnya sangat sayang pada beg2 ni tapi kena perlu penjagaan yang rapi dan juga tempat khas kalau dah banyak. Tapi apa kan daya tiada ruang untuk ini bila pindah nanti.
Mula gigih google tentang car boot sale ni dan rasa ini lah satu cara terbaik dalam menyelesaikan.
Bertempat di carboot sale Kota Damansara.waktu niaga dari 8 pagi hingga 12 tgh. Sewa tapak Rm20.00 Setiap hari Ahad.
Ini lah hari pertama dalam sejarah diri sendiri. Sebelum memulakan niaga ni memang berdebar. Bertempat di tempat khas Kota Damansara rupenya memang ramai orang yang menjual cara ini. Waktu sampai ni hampir pukul 8 ,walhal orang lain dah sampai lebih awal untuk ambil tempat...barang2 masih dalam kete tatapi bakal pembeli dan mula kerumun dan belek itu ini,.....aduh kelam kabut jugak,,,tapi salah sendiri lewat kan. 

Dari sini kita tau apa yang orang tu suka nak guna. Haaa banyak juga hand beg dijualwaktu mula niaga ni. Jual sangat murah walau beli harga ratusan cuma dijual bawah Rm50 antara nya yang dari original kulit.
Tapi bukan lah jual semua hand beg yang ada,,yang sangat sayang dan yang beri kenangan mengusik jiwa tu masih ada dalam simpanan.
 Masa melepaskan beg tu siap pesan pada pemilik barunya...Jaga beg baik2 ye...hmmm macam nak lepaskan baby pulak. Sayang lagi tu tapi puas hati sebab pasti pemilik baru tu memang suka dan moga dia akan jaga sebaik mungkin.
Ada seorang customer tu ialah seorang lelaki,,belek hand beg sungguh teliti dan nak beli untuk wife sebab beg tu ori kulit, dia cuba menawar sedikit,,ok laa lepaskan saja dengan harga yang dia nak tu sebab dia sangat suka dan mungkin as surprise give untuk wife,,,bagusnya dia.


Kawan sebelah kete yang niaga baju,,,sangat laku, harga Rm10 dan RM5  berbaloi sapa beli sebab baju cantik2. ni semua sebab almari rumah da sarat ...perempuan gitu le..pasni beli lagi.



Customer yang sedang pilih2 barang2 dari carboot cik Neem..kakak yang sedang belek bekas tu terus beli bekas nasi yang tahan panas tu ,,rasanya dapat free give dari avon lama dulu tapi tak pernah guna pun.Jual dengan harga Rm7 saja. Bunga ros merah tu berpuluh2 tangkai  dijual siap dengan vase sekali RM10.00 je.


Kutipan jualan sangat mengembirakan. Bole beli barang lain pulak.Kat sini hanya bole jual barangan terpakai saja sebab nanti akan ada peronda dari pengurusan tapak perhati apa yang kita jual. Sewa tapak akan dikutip semasa waktu berniaga,resit akan diberi.
 Pengalaman dengan customer macam2 dapat dilihat. Ada yang menawar sehabis murah walau harga tu amat2 murah dah.Tapi cuba advise dia ambik banyak2 baru bagi kurang harga. Ada juga yang menawar pastu buat muka tak puas hati bila kita kata harga dah patut sangat,,,buat2 nak tinggalkan dengan harapan kita panggil. tapi pusing balik bila kita biarkan saja dan jadik pulak beli tu...ye la kuasa membeli digunakan sehabis mungkin untuk mendapatkan yang murah. Peniaga kena  S A B A R.....

Antara barang2 kecik yang kini dah jadi milik orang. Murah saja sebab dah malas nak simpan menda2 kecik ni,antaranya itik2 kecik yang jadi kesayangan sebab dia comel untuk hiasan, ada yang dibeli ada yang dapat dari pemberian.
Pengumpul fridge magnet pun ada mencari yang belum ada ,,kebetulan fridge magnet yang dibeli dari Beijing dan vietnam dulu masih ada baki selepas dibahagi kepada kawan2 dulu.
Pada sesiapa yang nak buat clearence barang yang kita sayang tapi tak digunakan ini lah cara terbaik. Sekurangnya tak membazir dari dibuang bole jugak dapat duit untuk kegunaan lain. Yang penting barang tu ke pemilik yang betul2 minat nak barang tu.
Di tapak carboot sale ni banyak jualan pengumpul barang lama, sini lah tempat diorang menjual dan membeli. 
Tak terjangka rupernya pelita dan lampu cemeni yang dulu2 kegunaan dikampung dah naik taraf untuk dimiliki orang bandar dah tu harga kemain lagi...ye la benda yang dah tak de lagi keluarannya.

Sesungguhnya pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,pengalaman ini sangat bermakna. Kalau biasa kita menjadi pembeli kini jadi pejual dapat rasa dua perasaan dari situasi yang berlainan. 

Dah tentu dapat menjalin kawan antara sesama yang menjual di kawasan tu.
Tapi kena tahan panas la bila waktu dah nak ke tengahari tu,,,panasnya,,,tu laa kena usaha datang awal sebab dapat pilih tempat yang terlindung matahari dari bangunan atau pokok yang ada situ.