Wednesday, April 18, 2012

Here, there & every where

Semasa menguruskan sesuatu di Pejabat Tanah & Galian Johor Bharu ambil kesempatan untuk singgah ke tempat ni. Kini kalau sesiapa ke Johor pasti akan menyebut ....tak singgah ke JPO?....Disebabkan kerap dengar ni, singgah la jab sekadar nak tengok2. Pusat yang menjual barang2 berjenama dengan kadar harga murah katanya.


Menara ni kat pintu masuk JPO. Ok abang Naim posing dulu bukti dah sampai JPO

Pelbagai butik untuk setiap jenama. Antara barangan yang dah less 40% pon bole cecah ribu riban jgak. Hish....bole jadik kuros pada yang giler membeli barang jenama  Michael Kors nih.
Melangkah masuk ke coach ni untuk intai2 je. huh kena sediakan wang besar jugak untuk ni.Tak beli pon sebab hari ni ketiadaan wang besar. Hanya berjaya membeli 2 set purse wristlet fossil yang dah utk clearence sale 60%.Dan sedikit coklat di Choc house tu. Cukup laa.

Dah puas tawaf akhirnya tersadai kat sini.Kat belakang tu butik Pink jambu jenama tempatan hanya untuk orang jambu2 je kot. Hasil tinjauan singkat rasanya tempat ni berbaloi jugak la kalau nak yang berjenama sangat tu walau dah less still beribu jugak la tapi yg biasa2 dan sedang2 tu ada jugak la untuk dipilih.Ikut selera masing2.



Disalah satu hujung minggu April beberapa orang sepupu buat kenduri kahwin anak diorang so telah usaha menghadirkan diri. Ni salah satunya di Ampang dan keluarga Hj Manaf semua dapat hadir.

Aikkk ada acara salam kaut hasil share keluarga daripada Haji Manaf kepada anak2. Alhamdulilah moga bah diberkati Allah.

Antara anak dan cucu keluarga Hj manaf.





Laa kesiannya orang yg kat belakang sebelah kanan tu. Dalam nak nampak efect kurus, hanya keluar kepala jer.....cameraman x peka langsung.

Ni majlis di Segamat Johor. Hanya beberapa pic saja dapat sebab pengantin glamour susah nak dapat sudut yg baik, tapiiiii yang sebenarnya kitorang sibuk menikmati juadah yang sangat sedap dan antara desert yg menjadi tumpuan putu mayam yang superb. Biar la sedara mara berada sekitaran tapi sudut yg kami duduk sangat stratejik dapat menikmati makan tanpa dilihat.

 Adif dah berangin sebab tunggu mummy ambik fried chicken untuk tambahan.



Kepada pengantin2 diucapkan Selamat Pengantin Baru moga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Monday, April 16, 2012

Merdeka !!!!!!!

Hujung minggu ni menuju ke Segamat Johor menjengok bapa di kampung.Sambil tu beberapa majlis kenduri kahwin sedara mara perlu dihadiri . Bila ada kat rumah kampung ni aktiviti berkemas tu memang wajib dibuat memandangkan penghuni tetapnya sorang je. Kali ni operasi megemas dan menyusun atur semula alat2 pinggan mangkuk tinggalan aruah mak. Almari yang sedia ada sangatlah uzurnya dan sangat2 patut diganti sebab hampir nak roboh. 
Keluarkan semua pinggan mangkuk, senduk, sudu dan segala bagi untuk dicuci sebab rasanya cik lipas cik tikus dah buat tempat main kejar2 dan nyorok celah2 pinggan tu.


Mencuci segalanya diadakan diluar ni sebab mudah dan luas. Tukang cuci ni dah sakit2 pinggan nak menghabiskan cucian ni. Tapi tugas tukang angkat lagi teruk sebab kena bangun dan duduk banyak kali. Kalau kenduri dulu sure keje basuh dengan bilas ni direbut sebab nak elak dari tugas angkat2 dan susun, bole jadik tegang urat dibuatnya. Tapi nasip baik sorang bibik mengetuai tugas2 ni ha. Kalau yang membantu tugas ni belot cik bibik kena teruskan sampai sudah ye..

Setelah bersih dan kering, acara menyusun atur menyeronokkan. Masa ni macam2 koleksi dijumpai.Salah satunya gelas2 comel ni. Ini hadiah semasa yang mak dan abah dapat masa majlis kahwin diorang dulu. Ni adalah tiap satu koleksi yang ada. Antaranya koleksi cawan dan piring jade. Ni dibeli dalam tahun 1970 an. Masih ada 3 dozen dalam keadaan baik.


Piring kuih. Kalau gi raya dulu2 orang pakai ni utk piring kuih . Koleksi ni ada dalam 1 dozen  dan dalam simpanan kami di KL.Ada pelbagai colour.

Gelas merdeka tahun 1957 ada dalam 8 biji, mungkin dulu ianya 1 dozen. Walau pun gelas ni tidak digunakan tapi ia telah berpuluh taun dalam almari.

Mangkuk nasi bunga kangkong warna hitam.

Pinggan hidang bunga apa ni tak dapat dipastikan.
Terdapat hampir 30 keping pinggan hidang perlbagai corak dalam simpanan. Aduh buat apa banyak2 ni sekarang kenduri kendara dah guna catering yang serba mudah. Tapi dulu masa kenduri simpanan2 ni memang digunakan sangat.

Rasanya ramai yang tak tahu tentang benda ni. Batang macam besi ni digunakan untuk menghancurkan susu tepung. Susu tepung lactogen dulu2 akan bagi set besi ni dan sebuah selinder kaca untuk proses menghancurkan ketulan2 susu tepung yang agak payah nak hancur bila dituang air. 

Balang kaca ni bukan la selinder asal yang digunakan tapi tugasnya camni la.Selinder asalnya mungkin dah pecah sebab tak dapat dikesan.Bila air dan susu dimasukkan besi tu akan ditekan atas dan bawah untuk hancurkan ketulan. Ukuran selinder tu lebih kurang size je dengan kesesuaian besi tu. Ini adalah yang digunakan oleh mak dulu untuk bancuh susu adik kedua aku. Tapi lepas hujung tahun 70 an benda ni tidak dikeluarkan lagi dan susu kini bertambah baik kerana tidak berketul2 macam dulu punya.

Setelah selesai tugas menyusun atur harap rumah baru untuk pinggan mangkuk ini akan dimanfaatkan untuk puluhan tahun lagi dan dapat menampung berat beratus2 keping pinggan2  kaca yang menjadik penghuni dalam nya.

Thursday, April 5, 2012

Serabut......


Aduhhhh hari yang sungguh serabut. Semua problem datang satu persatu. Belum nampak jalan nak keluar dari ini lagi. Lagi satu masalah besar baru diketahui. Moga apa yang dah terbayang kat dalam kepala ni tak jadik kenyataan. Semoga Allah memberi laluan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah niii.......



Rasa nak berada kat puncak bukit ni agar masalah tu tak datang. Rasa nak duduk diam2 je kat suasana camni sehingga apa yang menakutkan tu berlalu........Minggu ni bakal menentukan apa yang akan jadi.
Bagaimana nak hilangkan dari memikir perkara2 yang tidak di ingini ini !!!!!!!!!!!