Thursday, April 23, 2015

Hijrah



Kembali ambik mood memblog .walau tirai 2014 baru habis dan awal 2015 masih baru tapi pelbagai peristiwa telah dilalui.
kitaran hidup memang ada pasang surut nya kena redha dan melalui saja apa jua takdir yang ditentukan. Pasti terdapat hikmah yang mungkin tidak nampak sekarang tapi masa akan datang pasti akan tau apa disebalik yang telah ditakdirkan. Pindah rumah sendiri setelah membelinya hampir 20 tahun silam. Dari rumah teres sewaan kini ke apartment pulak. Walau kecil walau kena daki tangga tapi terselit kepuasan tersendiri sebab ianya rumah kepunyaan sendiri.

View malam di balcony sangat tenteram,tak sangka boleh nampak bangunan yg hampir dengan tempat kerja dan sayup2 menara kembar Kuala Lumpur juga bole dilihat pada waktu malam. Antara sebab membeli rumah ini satu ketika dulu adalah kerana ia agak dekat dengan tempat kerja.
Masih teringat harum bau bunga kesidang yang wangi bila waktu malam dan pokok bunga hiasan yang sudah besar dihalaman rumah sewaan yang ditinggalkan. Kalau dulu kehalaman rumah dongak kepala keatas untuk tengok pokok2 kini ia bertukar jenguk kebawah dan nampak pucuk pokok yang sudah besar dibahagian bawah apartment.

Lorong laluan yang tiap hari pasti dilalui di tempat kerja baru
Dalam masa yang berdekatan juga pindah kerja ke bahagian baru dan meninggalkan tempat kerja lama setelah 17 tahun di sana. Walau terselit perasaan sedih tapi antaranya perasaan lega juga seiring...sedih tinggal kawan2 yang makan sepinggan dan faham antara satu sama lain walau ada tikanya gaduh2 sayang.....Ditempat kerja baru rakan2 adalah antara yang sudah dikenali so tiada masalah dan bidang kerja yang lebih kurang sama. 

Si Puteh@button@butang ni antara salah satu anggota keluarga kami, kena menyesuaikan diri dengan kehidupan apartment, walaupun kecut perut bila tengok dia meniti di balcony terbuka kami harap dia tak hilang imbangan diri. Setelah hampir sebulan tanpa disedari si puteh telah cuba turun tangga keluar dari rumah. Dia hilang tanpa dikesan mungkin tidak tau arah balik kerumah sendiri lebih kurang seminggu.  

Puteh makan dan minum sepuasnya sebaik saja dia ditemui
Disuatu hari pagi Jumaat tiba tiba ternampak kelibat puteh yang kami pakaikan rantai merah tu mengejar En. D yang ketika itu lalu ditepi kereta kami...dia mengejar sambil menjerit mengiow sekuat nya. Maka pertemuan jejak kasih pun berlaku. Dia dalam keadaan lapar, kotor dan kurus ditemui semula.Mungkin deria bau nya berupaya mengesan bau kereta kami dan tunggu tuan datang. Pasti selama ini dia disitu sebab kereta ini tidak bergerak sejak hari dia hilangkan diri.



Abang Naim dengan best friend ...si Puteh
Lepas dibersihkan dan diberi rawatan terdapat luka dibahagian kaki,,,ni mesti kes bergaduh sebab dia ni selalu dibuli bila sesama speciesnya. Walau suara kemain garang tapi sure berakhir kekalahan pada nya. 
Rasanya agak bersalah bila biarkan dia terkurung dirumah tanpa dia dapat bergaul tapi tiada pilihan lain yang dapat dibuat. Walaupun dia senang dalam jagaan kami tapi nalurinya untuk keluar dapat dirasai.

Tapi sewaktu menulis ni siputeh hilang lagi, telah 3 malam dia tidak balik. Pernah ternampak si Puteh dibahagian taman bawah, walau dipanggil namanya dia hanya mendongak ke atas memandang dan terus berlalu entah kemana. Kini redha mungkin dia perlu kehidupan sendiri dan mencari teman sebagaiman habitatnya.  Walau kehilangan dan sedih namum kami sekeluarga redha dan mendoakan si Puteh sihat dan upaya hidup sendirian atau pun mendapat tuan baru walau dimana jua dia berada....Dia hilang dengan masih memakai rantai merah berloceng. Jika ada rezeki dengan kami dia akan kembali atau ditemui jika tidak kami redha hanya gambar sebagai kenangan abadi dengannya. 

Monday, April 20, 2015

Happy Birthday Untuk Budak Ni

22 Mac 1963 semakin lama semakin jauh berlalu. Masa tu takdir telah menentukan pasangan Abdul Manaf dan Safiah menerima kelahiran bayi ini. Alhamdullilah atas segala yang Allah tentukan . Kini segala susah senang, pahit getir kehidupan ini diharungi.


Pastinya ketika usia bayi yang meniarap ini tiada apa yang difikirkan hanya pinta susu, makan dan belaian ibubapa.


Ketika usia 5 tahun, masih ingat sedikit dan samar2 ketika ini...kenapa nak dipotretkan. Hanya mata mengerling penuh tanda tanya dan melihat dimana ibu berada ,,yang ketika itu hanya terdengar ibu suruh senyum, senyumm ...tapi susah nak ukir senyum sebab tak tau untuk apa dibuat gini....
Ketika ini setelah masuk 5 series sangat menghargai apa yang ibu buat untuk sesi foto ini.
Moga Allah anugerahkan segala yang terbaik dan dimurahkan rezeki dan bahagia disamping keluarga yang telah dimiliki oleh budak ini.