Thursday, October 18, 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti



Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah......


Ini antara lirik lagu Panggilan Haji ( Panggilan Kaabah El Suraya ). Tah kenapa lagu ni sangat2 nostalgia sebab dah biasa dengar dari zaman kecik2 dulu lagi. Untuk tahun ni 25 September 2012 salah seorang adik ipar dapat tawaran menunaikan fardhu Haji. Norman bin Ahmad (adik kepada suami) bersama isteri Noraini binti Latif telah bersedia menyahut seruan Haji ni.
Namun takdir telah menjadik ketentuan, seminggu selepas mereka berlepas Norman telah meninggal dunia di Madinah, sehari sebelum mereka memasuki Kota Mekah.Al Fatihah....



Saat2 terakhir disamping adik beradik sewaktu menunggu urusan check in di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.



 Semoga adik ipar aku ni dipermudahkan Allah dan mendapat ganjaran Haji Mabrur. Kini masih lagi dalam mengerjakan Haji walaupun dalam kesedihan disaat jauh dari keluarga dan kehilangan suami yang tak diduga pasti menguji ketabahan dan keimanan seseorang.





 Rasa sedih bila kehilangan. Dia antara ipar yang agak rapat walaupun tinggal jauh di Kelantan. Dari zaman anak2 kami masih kecil tidak putus dia mengunjungi Kl dan jugak kami ke Kelantan.




Langkah dan pertemuan terakhir sebelum urusan check in di Kelana jaya.


Disamping menerima beita sedih tentang kehilangan, kehadiran anak buah dari adik lelaki bongsu jugak ditarikh yang sama. Alhamdullilah.


Mengujungi orang baru dalam keluarga. Ini antara cucu yang ke lapan untuk keluarga Hj. Manaf, Walaupun kami dari keluarga yang agak kecil kini makin meriah dengan kehadiran seorang demi seorang penambahan anggota baru.




Selamat hadir kedunia ini untuk Muhammad Iskandar Mirza bin Isa.

Sesungguhnya kehadiran dan ajal maut setiap insan tu dah ditentukan Allah, kita sebagai insan yang serba kekurangan harus menjalani kehidupan dan mencari keredhaan sebaik mungkin. Al FAtihah untuk arwah Norman bin Ahmad.....