Friday, June 12, 2015

Mungkin kah........

Mungkin kah sicomel ni bakal menghuni rumah kami..
Kronologi sicomel ni :
@  Lahir dari perut ibu kuching yang tidak bertuan dengan 3 ekor adik beradik. Hanya selalu nampak dia diberi makan depan pintu penghuni tingkat 2. Hanya untuk makan sahaja tidak dibenar masuk rumah.

@  Ibu nya bebas kemana sekitar kawasan apartment.

@  Sepanjang tempuh ibu comel ini bunting dia baring tak kira tempat ditangga apartment,,ada sekali betul2 ditengah2 tangga...Ni dah peringkat dia sarat benar.

@  Cukup masa lahirlah sicomel ni bawah tangga bahagian bawah apartment ,,,,tanpa alas apapun hanya atas simen sahaja hanya dengan panas haba badan ibu dan kasih sayang  yang tak berbelah bagi.

Ini adalah sicomel yang paling cantik...adakah mungkin nak tinggal rumah kami ni..


Ketika si ibu keluar mencari makanan budak ni dah kidnap kejab sicomel ni...2 ekor lagi tinggal kat bawah. Lepas main2 dan gomol2 hantar balik kat tinggkat bawah tangga...si ibu dah ada dan nampak runsing anak tak cukup 3.


Kiranya ...ini kuching apartment Palm Terace..ia jadik milik semua,,ada je rezeki dia,,sebab selalu nampak makanan diletak sana. Taip kali penghuni nak naik tangga pasti akan singgah dan main2 dengan comel2 ni.
Si Itam buat garang.. takut nak apa2 kan adik beradik  dia
Gamba semalam,,,makin bulat dan besar dah adik beradik ni. Nak di ambil salah satu kesian pulak memandangkan masih menyusu dan faktor nak pisah adik beradik ni.

Thursday, June 4, 2015

Rendang Ayam Ibu Mertua

Minggu ni terrr....rajin pulak. tetiba teringat dan teringin nak makan rendang ayam versi ibu mertua. Flashback citer lama masa baru menjadi ahli keluarga suami, masak2 dan makan2 jadik agenda utama kluarga.Walau pertama kali datang ibu mertua  jenis yang akan minta sama2 ke dapur untuk buat apa yang patut. Sekurangnya cara ni akan buat kita tak kekok dan tau kat mana asam garam barang2 dapur.
Pertama kali sama2 masak dengan dia ialah buat rendang ayam ni. Dan pertama kali rasa rendang ayam dia buat rasa terkujat dan peluh memercik satu badan,,,pedas ya amat tapiii sedap teramat.
Memandangkan dah biasa masakan keluarga sendiri yang pedasnya agak2 biasa dan suam-suam je,,kali ni memang kejutan. Tapi mula suka dan mula belajar cara dan ramuannya.

Rendang ayam cili padi
Terjumpa gambar aruah ibu mertua  dalam memori phon lama,,,,see kebetulan tengah ricis halia untuk masakan tu. Al FAtihah untuk nya.Seorang yang ramah dan rajin. Tang rajin tu ada satu kegemaran kami yang amat sama....suka berjalan...tiada istilah sakit bila berjalan, malah sakit hilang kalau berjalan kemana je. Mula menjadi menantu dia pastikan menantu turun padang hal dapur masak2 dan apa je. Masa anak kecik2 lagi jangan harap bole kelek anak je,,,dia akan jaga baby dan kita ke dapur. Haa pada yang jenis tak tau nak buat apa tu nasip ler,,,,dan yang paling menyeramkan dia suruh buat la apa2 masakan yang nak buat. Aduh berpeluh jugak masa tu nak berkarya kat dapur orang.

 Dan pasti bila dah masak dia akan komen cam juri samada kurang itu dan ini atau telebih itu dan ini  dan sepatutnya bagaimana.....Tengok !!!!... I dah masuk program master chef tu lagi lama dah dulu dari program yang realiti TV buat sekarang. Tapi semua teguran dan ajaran dia tu sangat berguna hingga hari ini.

Walau rupe tak berapa sama tapi rasanya adoo....
Walaupon rupe rendang ni tak seratus peratus sama macam dia buat tapi rasa tu ada.Sebab apa tak serupe tu sebab I mengelat, sikitkan kerisik kelapa,,,sebab malas nak sangai kelapa. Warna sepatutnya ialah hitam2 dan kering lagi. 
Masa sama2 masak dengan dia pernah pertikaikan kenapa serai tu kena parut,,,pas tu siap sugest blender je la semua ,,,,hehehe memandai syor gini sebab malas nak parut,tapi dia kata kalau blend semua tak sodappp...katanya tapi baru sekarang tau kenapa nak parut, rupenya kalau serai diparut dia akan jadik serdak2 dan akan menyedapkan lagi rendang tu.  
Sip baik pertikaikan masa dah kahwin kalau baru nak kenal sure banyak markah dah kena potong tu...
Resepi rendang ayam bercili padi ni senang je, tak perlu nak salin2 ramuan sebab dia cakap masa tengah masak jer...gini katanya.....

  Segengam penuh tangan cili padi kampung (tak guna ngira sebijik2 lagi dah).
  Serai berbatang2 (diparut dan sebagian di ketuk je)
  Kunyit
  Bawang merah bawang putih
  Lengkuas sikit (kalau banyak masam katanya)
  Kerisik kelapa (banyak)
  Santan (banyak2, mula dengan santan bercampur air masa nak empukk ayam,,,pastu dan dan masuk pulak pati santan ni kira yang tak campur air punya)
Lebih sedap guna ayam telur so tak hancur
Ramuan digoreng hingga wangi dulu.

Sebenarnya ramuan semua lebih kurang sama je tapi kuantiti ramuan, air tangan orang yang buat dan yang penting masak dengan perasaan kasih sayang untuk keluarga itu lah yang penting dan menyumbangkan kelazatan sesuatu makanan.
Pada yang tak kuat pedas tu pandai2 la adjust cili padi ni....tapi sebenarnya pedas tu yang buat lagi sedap bila makan dengan nasi panas2....(dah terliur pulak ni)
Puteri Mandi....manis lemak dan kenyal
Ini antara kuih kegemaran keluarga sebelah ibubapa saya. Mula pandai buat kuih ni masa umur 10 tahun. Bermula dari tolong mak gentel adunan ni akhirya diberi kepercayaan kendalikan dari mula sampai akhir. Nama nya'' Puteri Mandi '' dimakan as desert. Dari mana wujudnya nama kuih ni pasti dari cerita dulu2 puteri mandi bersama dengan dayang dalam kolam ramai2 kot. Tapi puteri sekarang dah pegi spa je tak perlu nak mandi2 kolam bagai...


Cara nak buat adunan je tepung pulut dengan jus air daun pandan yang diblend. Adun seeluknya ngam untuk digentel dan pastu penyekkan sikit....kalau dulu pernah tanya aruah mak nape nak dipenyek tapi tak de jawapan katanya dah dari dulu orang kena penyek kan,,tapi sekarang dah tau kenapa pastinya nak mudah bagi dia cepat masak bila direbus.
Masukan dalam santan dan maniskan secekup rasa.


Dapat makan ais kerim ni yang dibawak oleh teman sepejabat.Pelbagai perisa dan buah dalam setiap batang.
Ais kerim ni diberi nama Ais Krim Malaysia.Dulu dulu  pelbagai perisa dibuat,,kalau musim durian siap masukkan isi durian dalamnya. Ada juga perisa kacang hijau dan kacang merah..Tapi yang popular perisa asam boi dan jus oren. Terkenang tahun 70 an ini antara yang dikejar bila time abis waktu sekolah masa tunggu bas sampai.