Friday, June 15, 2012

Beijing pt 4


Perjalanan ke Beijing dengan penerbangan MAS, naik je dah mula perut lapar, sebab tau ada hidangan akan disediakan. Mula perjalanan je dah mula jeling2 kat pantry tu, bila la hidangan nak keluar ni...Hehehe makan kat atas langit biru ni sedap rasanya.Walau pun simple tapi mencukupi secukup rasa



Saje tak makan kat cafe airport tadi sebab nak makan ni, kalau makan kat situ pon bukannya sedap malah mahal yaamat. Ni antara pilihan samada nasi atau roti cukup mengenyangkan malah tak termakan cake ngn biskut tu.


Dengan perjalanan hampir 6 jam ke Beijing jenuh jugak la tunggu bila nak landingnya, so apa lagi aktiviti yang menyeronokan  selain dari makan. Nak tengok pemandangan dari tingkap pon x de benda yang menarik dari warna biru langit. Aku ni bukan jenis senang2 yang lelap .Sambil menanti hidangan seterusnya sempat buat analisa tentang tugas peramugari dan peramugara ni. Hmmmm memang penat jugak la kerja diorang.Mula dari mengedar hidangan pertama siap bertanya tiap2 sorang dah tu tugas membersih sisa makanan pulak.Edar selimut,seterusnya promote barang2 cenderahati jualan. Hidang lagi second hidangan , layan apa jua permintaan ratusan penumpang dalam penerbangan ni. Haa tu lom lagi perlbagai kerenah penumpang, yang penumpang mabok udara yang teruk pon diorang kena layan jugak.... hissh,penat kerjanya. Rumusannya diorang nampak glamour bila tengah tarik luggage kt airport je bila dalam bertugas kat udara ni hilang sume tu.

Dalam masa sejam nak landing,hidangan ringgan kedua pulak sampai. 

Dek kekenyangan bergini lah keadaanya....kamain ye kenyang2 tido dan mimpi peramugari selimutkan.....
Pemandangan ni semasa baru nak landing Beijing. keadaan agak berkabus. Dari jarak beberapa ratus meter dari udara dah namapak jalanraya yang bersusun2 meriah ngn trafic jem. Hai sama je dimana jua.

Bangunan2 kat Beijing ni memang unik dan menarik. Salute pada back packer yg mengembara sendiri tu, rasanya aku tak x mampu nak tour sendiri dengan keadaan bandar yang besar sebegitu.

Bila dah berada dirantau orang tu jangan le ngada2 nak makan cam kat tempat negara sendiri, makan je lah apa yang dihidang semestinya cara masak yang lain dari cara kita.Kalau nak sesuaikan tekak Melayu tu bawak2 la sambal pedas berasap telinga bole dimakan ngn makanan diorang tu.

Beli buah2 yang tiada kat Malaysia atau buah yang susah dapat atau mahal kat negara kita. Dapat beli buah peach segar ni kat sana siap kulitnya berbulu2 lagi tu.

Masa melawat tempat buat kain sutera dapat pegang kelongsong ulat sutera ni, siap ambik dua biji . Baru2 ni baru perasan ada kt dalam hand beg. harap2 ulat ni tak membiak pulak dalam beg....idup ke dia lagiii.


Forbiden city ni sangat mengagumkan aku, tapi tak puas nak explore sini dek keluasan  dan mengejar masa utk aktiviti seterusnya. Kalau dapat datang lagi akan spare masa seharian kat sini kelak. Kalau ada rezeki dilain masa.

Semua dah semput kat forbiden city ni. luas yaamattt.

Kalau bershopping kat sini hamboiiii memeningkan kepala diorang ni.Apa la punya cara, dah laa letak harga melanggit tingginya, tak bole nak survey harga sebab apa yang ditanya tu kena beli. walhal baru nak tanya2 je, pastu paksa beli siap adengan tarik menarik tangan pelanggan lagi.Harus tawar 80 peratus apa jua barang yg dibeli tu. Tak nak kurang tinggal kan je pasti diorang akan lambai2 suh datang dan agree ngn tawaran kita. Harus check barang yang dibeli terutama ngn size, jangan percaya ngn barang yg dalam plastik , ada yg beli alas meja besar bila dah berjaya bargain balik check alas meja kaecik yg harga pasti jauh lebih murah dari yg diberi tu. Sangat licik ...


Peniaga2 yang ada depan hotel ni pon ada tektik niaga jugak, diorang akan offer barang2 pada kita awal pagi masa nak gi tour, sabar dulu kerana harga makin murah bila hari2 dekat kita nak balik nanti. kalau berebut beli dulu pasti nyesal bila harga dia turun sangat rendah nanti. Tapi susah nak kawal nafsu nak beli ni,,,,bila sume rebut2 tu goyang iman yg maha rapuh bab2 membeli ni.

Ternampak ni masa solat kat salah sebuah masjid. Tak dapt bayangkan jenazah dibawak ngn basikal kat sini. Kat tempat kita sangat bezakan.

Kalau nak travel ni benda2 kat atas ni sangat beguna, international adaptor paling penting nak charge telepon dan camera. Oleh sebab cuaca sana kering mosturiser, baby oil dan lip balm memang kena guna kalau tak kulit kering ngalah daging salai ler. bibir pecah, tapi kalau musim winter lagi laa teruk nak moistkan badan, rasanya kena lumur losyen lebih2 ala ala orang minyak. Mula check ini hotel ni terkejut gak tgk plug tu tak ada suiz on off., cucuk je,,,dan serasa ngeri dibuatnya letrik tu short...kerinting plak rambut ni hah.