Thursday, August 23, 2018

Fraser Hill Aku Datang Lagi

Rancangan spontan untuk kesini terjadi dengan tiba tiba sahaja. Selalunya kalau dirancang beria susah nak menjadi tapi bila plan spontan ni selalunya sangat menjadi dan lancar. 
Memandangkan cuaca di Kuala Lumpur amat terik dan panas ,tambahan cuti Raya Haji dipertengahan minggu, tambahan tv meragam tah kenapa astro ni kejab ada kejab ghaib maka tengahari bertolak ke sini .  Tujuan nak cari tempat sejuk yang dekat tanpa bermalam sebab esok kerja.

Alhamdulillah perjalanan bermula dengan lancar sebaik selesai solat zohor. 

Sabaik melalui pekan Batang kali hujan mula turun dan cuaca mendung sepanjang perjalanan.

Kabus sepanjang perjalanan sebaik saja melalui jalan bengkang bengkuk. Dah niat dalam hati semua nak dapat sejuk maka Allah beri sejuk . Off aircond kete menikmati sejuk yang dicari sedut oksigen dri hutan tu sebanyaknya.
Bukit Fraser ni amat kerap kami pergi hanya sejak beberpa tahun kebelakangan ni je tak datang dan tak banyak perubahan berlaku , tapi kalau tahun 80 dan90an dulu bunga Dahlia amat amat ditanam jadik tarikan tapi kini hampir tiada,,dan ada kala cuaca agak panas disini,,,faktor alam yang makin rosak lah ni.
Sampai puncak sebaik bang Asar berkumandang. Abang Naim muntah tanpa diduga sip baik sempat buka pintu kete ni. Patut lah diam sepanjang jalan bengkang bengkuk tu.
Sejuk sepanjang jalan dan paling mengelikan hati ada orang di pancut dek air shower semasa behenti di tandas akibat tersilap pulas kepala paip.. Ha ha ha...dah berdoa dan niat nak sejuk kan maka Allah bagi sejuk sepanjang jalan siap ada efect air sejuk tersembur kat baju tanpa sengaja.
Memandangkan perut dah lapar kami singgah di salah satu wakaf yang banyak ada di puncak tu.
I
Ini dalah bekalan apa yang ada dirumah pagi tadi,,Nasi impit kuah kacang, rendang daging sikit, ubi rebus, sambal tumis dan sedikit buah buah.Dengan nasi putih yang sempat dimasak sebelum bertolak juadah ni amat sedap dimakan dalam diselimut kabus dan hujan renyai tak henti henti ni.

Dah kenyang pusing pusing jab sekitar bukit ni. Nampaknya ada beberapa banglo yang terbiar dan sekitar yang ada tidak banyak perubahan,Pada yang sangat suka dengan alam semula jadi tempat ni amat sesuai banyak jungle track ada disini. Ada tempat kuda tapi kami tak singgah pun sebab dah selalu singgah dulu. 
Ini antara satu yang agak baru di sini, cafe Aida Daniya English Teahouse dibahagian belakang ada ditanam strawberry tapi masa ni tiada buahnya. 
Pemandangan ni dapat dinikmati dari restaurant Aida Daniya ni,,tapi tak turun malas nak turun sebab jauh kebawah ni. Hujan masih renyai.


Strawberry masih belum berbuah
Orang ni yang kesejukan akibat semburan shower tadi,,,sabar ye,,,ni maknanya doa dimakbul Allah ,,,nak sejuk kannn,,,hik hik hik.....
Sedih tenguk kejadian rimau ni,,,patut digeruni tapi ni rasa hati digeletek, panda tu pun pelik . Kena kasi adjust sikit bagi sempurna ni. Ni sekitar laman restaurant ni
Kejadian bodynya macam disimbah asid atau cair dek kepanasan mentari. Harap dia tak terus meleper kalau ada rezeki  berkunjung lagi nanti
Segar tomato cerie ni,membayangkan kalau lah dapat ditanam dirumah sendiri sure nak makan terus je petik fresh ni.
Sebelum bertolak turun selepas solat maghrib singgah kat batu seketul ni. Kalau waktu siang atau waktu puncak jangan harap dapat suasana yang tak ada orang gini, mesti bertindan tindan  sesi bergambar sekeliling batu ni, Ni lah satunya mercu tanda orang dah sampai ke Bukit Fraser.
Sedikit coretan tentang Bukit Fraser ni, Ia berasal dari nama seorang peniaga Scotland, bernama Louis James Fraser seorang peneroka dan pembeli bijih timah sekitar tahun 1880 an. Sewaktu mencari bijih di kawasan ini beliau telah dilaporkan hilang dan tidak ditemui kesannya sehingga kini. Ada kemungkinan menurut sumber dimakan binatang buas atau pun dibunuh.  Pembangunan Bukit Fraser sebagai destinasi percutian berudara nyaman bermula pada tahun 1917 oleh kerajaan Bristih dan diteruskan pembangunannya oleh kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Malaysia.
Berdekatan dengan menara ni adalah bangunan kolonial pejabat pos dan balai polis tinggalan 1919.
.
Sekian sahaja aktiviti yang tidak dirancang dicuti Hari Raya Haji 2018 ni.Tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk masa akan datang.Segala apa yang kita lalui ni adalah rahsia Allah.

Friday, July 20, 2018

Juadah Raya

Raya menjelma dan jamuan raya seperti tahun yang lalu masih dihidupkan oleh jabatan yang sering berbalas kujungan untuk jamuan ini. 2018 menu kali ini Nasi Beriani dan lauk iringan. Walau pun simple tapi tak termakan bila dah berjenis jenis. Masalah ni jugak lah bila makan makanan di hotel . Tak tau yang mana sedap sebab dah banyak sangat maka deria nak mengesan mana yang tersedap dah hilang.
Nasi beriani dengan bff nya ayam masak merah, dalca ,papadum dan acar darat.
Mee kari dan laksa juga ada. Mee kari sarat dengan binatang yang mati dalam kuah tu,,,udang, kerang, ayam dan menambah kelazatan fish ball fish cake dan toufo kering. Maka rasanya adalah terbaik hingga lupa nak ambik gambar. Mee kari ni di order dari orang yang memang telah diiktiraf sedap dengan masak mee kari. Alhamdulillah.

Laksa juga antara yang sangat sedap,,pembuatnya telah kami perakui Kuah laksa ni sangat sedap secukup rasa yang sepatutnya.


Kuah muih menjadi dayang yang mengiring juadah berat, tepung pelita, nona manis ni wajud agak baru jugak,,seakan gabungan kuih talam pandan dan kuih lompang. Hijau diluar tengahnya putih. Sangat sedap.
Roti jala  dengan kuih kari ayam dan kutupat palas ni dibuat oleh staf sendiri. Macam macam dah dalam perut hari ni segala bergabung.


Kuih kole kacang , talam ubi dan sri muka durian juga memeriahkan meja hidangan. Pada yang dah kenyang sangat dengan makanan berat bole makan ni sambil bual bual.
Pergedil toufu antara menu baru sedang viral sekarang. Dicicah dengan sos. Pegedil pun dah naik taraf ikut masa.
Pulut kuning ni dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Aduh mana nak larat dengan segalanya ini. Kalau nak rasa semua kena makan portion yang sikit sikit, Itu pun dah senak nak merasa semua.
Ini antara yang ditunggu tunggu, rendang campuran paru, limpa, hati dan daging ni di buat khas oleh staf yang sangat pandai dalam bidang merendang ikut resepi keluarganya. Memang sedap.
Kek lemon ni memang ditempah khas dan home made . Dah siap dipotong kiub kiub kecil ikut krim bunga tu. Yang coklat tu kek pisang bercoklat. Order online kata yang memberi. Agak beza dari biasa dengan gabungan coklat, pisang dan jugak rasa butter tu ,,sedap sangat. Kek lemon tu setiap tahun order kena tuan punya blog ni peminat setia kek berperisa oren.
Cantik lah nona manis ni...Semanis rupanya.
Acara menyusun hidangan sebelum tamu tiba.Nasi impit dengan kuah kacang, puding caremel juga ada.


Tamu mula tiba,,,bila dah ramai tak sempat nak ambik gambar dek sibuk...sibuk makan bersama tamu lah.
Nasip baik sempat bergambar disudut gambar ni. Sekian Selamat Hari Raya untuk tahun 2018.





Tuesday, July 17, 2018

Mandi Sungai Lagi

Ke sungai ini lagi untuk keberapa kalinya.Sungai Janda Baik ni memang antara sungai yang sangat disukai. Faktor utama sungai dekat dengan jalan, kereta boleh park tepi sungai je, ada pondok yang boleh disewa, hanya Rm20.00 sahaja kalau nak pondok yang besar lebih lah sikit sewanya,,,tapi amat berpatutan.

Abang Naim berendam lama sambil makan chicken sambil mandi.
Sambil semua mandi sediakan juadah. Bakar ikan , ayam dan mix vagie.


Nasi putih dibawa siap dari rumah dan segala yang untuk dibakar tu dah marinate siap dari rumah. cicah kicap cili padi.
Segala apa pun bakar. Roti bakr dan keledek bakar ni dimakan selepas mandi , dalam keadaan sejuk dan perut kecut dek berendam,,,pasti teramatt sedap segala nih.
Petai pun ada...kebetulan semasa sampai dipondok ni seorang pak cik datang menjual petai. So dengan nasi panas ikan bakar , sambal dan segalanya...sedap.

Dalam kesejukan ambil kesempatan panaskan anggota badan sambil bakar bakar.
Buah kundang ni diberi oleh seorang kawan. Masyallah lama tak makan buah ini, da yang panggil remia. Sangat ranggup dan pastinya masam. tak sama deperti kundang yang dalam pasaran sekarang dari Thailand yang manis warna oren tu. Yang atas ni oroginal kampung punya.
Selepas cuti raya yang banyak gerai makanan belum beroperasi. Dipantry ofis makan celur celur pulak, Yong tou Foo dengan bersoup tom yam.
Bole hadap ni dari pagi sampai petang...terbaik...

Friday, June 29, 2018

1001 cerita Raya 2018 ..

Raya datang lagi, walau pada jua yang sedang kau hadapi ia pasti datang. Kali ini buat pertama kali menyambut raya di Kuala Lumpur. Pertama kali bangun pagi tiada juadah Raya. Sebaliknya sarapan bee hoon goreng. Baru bersiap untuk perjalanan balik kampung.
Sebelum bertolak balik kampung bergambar untuk kenangan Raya 2018. Anak bulus pun bersiap juga untuk pulang kampung.
Seperti biasa kami tak pernah nak berdondon,,,apa je boleh
Sebelum menuju kampung singgah dulu di Melaka ..tunggu jab tuan rumah dah pergi beraya.
Alhamdulillah lama kami tak bertemu,,ini lah istimewa hari Raya. Kesempatan untuk berziarah dimanfaatkan.
Terkenang juadah last berbuka puasa. Berjaya memasak tiap petang selama sebulan tanpa membeli lauk di bazar Ramadhan. Walau simple tapi menyelerakan dan puas hati. Menu di atas ni ayam golek dan soup fish ball.Sambal. Ini penamat Ramadhan. Alhamdullilah saat seronok waktu nak berbuka hanya dirasai waktu ini sahaja, Itulah barakah nya bulan Ramadhan.
Tahun ni jugaklah rasanya dah expert buat karipaf. Mula nya macam x confiden tak buat pastri tu,,tapi lama lama perfect. Akibat selalu kecewa dengan karipaf yang dibeli kat luar,,isi sikit dan inti yang boleh bergoyang goyang dalam pastri dek kerana sikitnya. Tapi bila buat sendiri padat, dan mewah dengan segala yang boleh menyedapkan..Karipaf sardin dan daging yang kerap dibuat. Satu kemajuan practice make perfect.

Satu lagi kemajuan tahun ni jugak pertama kali berjaya menganyam ketupat sendiri. Semoga ilmu ni tak hilang dari ingatan.

Pada 3 hari Raya ni lah dapat kesempatan menziarah berjalan Raya. Setelah urusan menerima tetamu anak saudara abah yang begitu ramai hari raya ke tiga menemani nya menziarah beberapa buah rumah. Sebelum  tuan rumah buka pintu kami sempat berposing di haman rumah ni.

Mak cik Siah ni sangat nostalgia dengan keluarga kami. Mengenalinya dari zaman kanak kanak lagi dan dia dan arwah suami nya berkerja di kebun abah beberapa puluh tahun yang lalu. Kini masing masing dah meniti usia tua, dengan kekurangan pendengaran dan penglihatan hubungan akrab terjalin.
Adik lelaki dan my adik ipar serta sicomel Sara ni tak pernah gagal berdondon. Hijau gelap untuk tahun ni.
Gambar di pagi Raya 2018 my sister dengan anak anak dara yang semakin sweet. Berdondon kuning cair. Wahai anak anak kamu bakal menerajui tuan rumah tidak lama lagi apabila kami ni semakin tua dan makin kekurangan kudrat untuk menyambut persiapan Raya satu ketika nanti.

Sebaik raya ke 4 menjelma diserang demam selsema. Ini lah juadah yang selera ditekak.

Saat ini bakal diingat bila Atok Bah tiada kelak. Breakfast before solat Raya. Suasana meyediakan sarapan sebelum solat Raya ini memang tiada berubah semenjak zaman arwah mak ada lagi. Tetap sama dari segi juadah menu juga suasana yang dirasai.

23 Jun 2006 - 23 Jun 2018 - genap 12 tahun mak meninggalkan kami. Sekejabnya masa berlalu dengan pelbagai peristiwa, 1001 rasa kami lalui mengikut takdir yang Allah tentukan.Al FAtihah untuk arwah Safiah binti Ibrahim.