Tuesday, February 22, 2011

Count down wedding Acu...

Majlis Acu (sibongsu) akan bakal menjelang tak lama dah ni, so persiapan perlu dibuat perancangan perlu diatur.Listing barang dan budjet dah dibuat.Perbincangan dan atur cara dah discuss dengan adik perempuan ku.Budget dah di aprove oleh abah dengan mudah setelah kami bentangkan details barang dan atur cara.Hish senang ye jadik si bongsu, mengenangkan persediaaan sendiri dulu semua kena sendiri pikir, tapi masa tu ada aruah mak tempat untuk buat rujukan, tapi kini mengenangkan mak telah tiada so kami lah tempat gantinya dan akan cuba buat sebaik mungkin.
Di pagi Ahad bermulalah misi mencari keperluan ini.
Sebelum nak mula shopping barang keperluan yang semestinya akan mengambil masa seharian so kena heavy breakfast dulu.Ini untuk tenaga.

Nina cepat habiskan nasi lemak tu, ni banyak nak guna tenaga untuk shopping ni


Budak dua orang ni paling gembira dapat ikut serta menyibukkan lagi keadaan.


Adiff nak ikut jugakkk.....mak long !!!!!


List barang kena bawak tapi tak pasti boleh mengikut apa yang dirancang atau tak....Kemain lagi pandai betul memikirkan begitu dan begini tapi bila dah shopping agak susah jugak nak selaraskan dengan budget, bukan tak cukup tapi......kena belanja berhemah dan pastikan barang tu ada kegunaan dan tak membazir. Cenderahati majlis kahwin ni bermacam macam trend sekarang, tapi selalunya agak membazir dan tuan rumah jugak mengeluar belanja yang mahal untuk cenderahati tapi tak berbaloi kegunaannya  seperti saputangan tuala, pot pourri, sudu garfu kechil, atau lilin wangi.....tapi semua ni tidak digunakan sangat oleh penerima dan terbuang saja.So kami akan cuba mencari barang yang akan jadi kenangan dan jugak berguna untuk kegunaan tetamu.


Mula mula pegi Jakel untuk beli cadar, tirai bilik dan baju sedondon untuk dipakai oleh anggota keluarga Haji Manaf


Tapiiiii ...lain pulak jadiknya, adifdah berkenan cadar ni untuk bilik sendiri, Nina pun dah ada pilihan jugak.


Mummy pulak dah bekenan yang ni untuk bilik sendiri....


Keperluan untuk majlis belum dapat lagi, tapi untuk kegunaan sendiri dah bertimbun.


Ok, mula kan dengan pilihan tirai belakang katil, dan match untuk cadar pengantin yang telah dibooking semasa shopping untk bertunang tahun lepas.



Nina enjoy habis kat sini....


Acara selingan lagi,,,nina dah melaram dengan veil pengantin tu, dalam hati nina eiii cepatlah aku dewasa...


Mummy pun cuba cuba selendang ni, tapi....nanti mesti masa majlis tu ko dah blow rambut ko kembang dan keras dan akhirnya selendang ni dok ikat kat pinggang dek kerimasan kan..


Dalam pemilihan untuk baju warna sedondon keluarga


Beberapa jam telah berlalu ,,,dua orang ni dah mula keletihan terutama Adif yang dah mula boring sebab tak ada barang mainan. Nina agak ok sebab seronok dapat cuba melaram dengan bermacam kain pengantin dan selendang yang cantik.

Adif dah mula tunjuk body language sign tanda boring.......
Adif dah mula bersilat silat dan merengek rengek suruh cepat keluar dan mula cari pasal dengan nina dan akhirnya jadik la gini.....
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

"


Cubitan halus dan perit hadiah nina to adif.....keadaan tambah gamat


So kena lerai dan menenang kan diorang. Dok rehat jab sambil mata masih meliar tengok kain dari tempat duduk ni.Stamina ok lagi dek bersemangatnya bershopping ni


Sebahagian barang dah terkumpul


Acara pungah  barang, tapi masih tak selesai sebab masih kat aras 1 lagi,,,sambil lalu tepi tepi kain tu masih nak raba raba jugak kain yang ada tu




Adif tak kasi masuk comforter dia dalam beg sebab nak bawak sendiri....so bawak la sendiri eh....

Nina pun bawak barang sendiri jugak


Akhirnya semua dah settle, walau pun kat pic di atas semua tersenyum tapi dalam hati dah tak sabar nak sepel peha adif yang tengah melalak tu
Tengahari lunch di Piza hut.Adif ceria semula

Selesai lunch brake, meneruskan ke Plaza Alam Central untuk godie godie mak cik marhaban, saudara mara dan sahabat handai......


Nina tetap ceria dicelah rimbunan bunga bunga kat situ


Adif dah mula boring balik sebab tak nampak kedai barang mainan





Di antara yang telah dipilih

Bunga bunga ni untuk deco deco cenderahati yang dah dipilih tu

Seronok tengok decoration yang ada.Simple itu menawan, kena ingat tag line ini bila membuat pilihan. Walau pun tidak semua pilihan dalam listing  disediakan tu dapat diikuti tapi tapi kami telah dapat membuat pilihan yang berbaloi dan tidak membazir rasa nya. Dan yang penting ia tidak tersasar dari lingkungan budget.

Hydrengea memang cantik


Akhirnya.........selesailah acara memilih barangan cenderahati, dengan 3 troley plus 1 troley sarat barangan untuk sendiri menuju ke basement.Bantuan 2 orang staf bangla kat sini amat dihargai. Dek keletihan berpusing jugak nak cari kereta kat parking Plaza Alam Central yang agak pelik dan complicated tu,,,siap mintak tolong pak guard tolong carik tempat letak kereta. Kereta sarat barang,,,,,,kitorang dah terduduk kat seat kete sambil pasang aircond yang semaximum yang boleh, pandai ko la bangla nak load barang tu kat mana ruang yang muat kat kete tu..... Nina dah duduk kat seat belakang ditimbuni beg kain dan kotak. Tapi nina tetap senyum gumbira sambil isap puting. Shopping yang bermula pukul 10.00 am berakhir hampir senja waktu burung nak masuk sarang......

Friday, February 11, 2011

Banjir datang lagi.....

Banjir datang lagi....tapi orang Segamat sebut air bah, walau apa pun dulu ia selalu dalam bulan Disember tapi kini tak kira dah bulan apa pun jika hujan berlarutan pasti ini berlaku.Balik kampung untuk jenguk abah yang tinggal sorang2 kat rumah dalam hati best jugak tengok air bah ni. Seronok bagi orang yang rumah tak kena air bah ni, tapi memang kasihan pada yang mendapat musibah rumah ditengelami. Disebabkan rumah yang dibina atas bukit so selamat dari air bah walau pun kawasan terkepung dek air.


Mengimbas kenangan silam pasal air bah disekitar tahun 70 an memang tidak boleh dilupakan kerana masa tu banjir besar yang melibat seluruh Malaysia. Masa tu rumah lama dibawah bukit dan air naik mendadak ketika malam, dan kami berpindah kerumah jiran yang berumah atas bukit pada malam tu jugak. Dan bertambah kalut juga kerana ketika itu arwah datuk sebelah abah sakit kuat, juga dibawa berpindah ke rumah jiran, tapi sakit nya bertambah teruk dimana keluarga memutuskan untuk dibawa ke rumah ibu saudara di kampung lain yang tidak terjejas dek banjir, tapi nak ke sana perlu menyemberang jalan yang telah dinaiki air.Dengan menaiki sebuah perahu kami sekeluarga bersama aruah datuk yang sedang nazak terbaring dalam perahu dengan hujan yang turun tak henti, Keadaan sungguh menakutkan kerana perahu dengan dayungan tangan pak cik kat kampung tu seakan hanyut ke hilir kerana arus yang deras. Aku dengan adik hanya memeluk erat pada mak  yang aku lihat sungguh risau dan takut. Alhamdulilah kami selamat setelah hampir setengah jam pak cik tu bertarung dengan arus. Aruah datuk menghembuskan nafas terakhirnya peda keesokan hari setelah sampai ke rumah ibu saudara.

Ketika zaman kanak2 ku banjir memang seronok kerana ketika itu ramai orang kampung yang akan buat rakit yang dibuat dari batang pisang. Disebabkan rumah aku diseberang jalan yang dinaiki air maka banyak lah rakit yang diorang park kat pokok depan rumah,,, so aku dengan sepupu akan mengerjakan rakit2 ni hanya pusing2 kawasan yang dekat saje sebab kalau mak nampak sure dia kan tuding2 jari dan jerit nyaring2 suruh naik rumah.Rakit ni senang terberanchai pulak. Bila rakit tu dah hanchai  so kitorang akan park semula elok2 dan bila tuan nya datang nak guna dia akan merungut dan tanya2 saper punya kerja......so jawapan nya standard la nak idup...tak tau la pak cik !!!! kitorang ni pun baru datang tengok 2 air jer ni....sambil buat pelik2 dan buat muka tak bersalah......(rasanye pak cik tu tau saper punya angkara ni)



Ini merupakan bantuan kepada mangsa banjir sekarang, jika tahun 70 an dulu bantuan kepada setiap rumah seperti beras, susu tepung dumex,minyak, gula dan 1 tin besar biskut cream kraker. Tapi sekarang bantuan yang begitu disalurkan di pusat sementara pemindahan banjir.


 Sebelum balik kampung Kak Ann sempat buat cake ni untuk minum2 petang dengan atok.
Penat nak tunggu bila kuih ni boleh dimakan, lepas sejuk di aisingkan pulak.Pastu sesi gambar pulak. Akhirnya kuih untuk atok hanya setengah je yang tinggal.


Akhirnya baru bole dipotong.


Cerita sebenar dibelakang tabir bagi buat cake, ini lah orang yang menjadi suruhan kak Ann untuk ambik itu ini dan berbagai arahan jugak kena kendali cake mixer tu sampai tepung ni sebati......lagi terok kerja dari orang yang tukang buat cake, upahnya ialah dapat jilat coklat cream yang salut cake tu.


Bila musim banjir ni sure cuaca sejuk dan hujan tak henti2, makan panas dan rebus2 sangat sedap dimakan. Ni nama nya keladi 'Bote',,,ha jangan sesekali tukar ejaan 'B' kepada 'K'.....ia sangat sedap dan lemak.


Rebus ubi bercicah sambal atau ikan masin...ummmm minum ngn kopi O.


Ikan siakap masak stim  makan panas2.....tapi masa banjir susah nak carik ikan siakap, pakai je ikan apa2 pon


Ni paling best,,,,hirup masa musim hujan.....


Bila banjir air akan hampir nak ke pintu gate  ni,,,so cuba bayangkan kitorang akan berangan lah macam berumah ditepian pantai.Aktiviti pertama bila bangun dari tidur akan terus meluru kedepan ni nak check aras air....sibok macam kerja menyukat banjir. Tapi kecewa kalau air ni surut cepat.


Bila musim hujan ,,,makan aje la keje nya...apa je sume sedap, ikan sunggai masak tempoyak


Menu petang hari ....soto


Banjir ni tak la lama,,,,,,,dalam seminggu je biasanya...Ni air dah mula surut. Tapi ia akan tetap datang dan pergi......