Tuesday, April 2, 2013

Korea pt 4 World Cup stadium / Shopping / Balik ...

Day 5 dalam perjalanan menuju balik ke Seoul setelah turun dari kawasan pergunungan singgah bermalam di Hanwha Resort di Yonggin.


Waktu ni masih pagi selapas breakfast.Suasana sejuk dan berkabus.

Di perkarangan Hanwha resort.

Gina Kang tour leader Korea yang bersama kami selama 6 hari. Dia ni sangat efficient dengan tugas walaupun pada mula2 agak sudah nak faham dengan bahasa Inggeris ala2 Korea yang macam bergulung2 ayat bila didengar tapi day 2 dan seterus makin serasi dan faham dah apa yang dikatakannya. Sangat menjaga waktu solat untuk kami dan mempastikan makanan yang kami makan adalah halal terutama waktu breakfast di hotel. Tiada masalah dengan lunch atau dinner sebab dah request muslim pakej.

Pantang jumpa heater, mesti berenti jab...lega bagai darah berjalan lancar bila kat menda ni. Kalau di negara sendiri jadi sebaliknya pulak, pantang jumpa aircond ...lega....
Tiada roti canai atau apa je kebiasaaan makanan kat Malaysia, tapi semua boleh menikmati apa yang ada untuk alas perut .
Makan untuk breakfast , kenyang juga.
Gina dah siap notes kalau diantara makanan di hotel yang tidak halal.
Walaupun tiada nasi lemak masa breakfast tapi berbagai roti boleh dimakan dan buah2 juga.Rasanya makin lama kat sini mesti pengidap masalah terlebih colestrol boleh diatasi.

 Kedai kimci
 Suka tengok view macam ni, terasa nak berjalan dan bergolek2 atas sungai yang beku ni.
Singgah ke World cup stadium

Semasa melawat World cup stadium, Gina syorkan agar kami menggunakan bilik loker sukan ni untuk solat.Selesa menggunakan segala kemudahan tempat ni untuk tujuan solat.

Masa untuk menyusuri Namdaemum street ni agak terhad, rasa
nya kalau setengah hari kat sini pun tak cukup.

Geram tengok pets cloth ni..comel sangat, pada mulanya ingat kan ni untuk baby, baru perasan bila tengok yang model yang memakai ni ...baru tau utk siapa.
Brooch korea ni sangat popular kat Malaysia... Tapi bila sampai sini pening dan berpinar biji mata dan mula rambang mata dah.
Sudu Korea ni dah jadi cenderahati wajib jika datang, kualiti sangat bagus sesuai nak bagi kat sesiapa.
Penyakit rambang mata ni menjadikan apa yang ditengok nampak tak menarik, tapi bila balik rumah beli sikit dan tengok orang lain beli semua nampak cantik.

Sebelum sampai Korea ni dah mula terfikir akan ada masalah dengan toilet seperti yang ramai mengatakan tiada paip air ditandas. Tapi bila tiba sini hal2 toilet ni sangat memuaskan hati, dari segi kebersihan sangat dipuji. Walau tiada paip dalam tandas tapi sistem bidet toilet yang digunakan sangat mudah dan senang walau tak faham apa yang ditulis tapi dari simbol yang ditunjukkan dah tau apa kegunaanya , just duduk betul2 dan tekan button yang berkenaan semua settle.He he he siap dengan angin untuk mengeringkan tutt....x perlu cari tissue dah. Ada orang kena jadik model dalam toilet ni....
Ini adalah toilet kat airport Incheon. Sangat menitik berat dari segi kebersihan. Lepas guna hanya tekan button '' start '' dan alas tempat duduk tu akan berpusing dan plastic yang ditepi tu akan berganti yang baru secara automatic. Kalau dekat airport ni dah begini cara kebersihan nya, sah2 le ia buat tanggapan yang positif dengan kebersihan disesebuah negara disebabkan airport ni adalah tempat pintu pertama pelancung menjejakkan kaki ke sesebuah negara.

 
Suasana ni semasa melawat Korean cosmatic duty-free shop.Terpesona bila tengok kulit muka petugas ni yang sangat licin dan mulus.
 Diberi beberapa jenis cosmetic sebagai tester, disapu kat sebelah tangan, huh ...setelah ikut cara yang diajar terus nampak perbezaannya. tapi sebelah tangan je yang cerah sebelah lagi????Ramai yang beli, tapi kalau stock abis pandai2 le cari sendiri ye.

Settle shopping, tungguh bas datang untuk acara makan malam.
Berbagai kenangan kat Korea,,,semuanya manis belaka, ...jangan silap pandang mamat korea ni bukan patung....

Pukul 5 pagi dah mula check out hotel bagi urusan airport untuk balik ke Malaysia.

Last breakfast kami ialah Udon noodle. Berkuah soup ikan. Sedap dan mee yang kenyal.
Dimakan dengan kimchi.
Time pulang ke tanah air..Kalau ada rezeki rasa nak kembali untuk teroka beberapa tempat lagi dan menikmati suasana musim yang berlainan pulak.
Byee.....