Monday, November 27, 2017

Happy Birthday Black

Dah setahun umur Black yang grey ni..Gemuk dan berat lah dia ni.Masa mula dipelihara rasa macam tak pasti dia ni boleh hidup lama ke tidak...Pisah dengan ibu kandung setelah usia sebulan. Dan bila dah berhijrah ke K.L diberi susu dengan botol je sebab tak pandai menjilat. Tiap 2 jam nangis nak susu maka tuannya bagaikan berbaby kecil lah dok melayan si Black ni.

Balck suka tidur begini,baring macam terlentang, ni mesti dah tak tau cara habitat dia tidur camne agaknya.
Ada masa duduk gini sambil jilat dan garu garu apa yang bole disentuh kat tubuhnya. Duduk pun boleh, sebab dah biasa didudukan atas riba tuannya. Acara paling best dibuat bila pegang Black goyang goyangkan perut dia yang mengelambir tu. Black pun redha bila dibuat selalu gitu.
Tidur lah wahai Black, sebab kerja kau pagi makan tuna dalam tin, tengahari dan malam. Kibles sentiasa ada as jajan dia.
Mimpi makan ke tu..Mimpi jilat es cream ye.
Kalau setahun yang lepas ini lah dia...
Ni tetap gitu setelah setahun berlalu.
Black masih lagi solo belum ada girlfriend...ada sesiapa nak jodohkan Black 

Monday, November 6, 2017

Cendol Rumbia Kenyal Kenyal , Sedap Dikunyah

Sempena balik dari kenduri kahwin dari Muar singgah tempat jual cendol ni. Mula tahu dari TV slot Majallah 3, Cendol rumbia. Mungkin bagi anak anak kini tak tau apa hasil rembia ni. Bagi aku ia adalah nostalgia sebab ditahun 70 an batang pokok ni ada di kampung dan masih dalam ingat arwah nenek guna sagat rumbia ni,,hasilnya tepong ni dibuat lempeng ,,,,sedap wei,,ia liat2 dan lemak.
Dengan bantuan pak cik Waze maka tiba lah saya gerai Cendol Rumbia ni di kg Labu negeri Sembilan, dekat dengan Nilai dah.Tiba sini masa sedang elok untuk minum petang dengan cuaca panas berdenting. Ada pisang goreng panas dan popia gemok kemain padat isi...terbaik
Sedap cendol ni, kenyal kenyal dan lemak ,,Aduhai, murah je semangkuk 2.50. Kalau lebih kan harga besarkan mangkuk tu lagi bagus. tapi bole je korang ulang berkali kali sampai mana boleh.
Ni hah rupa cendol rumbia tu...susah nak hasil kan ni.





Acuan nak lenyek cendol tu
Sambil makan cendol ni mata terpandang deco dalam kedai ni,,,,aku tau menda ni sebab pernah tengok masa kecik dulu ni dia sagat batang rembia.Ia bermata kan paku. Dan kena 2 orang untuk sorong tarik sagat ni.
Ni lah kedai tu...pada yang nak cuba rasanya cendol ni dijual hanya 3 hari seminggu je,,kalau tak silap,. Hari lain tuan nya di carik batang rembia untuk proses jadi cendol ni.

Ni pun antara kenyal yang saya suka. Snow Flake dinamakan. Dalam nya ada benda yang kenyal kemain asyik kalau dikunyah. Bijian keledek yang kuning tu asik weh. Kena gali lah dia dok bawah mangkuk tu.
Ni  kuih butir nangka, ia kenyal dan chewwie, lemak manis,,mmmmmm





Kuih ni paling disukai,puteri mandi, mitos kuih ni masa zaman kecik dulu mak selalu cakap lepas buat kuih ni petang nanti akan hujan,,,agaknya puteri ni panas lah dia mandi manda,,tapi adalah petang tu adalah hujan pasti kebetulan,,ada kala panas berdenting berbulan,,,mitos jangan tak bercerita ngn anak anak ye tak.
Hah yang ni tak la kenyal sangat tapi aduhai musim panas ia sangat menyaman kan tekak.Cendol durian. Kemain lagi cendol dah upgrade ye. Tambah durian dah jadi RM15.00.
Tapi ngam pulak si cendol ni bersuami kan durian ni.

Kenyal kenyal, kunyah kunyah.......

Monday, September 11, 2017

Busana Saloma

Demi memanfaatkan cuti 5 hari sempena Raya Adha , kejayaan cemerlang Malaysia dalam sukan sea ni ke Muzium Negara,,,kiranya nak bunuh masa. Sebelum ke pameran duduk dulu tengok Tv yang disediakan yang menunjukkan detik in the making hal busana ni.
Begini rupenya warna sebenar baju ni, sebelum ni tertanya tanya warna apa kah bila diguna oleh arwah semasa dalam lakonan,

Pinggang nan secekak. Terbayang filem yang pernah beliau memakai baju ni


Walaupun arwah kecil orangnya,,,tapi pandai mengayakan posture badan bila bergambar,,,tak ramai sangka dia kecik. Dia tak kan berdiri tegak cam tiang bendera
Cantik warna hijau ni dan fasyen ni pun dah berkali kembali.


Koleksi kasut, kecik je bersaiz 5 dan hand bag
Dalam perjalanan ke galeri busana ,,,gambar jab dengan koleksi ni

Sebelah pameran Busana Saloma , ada pameran hal sukan sea.
Kenangan dengan bas mini.ernah naik ni masa mula bertugas kat KL ni dulu, tak sangka ke muzium pulak jadinya.

Kecik molek betul ukuran badan arwah Saloma,

Thursday, September 7, 2017

Merdeka 2017

Tah apa angin yang meniup semangat ni,,tetiba malam seblum 31 Ogos teragak nak tengok life parade di Dataran Merdeka ,pernah beberapa tahun dulu datang  tapi hampa sebab tak dapat tengok dari jarak dekat. Maka kali ni seawal 7 pagi menaiki LRT terus ke KL.
Tiba sahaja ke destinasi Masjid Jamek ,Ya Allah ramainya yang sedang menuju ke kawasan yang dituju.

Ni dalam keadaan segar lagi,,,tak tau nak cakap bila ada ibubapa yang tolak stroller anak yang kecik berusia beberapa bulan tu ke tempat yang sesak dan panas gini. Anak anak pulak menanggis tak selesa.Jangalah lah wahan ibu ibu dan bapa bapa sian budak...kalau tak ada orang jaga,,,dok je kat rumah tenguk tv.

Setelah beberapa kali mencuba meloloskan diri untuk kempat yang hampir namun tak berjaya,,,peluh dan mula meleleh, cubaan ke 4 kali hanya jarak ini sahaja yang mampu tu pun dari sudut sipi ,,berbagai ragam mula dilihat. ada yang mula nya sepakat duduk so yang dari belakang boleh sama2 tengok,,tiba tiba si baju merah ni bangun sambuil dukung anak ,,,haish yang belakang tengok bentuk badan belakang dia jer lah,,,hati kering betul lah dia nih....
Dari dataran Merdeka kami mencuba mencari ruang nak tengok akhirnya dah nak sampai Sogo,,,dihadapan bangunan EPF,,,hmmmmm jadik lah..

Selesai perarakan tempat duduk ni kosong,,,nak jugak feel duduk situ..
Weiiii hati kering kan abang baju merah,,,mula dia elok duduk , bila start parade dia sesedap rasa bangun dan orang lain tengok bel;akang dia jer,,,,,
Dah malas dah nak pegi lain kali,,,,last lah ni...


Sunday, April 30, 2017

Black Si Kucing Grey

Nama saya Black,,walaupun saya sebenarnya grey.
Tak pe lah janji saya selesa duk rumah tuan baru saya ni
Ini lah saya semasa berumur 2 hari baru tanggal pusat. Saya diberanak oleh ibu saya di Melaka bandar bersejarah. Kami 3 beradik,,,namun saya saja yang berwarna gini dan menarik minat tuan baru saya.
Hasil dari ofer tuan saya yang pertama saya diberi kepada tuan baru saya dan berhijrah ke Kuala Lumpur semasa saya sudah berusia sebulan pada Disember 2016. Ini foto saya semasa baru beberapa duduk di rumah tuan baru saya...
Nak kata mewah tak la,,,tapi saya disayangi semua...tidur baring dan nyusu jer lah kerja saya.
Walau saya baru berusia sebulan badan saya cepat besar tak macam seusia dengan rakan yang lain,,,faktor baka mungkin kot.
Nun....di Melaka ibu dan adik beradik saya seramai 2 ekor entah apa nasip mereka sebab dengan cerita 2 ekor adik beradik saya telah bertukar tuan. Namun ibu saya masih ada disana , entah entah dah melahirkan berpuluh ekor adik adik saya yang lain yang berlainan bapa. Selamat hari ibu untuk nya...
Kami semua berlainan warna,,,ibu bertompok hitam,,,2 adik saya puteh dan tompok itam kekuningan.
Kiranya saya ni intan terpilih.

Saya lah kesayangan tuan saya, siang malam membelai dan beri sepenuh perhatian...Tuan saya kata saya saya adalah spesis Russian Blue,,ikut andaian doktor yang merawat saya semasa saya di bawa ke klinik sebab demam aritu....Mana lah mak saya jumpa bapak saya tu,,,ish, ish,...mesti hasil dari pergaulan bebas kat Taman Air Molek tuuu.
Walaupun masa ni saya sudah tidak dapat menghisap susu ibu, tuan baru saya sangat perihati dalam menjaga saya ,,,tiap 3 jam saya disusui dengan botol.Satu hal yang saya buat tiap kali menyusu dengan botol saya pasti gigit puting tu sampai putus,,,akhirnya tuan saya dah tak mau ganti puting tu,,,so terus nyusu dengan puting kontot tu,,,lagi banyak susu yang keluar,,,,saya suka.....
Januari 2017 berat badan saya dah hampir 2 kg....

Ini saya saya pada April 2017...berat saya sudah 4kg
Ini lah saya terkini.Saya tak kuat mengiaw tapi saya kuat makan dan suka gigit manja tangan sesiapa saya yang nak bermain main dengan saya,,  tapi kekadang tergigit ganas sket sebab ramai yang terjerit kuat kala saya mengigit .