Friday, June 21, 2013

Cerita Panas

Panasnya !!!....hampir sebulan cuaca kat K.L ni sungguh merimaskan. Kiranya cerita pasal cuaca panas la kali ni. Bertambah dengan keadaan bercerebu akibat pembakaran terbuka negara jiran. Ye lah takan diorang nak bakar masa musim ujan pulak. Harap kerajaan Malaysia dapat bincang baik punye dengan Indonesia agar masalah tak berulang akan datang. Dengan suhu tak kurang dari 35 C ni membuat bill aircond rumah meningkat untuk bulan ni. Kalau aircond kat bilik sangat jarang diguna sebab partner sebilik alah dengan suhu sejuk aircond kali ni tak pulak. Tak bole lena tanpa aircond dah. Haba dalam rumah dah macam oven rasanya.

Rasa nak gi tempat sejuk mcm kat atas ni, Kundasang kat lereng gunung Kinabalu mengamit  rasa. Amat nyaman masa ni. Dengan sejuk2 tanpa perlu jeket amat selesa. Kalau lah tiada batasan dengan lautan pasti hujung minggu dah tiba kesini dah.Rasanya walau pun sekarang panas mungkin dengan pokok2 yang banyak suhu tak seteruk KL.
Bayang kenyamanan suasana ni dalam melayan cuaca yang merimaskan sekarang.Semuga K.L tak masuk peringkat  darurat jerebu macam 2005 dulu.

Suasana kat atas ni bukan jerebu , tapi pemandangan depan rumah dekat kampung satu ketika sekitar pukul 7 pagi, masih berkabus sejuk.Haa kalau nak kesini bila2 saja bole tapi keadaannya sekarang sama je macam K.L sekarang.
Rumah abah kat kampung ni memang nyaman dan sunyi dengan disekitarnya pokok2. Sebelum nak tidur malam kena siapkan selimut siap2 sebab selepas 3 pagi hingga subuh memang sejuk,tanpa selimut pasti secara tak sedar badan mengerekot macam udang.Stok selimut peninggalan aruah mak memang mencukupi untuk semua anak cucu bila balik kampung. Bole guna seorang satu selimut kalau nak.

Lupakan cerita cuaca panas, ni nak kabar cerita yang sedang panas dipasaran sekarang. Sebab kat rumah panas pergi ke IOI Mall untuk sejuk2 badan dan tengok cerita Thailand berjudul ' PEE MAK PHRA KHANONG' ni kat GSC. Memang dari dulu suka jugak layan cerita Thai ni, sangat best. Bagi 5 bintang untuk citer ni. Cerita seram komedi ni terbaik.Bole buat ketawa sampai keluar air mata, sedih dan khayal dengan love story diorang.Walaupun adakala tak sempat nak baca subtittle dek ketawa tapi dapat menghayati semuanya dan paling suka tengok memek muka pelakon yang pakai toncet atas kepala macam sup bunjut tu.  
 Ni hah heroin dalam cerita tu bernama Davika Hoorne. Hamboiii cantiknya dia ni tanpa make up. Ni wajah masa sesi interview, lebih cantik dari dalam filem sebab maklum la, nama pun cerita hantu, mesti la tak menyerlah sangat dek lighting yang suram2.
 Ni hero nya pulak merangkap suami kepada Davika tu dalam filem. Tapi dalam filem diorang tak la berkeadaan gini sebab cerita tu mengimbau cerita zaman dulu maka cara zaman dulu lah diorang siap dengan gigi warna hitam macam makan sireh.Pada yang tak tau nak tengok wayang cerita apa pergi la tengok cerita ni, pasti tak rugi sambil bole sejuk2 badan dalam panggung. Yang paling best ianya happy ending,,,siap bahagia walaupun sorang manusia dan satu lagi hantu...Cerita ni lebih kurang cerita NANG NAK dulu tapi pengarah pandai buat jalan cerita yang lebih kurang sama tapi tak serupa....eh camana tu???? walau masa menonton rasa macam nak menyamakan dengan NAK NAK tapi olahan pengarah pandai buat penonton tak duga apa yang nak berlaku...Ok sape2 yang nak tengok pegi cepatttt...

Thursday, June 13, 2013

Hydrengea @ Bunga Zaleha

Agar blog ni tak terus tidur atau lenyap bagi segar sikit dengan cerita bunga. Hampir 3 bulan tidak update sebab kehilangan mood berblog dan berbagai kesibukan. Bunga Hydrengea ni juga dikenali dengan nama bunga Zaleha masa dekat kampung dulu2. Tak tau apa kena mengena nama tu dengan bunga ni mungkin jugak si Zaleha ni suka tanam bunga ni. Ada juga yang panggil bunga 3 bulan dek kerana bunga ni boleh tahan sampai 3 bulan bila ia berbunga. Blog ni pun dah macam riwayat bunga 3 bulan ni jugak.

Suka sangat dengan bunga ni dan dah beberapa kali cuba memelihara sebaik mungkin. Segala tips dan penjagaan rapi dah bagi tapi tetap gagal nak memelihara bunga ni. Walaupun beli dengan keadaan berbunga kesudahannya berakhir dengan pasu dan ranting saje. Rasa nya tiada keserasian aku  dengan bunga ni.

   Mac 2013
Menghadiri kursus Ikebana anjuran jabatan.Menghambil kesempatan posing dengan bunga ni.
Mengikuti demo gubahan bunga Ikebana. Hanya beberapa orang saja yang ada memandangkan demo ni tak terikat dengan waktu tertentu, walau hanya ada beberapa orang pun demo dijalankan juga.
Pakar Ikebana ini didatangkan khas dari Jepun untuk buat pelbagai gubahan. Ikebana ni ada perlbagai seni tapi tak tahu lah nak terang secara terperinci. Sayur2 dan buah juga boleh dibuat gubahan. Botol juga bole dibuat sebagai base untuk gubahan.


Dapat Tips berguna dari demo ini :Potong batang bunga yang nak digubah dalam keadaan berendam dalam air untuk ia tahan lama. Jika tidak dipotong dalam rendaman air, angin akan meresap dahulu ke batang tu dan ia tidak bertahan lama. Pernah dengar petua agar masuk kan panadol dan berbagai untuk tahan lama tapi semua tu tak menjadi. Ikut petua ini dari segi scientific ia masuk akal la juga.

Simple dan cantik tak perlu banyak bunga tetap menarik.Boleh berjimat kalau camni.

Cantik dan simple.Dari pandangan berseni bole buat huraian meluas dengan gubahan ni.

5 Mei 2013
PRU 13 bagi rakyat Malaysia. Menunaikan tanggungjawap sebagai rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasa bole memimpin. Gambar diambil oleh Adif
Disebabkan nama untuk mengundi didaftar di Johor maka balik kampung disamping tu boleh kemas rumah abah.Pengalaman pertama Adif yang turut sama masa mengundi, sambil sepanjang jalan sibuk menyanyikan lagu2 rayuan undi yang kerap didengarnya dari radio dan tv.


25 Mei 2013
Melawat sepupu yang sakit di Johor Tenggara,Johor Bharu .Abg Umar merupakan anak buah kepada abah dan ia kini menghadapi dugaan dari Allah selepas baru sahaja kematian isteri dan kini diuji dengan serangan strok  pula. 

Semoga Abg Umar sembuh sepenuh nya dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa. Amin...

Dalam perjalanan pulang ke Segamat hampir 4 jam sangat meletihkan. Tapi dengan jualan2 yang ada dalam perjalanan ni sangat mengoda dan pastinya acara membeli tak dapat dielakkan.
..menu yang dah pasti selepas perjalanan ni pastinya gulai masak lemak keladi. Goreng keledek dan sambal belachan ulam petai.Sekian....