Tuesday, May 31, 2011

Majlis nikah Acu part 1

 Pada 28 April 2011 Acu ( adik bongsu lelaki) telah selamat diijabkabulkan.Disebabkan kami dari pihak lelaki so tak lah sibuk nya sebab kenduri menyambut menantu selang seminggu dari majlis ni. Persiapan untuk majlis kat rumah semua dah siap hanya tunggu hari je.


 Acara akad nikah sedang berjalan.Walau tersasar sebutan 2 kali tapi kali ketiga lancar. Alhamdulilah.



Majlis berinai selepas acara nikah. Masa ni kebanyakan rombongan kami dah mengantuk sebab agak lewat jugak hampir kol 10 lebih.Lepas ni ada acara tukar2 baju tapi kami mintak diri dulu dan tinggal acu untuk acara tu dengan pesanan kalau dah siap nanti kitorang jemput balik. Hampir kol 12 acu call untuk ambik dia balik tapi kami sempat mesage kat phon suruh bawak sop kaki lembu yg kitorang nampak kat balai tadi. Malam tu meriah makan roti cicah sop yang acu bawak.


Ini adalah dulang yang dibawak masa majlis nikah, duit hantara, cincin dan mas kahwin sebanyak RM22.50 (hishh murahnya mas kahwin kat Johor ni, masih tak upgrade lagi sejak dulu2 siap ada 50 sen lagi)

Acu sedang dikemaskan pakaian untuk acara pada hari langsung.

Dari rumah persingahan untuk ke rumah pengantin perempuan. Adif memastikan jalan clear untuk laluan acu.

Walau semua ketawa gembira,dapat dirasai peluh berjujuran dalam pakaian. Menunggu pengantin perempuan turun rumah untuk acara berarak.


Bersama sedara mara yang datang dok bawah pokok redup menunggu kompang dipalu.Pengapit pengantin lebih mengipas diri sendiri dari mengipas pengantinkan...

Adif memastikan tiada kerengga yang singgah kat cake yang dibawak sebab ni bawah pokok besar tunggu kompang.


Sembang2 bawah pokok sambil terlihat beberapa ekor kerengga dah panjat dulang hantaran.

Okey tu dia pengantin pompuan dah tiba sambil mak andam dia tutup muka, so kitorang pon tutup muka acu ngn kipas gak, walau pun acu sibuk nak curi pandang kat wife dia.


Sukenya......acu dah siap antar beg pakaian dia pagi2 lagi kat umah pengantin pompuan tanpa kami sedar.Memang cekap dalam senyap

Sampai kat halaman rumah tu dia.......acara tol dah bermula dengan sudip dan sendok besar, diorang ambik pengantin pompuan je masuk dan pengantin lelaki kena bayar tol kalau nak masuk. sip baik dah sedia beberapa sampul duit dan pak cik ditugas menebus laluan ni.

Sampul wang  bertukar tangan.

Bukan satu tol nak sampai ke pelamin ni, masih lagi acara tol berlangsung. Dah mula panik duit tol hanya tinggal beberapa keping je.
Akhirnya acu selamat sampai ke pelamin setelah last tol diberikan pada mak andam yang takan bagi kerusi kalau x bayar dia.

Acara makan beradap. Selesai lah sudah acara majlis hari ini.
Hantaran balas dari pihak pengantin perempuan


 Nasip baik aising cake ni keras sebab ketibaaan kami disambut dengan taburan bunga rampai, penuh bunga rampai kat atas cake tu, nak masuk rumah jenuh pulak tiup bunga rampai kat atas cake tu. Bayangkan kalau aising butter cream.....




Hantaran dari pihak lelaki. Kat hantaran buah2 tu sepatutnya ada oren tapi semasa menyusun buah tu oren tu dah dimakan sebijik demi sebijik sebab sangat sedap hingga satu pun x tinggal so ambik je lah buah2 yang ada ni ye nisa.


Cerita sebalik tabir dalam persiapan untuk kemajlis nikah tu ada kat pic seterusnya ni hah. Kat atas ni kak Ann tengah touch dulang hantaran.Masa majlis bertunang dulu sebaik celik mata bangun pagi dah mengadap dulang hantaran dengan semangatnya. Tapi kali ni kami membuat acara spring cleaning rumah ni dulu. So semua berganding bahu dengan bibik untuk acara sapu sawang2, lap habuk, mop lantai dan clear sudut2 yang bah letak barang2 tah apa2 makin lama makin banyak. Kat ruang simpanan carpet yang bergulung2 tu siap jumpa 2 ekor anak tupai yang bersarang. Patutlah dah berkali2 nampak kelibat tupai ni yang share serumah dengan bah. So sekarang ni tupai kena carik port lain nak buat sarang sebab tempat dia dah clear.


Dek kepenatan ini lah situasinya........buat hantaran dari duduk dah sampai bergolek2. Buat reben sambil terbaring pastu bergolek nak letak apa yang patut atas dulang.....










Adif & Sara tak peduli apa pun berlaku diorang tetap bergumbira dan main kejar sana sini, tapi kali ni adif dah kena main tolak stroller mainan anak patung sara......

Sebelum majlis nikah malam ni kami ke kedai emas Segamat menemani abah yang berhajat nak beri seutas rantai tangan kat menantu perempuan bongsu, so, acara memilih barang kemas ni memang menyeronok kan. Ni tengah test2 pakai dan carik yang bersesuaian.

Sambil tu sempat mengecek kat bah untuk belikan kitorang gelang jugakkkk, dan akhirnya bah setuju akan beli sorang satu dalam masa 2 bulan lagi. Hureyyyy...moga bah murah rezeki dan dipermudahkan segalanya.

Ini ada pilihan aku, dan suh nyonya tu simpan siap2

Ini lah pilihan untuk diberi pada pengantin pompuan dan acara memakaikan rantai tangan ni masa  selepas bah merenjis tepung tawar malam ni.


Kak Ann menginaikan tangan2 dengan design yg simple. Adif nak jugak, tapi hanya inai kat kuku je.

Masa sibuk bersiap2 untuk berangkat ke rumah pengantin perempuan terdengar bunyi esakan tangisan nina kat dalam bilik dan adif ketuk2 pintu bilik dari luar suruh bukak. Rupe nya nina dah teperangkap dalam bilik sebab kunci pintu jem. Ohhhh kalut ....khidmat pak cik diperlukan , so dengan tendangan bak pang 5 yang nak selamatkan heroin pintu ditendang pak cik dan........pintu terbukak
Nina dakap mummy dengan linangan airmata. Haiyooo nina sian u. Nak citer sikit, dulu masa persiapan kenduri kahwin pak cik dulu ada peristiwa gak menimpa nina, masa tu dia berusia dalam 5 taun, masa gi bandar untuk order cake pengantin rambut terbelit dengan sikat pengulung rambut, nina memang rajin bersolek dan siap bawak sikat dalam kete, masa tu rambut terbelit kat sikat dalam esak tangisan nina aku cuba nak leraikan sikat tapi x boleh, Akhirnyanya nina masuk kat kedai cake dengan sikat yang tergantung2 kat rambut. Nyonya kedai cake tu pun cuba nak tolong tapi x berjaya, sampai rumah rambut yang terbelit tu digunting je dan nina dapat fesyen rambut baru. 
Ahad hantar kak Ann balik Dungun, Tak sempat nak hantar kereta untuk kegunaan nya yang dah kena keluar dari hostel. Sewa kete ni untuk kegunaan harian sementara urusan kenduri ni settle nanti mak hantar WTF tu.
Disebabkan kete auto dah habis, x de pilihan dah pakai je yang manual ni. Ni dah buat muka cuak nak ingatkan cara manual.Ape2 pun selamat memandu ye.Drive carefull.....jangan ronda jauh2 dan.....(rasanya kak Ann dah tau dah skrip mak nak nasihat ni kan).Okey takat ni dulu,,,,ni bersiap untuk majlis hari Sabtu ni pulak.

Monday, May 23, 2011

Jalan jalan santai santai

Jadual aktiviti minggu ni sangat padat seminggu lagi majlis kenduri acu dikampong, dengan kesempatan yang ada minggu ni ke Sogo KL dengan Ann.Santai santai berjalan dua beranak. Sogo agak lengang. Bila dah acara belek belek tu terjadi maka pasti akan berkenan tapi sangat dukacita rupenya 'SALE' start esok (Isnin). Nak ikut kan hati beli jer hari ni sebab malas nak datang lagi, tapiiiiii bila dikira balik untuk  barangan yang pasti akan dapat less antara 50 ke 20 % keesokan hari je memang ralat, so pasti datang lagi.


 Offer kak Ann untuk ganti hand bag dengan cepat tawaran diterima.




Pusing, pusing , pusing ......huh cerewet rupernye !!!!......Akhirnya dapat juga beli hand beg dia harini dengan harga best buy kerana harga ni juga sama jika waktu sale esok. Dapat info dari salesgirl tu waktu sale ada beberapa barangan yang akan disimpan dan barangan dari stor akan dikeluarkan. Sebab tu banyak barangan yang kita tak pernah lihat masa waktu tak sale. Tapi harus hati2 sebab ada harga yang telah dibuat potongan tu dah dinaikkan harga so maknanya lepas less memang harga asal dia. Tapi pada yang kaki window shopping dulu akan dapat tau beza barangan ni.



Dah penat tawaf setiap floor Sogo terus ke food court, akhirnya pilih yang nih....Manhattan fish pilihan dibuat atas package for 2 yang dah di suggest kat menu, mudah tak yah susah memikir.






Tunggu makanan sampai.

Sebelum main dish sampai dah mula makan appetizer & mushroom soap, ini pun dah mula nak kenyang.



Dah mula nak berkira untuk tapau je, sebab dah kenyang dengan air, soup & appetizer.......So lain kali datang makan sini jika benar laparrrr, so akhirnya makanan ni minta dibungkus je.