Monday, June 27, 2016

Era Fazira Yang Misteri

Minggu lepas rumah kami dikunjungi artis,, tiba tiba je sikecik yang kurus kering ni dok luar pintu. Keadaan nya kotor, kesian tenguk dia bagi wiskas tinggalan si Puteh yang menghilang diri tah kemana. Dia makan sikit2 tapi berulang . Dek fizikal yang begitu kami panggil dia Era Fazira , Perut nya kempis dan badan yang kurus cam model. Rasanya umur lom setaun agaknya..ciri baby masih ada,,,tapi dia yang terbiar.kiranya kucing gelandangan ni. Sebelum ni nampak juga dia kat tempat sampah carik sisa makanan terbuang.
Sesekali dia dia akan ikut sama2 mendaki tangga waktu balik rumah. Pastu turun balik
Dia hanya datang ketika malam sahaja. siang tak nampak langsung mana dia.
Si Era ni pandai dia dapat rasa siapa yang suka dia,,,so tak lain tak bukan Kak Ann lah tempat dia bermanja. tunggu je kat luar pintu untuk makanan. kalau pintu terbuka slow2 masuk tercarik2 mak angkat dia ni. Lepas makan dan main2 dia turun kebawah,,selalunya dekat kol 12 malam...macam cinderella pulak si Era nih.
Lepas kenyang tidur sekejab , kemain lagi mengalahkan letih orang berpuasa dia. Kini hampir setiap malam atau pun selang sehari dia pasti datang kerumah kami, Gitu le rutinnya,lepas tu dia turun tak tahu mana tidonya. Dia adalah tetamu terhormat keluarga kami dibulan Ramadhan ini.

Hasil tulisan dari google hal kucing.


Inilah 3 Tanda Apabila Kucing Datang Kepada Kita
Kucing merupakan binatang peliharaan yang sangat dijunjung tinggi oleh semua orang dan bahkan banyak orang yang berpendapat bahwa kedatangan binatang ini membawa pertanda kepada orang yang didatanginya. 

Kucing banyak ditemukan ditempat-tempat umum seperti warung atau kantin dan tak jarang ketika kita makan ditempat itu ada seekor kucing yang tiba-tiba menghampiri kita. 
Mengapa kucing itu menghampiri kita bukan orang lain? Ternyata binatang itu membawa pesan atau pertanda yang akan disampaikan kepada orang yang dihampirinya. Berikut 3 petanda apabila kucing datang kepada kita:

1. Allah sedang memberitahu kita bahwa makanan dan harta yang menjadi milik kita merupakan bukan sepenuhnya milik kita melainkan ada hak-hak orang lain atau bahkan hak kucing itu.

Dalam ajaran Islam telah dijelaskan bahwa sesungguhnya harta yang telah dimiliki seseorang didalamnya terdapat hak orang lain seperti anak yatim, sehingga setiap umat Islam diwajibkan untuk menyisihkan sebagian harta mereka (zakat) atau bersedekah untuk orang-orang yang memerlukan seperti yatim piatu, janda tua, dsb. Ini adalah salah satu tiga tanda penting apabila kucing datang kepada kita.

2. Allah sedang memberitahu kita bahwa dengan memberi makan kepada kucing itu maka  akan ada rezeki lain yang akan kita terima.

Islam telah mengajarkan kepada semua umatnya untuk selalu saling memberi dengan ikhlas karena sesungguhnya dengan memberi maka Allah akan melipatgandakan rezeki kita dan 1 kebaikan yang telah dilakukan seseorang maka akan dibalas 10 kebaikan baginya. Itulah janji Allah untuk semua umatnya agar mereka saling berbagi dan saling berbuat kebaikan dimanapun mereka berada.

3. Salah satu 3 tanda besar apabila kucing datang minta makan yaitu Allah sedang memberitahu kita bahwa jika tidak memberi makan kepada kucing yang menghampiri kita berarti telah menolak rezeki lain yang datang kepada kita.

Islam telah mengajarkan kepada seluruh umatnya untuk selalu memberi kepada siapapun dengan ikhlas dengan memberi dapat membuka pintu rezeki lain baginya.
Rezeki bukan hanya dalam bentuk harta melainkan juga dapat berupa kesehatan, keselamatan, dan kebahagiaan dalam keluarga. Orang yang memiliki banyak harta belum tentu memiliki rezeki yang baik karena terkadang mereka tidak bahagia dalam kehidupannya. Cara yang paling ampuh untuk memupuk rasa ikhlas dalam memberi yaitu dengan memberi makan kepada binatang salah satunya adalah kucing, karena binatang tidak bisa berbicara dan mengatakan terima kasih kepada kita, mereka hanya bisa meminta makan saja.

Itulah ulasan singkat 3 tanda apabila kucing datang kepada kita dan ternyata binatang ini membawa pesan atau pertanda kepada kita untuk selalu memberi makanan


Identifikasikan perilaku komunikasi kucing. Sebagian bentuk komunikasi kucing dengan Anda berdasarkan pada perilakunya saat berada di dekat Anda. Perilaku-perilaku tertentu memiliki makna yang konsisten di antara sebagian besar kucing. [5]
  • Kucing yang menggosokkan tubuhnya ke tubuh Anda berarti sedang menandai Anda sebagai miliknya.
Moga Era Fazira kami membawa rezeki dan keberkatan dalam keluarga ini.

Friday, June 10, 2016

Floria 2016 Mengecewakan

Floria 2016 di Putra Jaya datang menjelma lagi, datang untuk tenguk apa yang ada. Harga tiket lebih mahal dari tahun lepas, ada lagi satu pilihan jika nak tenguk kena bayar tiket lain. Untuk masuk ke Magical World Floria kena tambah lagi RM10.00.Tiket utama RM7.50. 
Total dah jadik RM18.00 seorang kalau nak pilih tu. 
Sebelum buat pilihan untuk ke Magical World Floria tu cuba survey budak yang buat promo kat tempat tiket tu. tanya adakah ia berbaloi dengan harga dan ada ke bunga hidup dari luar negara. 
Jawapan sibudak ni macam tak sure tapi lepas tu dia kata ada pulak dan siap cakap rugi kalau tak masuk. Ok fine,,nak puas hati tanya lagi ada tulip tak,,,dia kata ada. Ok fine... ambik keputusan beli tiket option tu, so untuk 2 orang RM36.00
Nama pun nak masuk ke pesta bunga ,,,dari pintu gate dah berbunga ukirannya.
Tempat stop pertama bergambar disini,,,masa tenguk lawa tapi bila dah dalam gambar burukkk,,,ok tak salah juruhias ,,angle untuk bergamba kena main peranan,,,dah macam tiang apa tah temasuk yang bergamba tu,,,sebenarnya pokok buluh tu.
Patik mahkotakan mahkota tu atas kepala sendiri...
Atas kesetiaaan tak berbelah bagi sebagai rakyat Johor,,,dua beranak ni berlegar legar jab kat laman Johor.
Ni lah pintu gua bagai batu belah batu bertangkup,,entrance untuk ke bahagian Magical World Floria tu,,tunggu sekebab sebab masuk ikut batch by batch. Bila masuk dalam tu gelap gelita dan lmapu samar2 sebijik macam masuk rumah hantu fun fair.
Belakang tu kiranya hutan la. Dalam hati terus menaruh harapan bila nak sampai ruang tenguk bunga hidup luar negara nih...sure lah tempat sejuk ni dibuat special sebab nak letak bunga yang pastinya tak tahan dengan panas kat luar tu.....tapi mana nya hanya tayangan screen tunjuk video hutan dan specis hidupan laut,,,chehh mula lah hati ni geram ,,,
Bila last pit yang ada bunga ialah dari hasil rekaan kreatif pengubah bunga untuk dipertandingkan...Weiii !!!!! kecewa dan sangat menyesal kalau setakat ni je kemain lagi masa promo tadi kata berbagai,,,kalau tak penat rasa nak carik balik budak yang bagi info salah tu...
Lain kali pengurusan kena pastikan info promoter tu tepat dan betul.....kalau gini umpama masuk gua gelap tenguk screen besar tu jer...haish.
Walau dalam hati marah dan tak puas hati ,,,bergambar jugak lah kat hasil kreatif ni,,,, andaian fikiran yang tak seni ni ingatkan ni obor obor tapi kat kak Ann ni hujan lah makkk,,,haiya ,,dah namanya seni biar lah ikut apa yang dirasakan,,,tu sip baik kata obor obor ,,mula2 dalam hati kata sarang burung dan jenguk2 jugak kalau nampak burung tengah mengeram kat menda yang bergumpal2 tu.
Kat ruang ni ada jual jeruk,,,nampaknya tempat ni buat hati sejuk sikit,,sambil sepit jeruk tu sambil telan air liur....panas lagi hati ni takat bayar 10.50 tapi tah apa apa ,,,yang best kat ruang berbayar ni ialah JERUK ni jer.....
Ambik kenangan kak ann bergambo kat sini,,,kiranya bunga pahar yang ukuran tinggi sama ngn pengantin.
Tenguk cik patung berhias sayur ni,,,bole lah guna gaun ni untuk ke pasar,ambik dan sangkut ke kat situ.
Kepompong yang kini dah jadik ibu rama rama
Bahagian ni masa nak masuk ke ruang Magical World ni,,,semua bunga crhysentemum atau kekwa atau kat kampung orang panggil bunga taik ayam.patut tak banyak ros atau okid , theme taun ni bunga ini.

Dengan rasa yang kecewa dan ralat yaamat keluar dari ruang magical terus ke laman diluarkan ni. Sip baik ada batang besi ni bole lah bergamba berdua2 an 
Sekali lagi kak Ann kata dinding lawar,,,ye lah nakkk... kita carik dinding je wat bacground.
Decoration dari inspirasi sarang lebah
House of chocolate
Untuk mengubat kecewa tak dapat tenguk tulip, duduk lah sini dikeliling dek bunga kek wa ni,,,

dalam tahun ni je dah 2 kekecewaan untuk nak tenguk secara tulip secara live,,,masa kat Kashmir aritu sepatutnya masa datang tu masa yang sesuai untuk tulip ni mekar tapi kuasa Allah mengatasi segalanya bunga tu dah kembang awal sebelum kami tiba sebab faktor berubahan cuaca, masa kami sampai cuaca berubah sejuk dan hujan membuat dia rosak dan ladang ditutup pada pengunjung.
Ni kecewa lagi dek information salah dari petugas..
Ni lagi best,,,support buah yang subur kat negeri sendiri,,,kata penjual specis nenas ni dah diklon buat isi dia tidak lidas,,,harap faham lidas tu buat lidah kita macam rasa pedih kalau makan banyak buah ni..Beli sebijik dengan kiraan kilo nya harga RM7.00, haa ini berbaloi sedap manis dan tak lidas.
 Malas nak layan orkid lagi sekarang,,kalau dulu rajin juga cuba mendodoikan orkid ni,,,tapi tak pernah hayatnya panjang...berbunga tu je sekali sejak dibeli tu pun hasil bunga dari nurseri
Tak murah pulak tu,,,lawa kan,,,kalau mahal mesra dengan pejaga tak pe tapi susah la nak jaga dia ni,,,nak berbaja tak henti. so lupakan...
Walau apa pun kami kat sini dari petang sampai ke malam jugak la,,,,dalam kecewa kecewa tu,,rumusan dibuat tahun lepas  lagi best.

Tuesday, June 7, 2016

Konvokesyen Uitm Shah Alam 2016


Tahniah pada my eldest daughter Farhan Akma binti Nordin berjaya menamatkan pengajian peringkat Degree. Konvo tahun ni pada 27 April 2016.Masa ni baru 4 hari balik dari trip ke India, nasip baik tak bertindih masa. Masa konvo diploma di Dungun Trengganu 2 tahun yang lepas kemain sibuk lagi nak uruskan perjalanan kesana,,hal hotel, perjalanan dan cuti, Tapi kali ni santai je ,,maklum la dekat rumah je ni.

Sebelum masuk dewan cari gerai yang jual convocation bouquet ni. Tercari gerai ni ingatkan kat depan dewan tapi rupenya tapak jualan di bawah bukit . Turun pulak la tangga yang kemain tinggi nya tu.. Beli 4 bouquet, sebab ada antara kawan rapatnya yang tidak di iringi ibubapa atas sebab urusan.
Selesai membeli satu lagi hal,,,,nak naik tangga ke tempat dewan yang tingi dan berpuluh anak tanga.Ada lift tapi nak menunggu punya lah lama ,,,tak kuasa,... dengan gigih dan mengagahkan diri sepemeluk bunga tu dipeluk erat, naik tangga dah macam penguin, main rasa dengan firasat hati kedudukan anak tangga sebab dah dihalang dek bunga ni. ....akhirnya sampai jua kedewan.



Dapat tempat bahagian paling atas dewan,,dengan bunga diletak di tepi kaki, penat daki tangga tadi hilang bila dapat selesa dengan kedinginan dewan.Kalau konvo dungun dulu dapat masukkan semua keluarga yang ada abg naim dan tok bah,,kali ni dapt masukkan Shafiq pulak si adik yg turut sama ada diluar. Bila semua ibubapa dah masuk, nampak beberapa kerusi yang kosong. Minta pegawai yang bertugas untuk membenarkan anak yang kat luar masuk. Alhamdullilah dibenarkan.Kalau tak teruklah dia berpanas berhujan kat luar tu nak tunggu aca

 Sibapa penuh khusyuk memastikan bila giliran sianak terima ijazah dari Chanselor dan dapat snap foto discreen besar ni. Dan punya lah concentrate dapat ambik semua pic rakan rakan rapat anak yang dikenalinya.



Alooo anak2 kenapa tak pandang camera cik nim ni,,,ni masuk Fb ngn blog tauuu. Ni mesti pandang kat jurucamera becok sibapa,,,tapi semua gamba tu diperam buat pekasam.



Konvo kali ni budak2 ni tak teruja macam konvo first dulu, semua cam malas nak bergamba antara faktor mungkin dek tangan dah penuh bunga dan rimas dengan jubah tebal diterik matahari bulan ni. Nampak je semua senyum manis hakikatnya peluh berjujuran dalam baju tu.
 




Ditempat batu ni je kami dok bergamba2,,,lain sudut terlalu ramai , dah macam scene batu belah batu bertangkup je rupernya.

Sip baik le tangan cik Nim dah teror kendali monopod,,sejak balik tour India ni,,,so sambil berjalan pun jadikkk....



Ann kata bergamba kat dinding ni background cantik...Aikk.. apa yang cantik nya,,,hmmm bagi orang lama background pic kena yang meriah kalau bole kebun bunga setaman. Tapi ikutkan je lah....
 

Tapi si emak nak jugak yang nampak pokok2 kat belakang.