Thursday, January 31, 2013

Air Tangan Ibu

Apa tangan mak ada keluar air masa masak??? Oh tidakk. Rasa tiap keluarga tak kira apa bangsa dan dimana negara dalam dunia ni mesti akan memuja masakan mak dia adalah sedap.Sebabnya sedap atau tidak mak masak itulah suapan makanan pertama yang kita makan disediakan oleh mak,semestinya mak akan masak sebaik mungkin demi disuap ke mulut anak2 dengan aliran kasih sayang bersama.




Kini setelah beberapa tahun dengan pemergian aruah mak kami adik beradik tetap menyukai masakan seperti yang disediakan oleh mak dulu. Walaupun sesetengah orang menyediakan mee rebus dengan perlbagai rencah dan cara siap berkuahkan keledek lenyek sebagainya, tapi bagi kami ini lah mee rebus versi mak yang dah sebati dengan tekak ni. Tidak lah susah sangat tapi setelah perisa dari rencah2 dan sayur bercampur dia menjadi rasa dan kenangan yang sangat indah untuk dinikmati.

Bahan2 nya.

Mee kuning (dicuci bersih agar rasa kapur dalam mee hilang)
Cili kering , bawang merah, bawang putih (dikisar)
Udang
Sotong
Daging dihiris halus2 (direbus dulu agar empuk , air rebusan diambil jadi kuah)
Fish cake / fish ball (jika suka)
Sawi / Tomato (tomato dibelah 4 lagi banyak lagi sedap dapat rasa masam2 sikit)

Setelah ditumis bahan kisar, masukkan daging dan air rebusan tadi.
Masukkan udang , sotong, fish cake /fish ball (jangan terlalu lama sebab nanti udang dan sotong kecut sangat) Masuk mee dan sayur. Biarkan mengelegak sekejab agar sayur tak lecuh sangat.  Ok itu saja


Puding kastad jugak adalah antara desert kegemaran keluarga. Kalau bulan puasa kat bazar Ramadhan Segamat Johor pasti kastad ni jadi menu wajib ada. Dimakan setelah disejukkan sangat menyamankan tekak.

Bahan2 nya

setengah pack bird kastad 
5 gelas air + setengah cawan susu cair
sedikit gula dan sesudu esen vanilla 
Campurkan semua bahan diatas dan kacau atas api perlahan tanpa henti sehingga adunan ringgan dan berkilat.
Masukkan dalam acuan kecil2

 Bahan untuk kuah ;

1 tin susu ideal + 1 tin air 
1 biji telur dipukul dahulu
Gula ikut manis yg disukai
2 sudu kastad di bancuh sedikit air 
sedikit vanilla
kacau semuanya atas api perlahan dan mendidih

Sejukkan dalam peti ais dan masukkan satu tin fruite cocktail.

Pertama kali acuan kuih ni muncul dalam pasaran rasa dalam sekitar tahun 1971. Sebab ingat sangat kat kotak tu tertulis SAWA  71. Acuan ni sangat popular masa tu. kalau raya, sekampung semua kuih terhasil dari acuan ni. Menolong mak buat kuaih ni sangat ditunggu, paling best nak tekan handle tu dan akan keluarlah paste yang pelbagai ikut acuan yang boleh ditukar ikut yang disukai. Kerana terlalu teruja belum habis satu adunan dah tukar acuan lain pulak sebab nak tengok hasil yang keluar tu. Maka terhasillah biskut yang sama rasa tapi lain bunga nya.


Ni antara acuan yang ada, perlbagai bunga akan terhasil.Kreativiti dalam menekan paste dengan acuan ni kena ada, kalau tak kena gaya bunga yang keluar akan kembang dan bila dah bakar lagi lah bertambah kembang dan tak la cantik, kena tekan agar terhasil bunga yang comel kena pandai adjust masa tekan handle tu.

Ni adalah kotak dan siap dipamerkan acuan dan bunga yang akan terhasil dari acuan.
 gambar credit dari http://bluesriders.blogspot.com
   

Kek pelangi versi mak akan dapat dinikmati bila dekat nak raya. Tanpa mengguna margerin ternama tanpa mengguna mesin penyukat hanya berpandu sebuah buku resepi bertulis jawi dan menggunakan sukatan cawan atau gelas sudah cukup menyelerakan untuk kami menikmatinya ketika itu. Aroma perisa ros dan vanilla dalam kek tu menghasilkan bau yang sangat sedap sekali. 
 

Tuesday, January 22, 2013

Jangan pandang !!!

Suasana ni kat bahagian barangan Fossil di JPO Johor Bharu, lepas settle rombongan meraikan kenduri kahwin teman sepejabat, acara shoping2 ni memang ditunggu.

Sale berbaloi kat Fossil. Sure mata  tengok amoi yang dok belek hand bag tu kan sebelum tengok hand bag yang sale tu, asyik sangat memilih  tu x sedar yang sepatutnya ditutup tekeluar.

Jangan pandang lama2 kat amoi yang tengah pening milih bag ni.


Turun ke Johor Bahru untuk meraikan majlis kenduri kahwin staf ofis baru ni. Settle makan2 dan gambar2 jab terus singgah keJPO (Johor premium outlet) yang memang tengah top la sekarang ni. So acara singgah kesini wajib ada. Sebelum tu try call bahagian tourism Johor survey tempat yang berbaloi untuk lawatan singkat. Agak hampa bila diorang kata Muzium Sultan Abu Bakar dalam proses renovation. Ikut katanya kalau dah buka nanti sangat bagus kerana banyak artifak yang sangat berbaloi untuk dilihat.Nak ke Legoland tak berbaloi pulak dengan masa yang singkat ni. Muzium ditutup 3 tahun mungkin sampai tahun depan.

Perjalanan selesa disamping makanan yang sentiasa ada nak teh O pon ada dalam bekas air tu, jalan tak jamed dan hiburan dalam bas juga ada.


Perancangan buat rombongan ala2 ' rombongan che kiah ' lancar sekali,dan  memang che kiah pon ada dlm trip ni. Prepare untuk semua breakfast untuk tiap sorang untuk dimakan dalam bas, so tak perlulah nak ambik masa lama berenti kat R &  R nanti. Nasi goreng ikan masin dengan telur goreng, sandwich satu set, kacang kuda rebus 1 pack air mineral 2 - 3 botol seorang, coklat cake dan kerepek untuk kudapan. Hanya ikan masak 3 rasa jer x de ni. kalau lapar jugak tak tau le apa nak cakap, ni sampai ke kenduri tu dah kenyang .


Singgah kat JPO dalam kol 3. Pusing2 lebih kurang 2 jam kat sini.

Bergaya jab ngn  gucci sunglass yang dah less 50% ni.Tak beli pon. Rombongan selamat tiba ke K.L jam 10.00 malam.



Thursday, January 17, 2013

Juadah Jamuan


Baru perasan ada banyak gambar2 makanan yang ada dalam camera ni. Semua makanan ni adalah dari majlis2 jamuan dari bebeberapa unit kat ofis. Kebanyakan masa jamuan selepas raya lah ni. Kepada pengamal diet masa jamuan ni lah masa yang sangat2 mencabar. Tapi pilihan yang ada samada nak rasa2 aje atau makan terus apa yang ada.Kalau rasa tak tau apa nak makan bole refer kat gambar2 ni mesti dapat pilihan hati.

Nasi kerabu, laksam, roti jala, lontong.

Nasi dagang ni sedap bebenar masa ni. Kuah amat ngam sekali.

Kalau pada yang kuat berpedas tu kunyah lah cili padi yang di hias ni sikit.

Sampai sekarang terkenangkan puding jagung ni, sebab dah banyak sangat makanan yang untuk dirasa2 tu terlupa nak ambik seketul ni, walaupun masa snap pic ni sangat teruja nak ambik kejab lagi....tapi lupa la pulak tambahan kenyang sangat kot.

Kemas dan cantik cara pemotongan buah tembikai ni hah.

Kepada peminat pulut sure u ols terkecur air liur tengok lemang yang lemak dan suam2 ni bercicah rendang daging ni kan.

Kuih dan segala manisan .

Ni nak citer tentang satey. Setiap kali ada jamuan yang menghidang satey ni ia akan menjadi tumpuan dan akan menjadi pilihan pertama dinikmati. Ini hasil dari research yang dah dibuat dari beberapa caterer dan pengalaman dalam menyediakan makanan. Selalunya satey ni jugak akan jadi juadah yang cepat abis.Mungkin jugak sebabnya ia mudah nak diambil dan selalunya satey ni agak terhad kuantitinya ikut anggaran tetamu , ni yang buat masing akan ambik ni dulu. Setakat menjadi pengendali jamuan ni tak pernah sekali ada satey ni bole bertahan hingga ke akhir jamuan, mesti dalam masa tak sampai sejam pasti clear semua.Walau pun estimation secara berlebihan dah dibuat berdasarkan tetamu. Hmmm nepe ye...

Buah2 ni bole dimakan berselang seli dengan kuih2 pelbagai tu.

Cheese tarts ni memang solid tapi kalau juadah berat dah diambil selalaunya nak abiskan setengah pun x larat.

Kalau disebut nama kuih ni memang x glamour langsung. APAM.. tapi kemain lagi sekarang ia dah diupgrade bukan main cantik lagi niiii. Walau still dipanggil apam, siap berperisa lagi dan berwajah pelbagai rupa dah cik APAM sekarang.

Lontong, laksa dan tak lupa
 Tauhu sumbat.

 Mee goreng basah ni sangat laku, perencah mewah dan mee basah2, memang terangkat.

 Laksa Johor ni agak jarang juga nak dapat dalam jamuan. Kalau ada pun jarang yang dapat resepi yang benar2 Johor. Kena dengan sambal belacan .

 Cream caremel ni dimakan masa layan perut yang dah kenyang as deserts....suka ngn caremelnya tu.

 Pulut kuning dengan sambal tumis bilis.

 Mee kari

 Cake berlapiskan puding caremel.

Roti jala digandingkan dengan serawa durian dan kari ayam. Sangat sedap pilih la nak cicah ngn kuah yang mana asalkan jangan dicampur kedua2 kuah tu bersama.

Thursday, January 3, 2013

Penutup tahun 2012

Alhamdulilah 2012 telah berlalu. Berbagai peristiwa telah berlalu. Syukur atas apa jua dengan kurniaan Allah.
Sedikit imbasan tentang keluarga kecil saya ini dan anak2 buah. Kak Ann sedang menjalani dan hampir nak habis praktikal di Airport T.Ganu

Disember 2012 Adiff genap 6 tahun, senang nak ingat birthday dia sebab mummynya dah tetap operation day sehari selepas Cristmas.Operate sehari lepas public holiday selamat dari bayar tripple utk doktor so tarikh 26 dipilih. Shafiq pon genap 17 tahun pada 11 Disember. Walau pon kebanyakan rakan sekelas dah genap 17 dia kena tunggu ujung tahun nak dapat 17 tu. Iskandar Mirza sikenet dalam pic atas dah 2 bulan. Rasa macam baru je tengok masa dia pada hari kelahiran kat hospital putrajaya . Entri patah tumbuh hilang berganti itu masa lahirnya dia.


Cake ni tak de acara potong2 cake oleh birthday boy sebab buat hal tak nak potong . Bagi kanak2 segala kemungkinan bole jadi ikut mood dia je .

Posing Adif semasa majlis birthday. Rakan2 lain meraikan ramai kat luar dengan main segala game and u dok santai kat sini ye...

Arissa cemerlang dalam PMR tahun ni Congrates kak cha.

Abah dikurnia Allah kesihatan yang baik dalam usia emasnya. Alhamdullilah. Makan2 di Juvita Seafood kat Banting Kelang.


First time abah makan Papahat yang digoreng bercili. Tekejut masa sedar dia makan kulit menda ni bila terdengar bunyi krip2  masa gigit kulit tu. Alamak lupa nak cakap isinya yang lembik2 tu.

Juvita Seafood ni antara tempat yang favorite kami jugak, pilihan seafood yang fresh dan western food pon ada .


Tanpa perancangan kami ke K. Terengganu menghantar Ann pulang memandangkan cuaca yang tak berapa elok dek musim tengkujuh dan banjir ni.Risau nak lepaskan dia drive sorang2 dalam cuaca begini.Kembali menginap di Terengganu Equestrian Resort (TER).

Hujan langsung tak henti sepanjang hari dari mula sampai sampai balik. Nasip jalan tak dinaiki air. Sambut kedatangan tahun baru 2013 ni disini, takde bunga api semeriah Kl dalam hujan yang tak henti ni. 

Abang Naim and atok bah.



Abah melawat kuda2 yang ada di TER




Sebelum pulang ke KL bawak abah melawat ke muzium T.Ganu. Semput jugak nak tangga turun tangga dengan keluasan muzium ni.


TQ kepada Wan praktikal student  rakan kak ann yang incharge kat muzium ni sebab bawak special tour untuk abah sekitar muzium. Penerangan tentang artifak jelas adakala abah jugak beri penerangan as pengalaman sebagai orang lama yang dah lalui zaman yang lebih awal dari ni.

Selesai melawat muzium ni, kali kedua untuk kami dan kali pertama untuk abah. Rasanya banyak tempat tak dilalui masa pertama kali datang sebab penat dengan keluasan muzium ni.


No camera dalam muzium !! tapiiii nak jugakkk. Ikan kerapu dah diawet yang terbesar pernah dijumpai kat perairan Ganu ..

 
Sebelum bertolak balik ke KL singgap jab kat airport tempat kak ann .



Semasa singgah makan tetiba nampak abah bawak kotak. Rupernya semasa solat situ dia terdengar bunyi ayam serama milik tokey gerai . so terus beli sepasang dan dalam kete meriah lah dengan bunyi cip cip cip ayam ni yang sekarang dah berhijrah ke Johor la pulak.


Berenti makan malam kat Bentong, ternampak signage makan ni, sangat memudahkan pelanggan. Rasanya bila nak order tu pening jugak kalau tgk menu yang berderet2 banyak, tapi kalau dah nampak cam ni mudah dan rasanya lengkap segalanya ada (ayam, ikan telur,sayur, masakan goreng dan jugak berkuah)Tak nak baca menu dah, terus tunjuk kat pelayan tu signage ni je. Senang kan dah siap estimate makan dan harga untuk beberapa orang. Pilihan kedua tu makan 5 orang pon tak terhabis.
Peristiwa masa order makanan kat Marang tadi agak pelik dan geram jugak.Biasanya aku akan sebut betul2 dan jelas bila buat order dengan restoran kat pantai timur ni sebab mungkin dialek diorang membataskan pemahaman yang tepat.Semasa nak order air minuman....

Pelayan :  Kak nak air apa?
Aku       :  Air epal hijau. (nak bagi terang agar tak silap siap mension epel ijau lagi))
Pelayan : Nak blend???
Aku       : (siap jegil mata kat budak tu. Dikkk... soalan yang tak patut ditanya. Kalau tak blend ada pilihan kena kunyah sendiri ke buah tu dan dinamakan air buah.
Pelayan : (sengih2 dan berlalu pergi)......hishhh