Monday, December 28, 2020

Norma Baru kehidupan 2020

 

Perlu dicatitkan untuk ingatan masa hadapan.

Wabak covid 19 mulai dikenali dan merebak hujung 2019. Pada saat negara China menghadapi dan mengatasinya  kita di Malaysia mermerhati tanpa rasa risau lagi tapi awal 2020 mula menyebarkan seluruh dunia. Masyaallah.

18 Mac 2020 hingga 17 Mei 2020 (62 hari) Malaysia menjalani norma baru. PKP (perintah kawalan pergerakan) Segala cara yang amat pelik dan baru dijalani. Perniagaan tutup , pergerakan terbatas, semua menjalani kehidupan di rumah.Pelitup muka dalah kewajipan. Setiap kali nak melangkah keluar rumah pelitup ini pasti ada dibawa dan sentiasa ada dalam hand beg.

Hari Raya Aidil Firti 2020 tidak dirayakan. Perintah dilarang merentas negeri dibuat.

Hanya Raya Haji dibenarkan itu pun dengan utamakan langkah langkah keselamatan agar wabak disebar.

Tak tahu sampai bila kita semua menjani kehidupan begini. Moga keadaan akan normal kembali. Namun dalam kesulitan ada terselit kebaikan. Semua ini rahsia Allah.

Add caption


Keadaan di tempat kerja cara baru...

PKP = Perintah kawalan pergerakan
PKPB = Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat
PKPPP = Perintah Kawalan Pergerakan Pemuliharaan

Kronologi:

PKP
18/3/2020 - 3/4/2020
1/4/2020 - 14/4/2020
15/4/2020 - 28/4/2020
29/4/2020 - 17/5/2020   (62 hari PKP sepenuh nya duduk rumah)
                                     (18/5/2020 - mula bertugas di pejabat)

PKPB
13/5/2020 - 9/6/2020

PKPPP
10/6/2020 - 9/6/2020

PKPB 
10/0/6/2020 - Disember 2020.....moga segalanya akan bertambah baik