Monday, June 23, 2014

Foria 2015

Pesta bunga Floria 2014 baru berlalu. Baru dapat pergi untuk pertama kalinya itu pun pada hari terakhir. Bertabah hati dalam cuaca yang hangat menyengat ni.

Suasana dah ceria kat entrance ni. Dah nama nya pun pesta bunga tak kan pulak suram. Dalam beg besar tu yang nampak terjulur sikit tu bukan tiang tripod camera ye,,,tapi ......

Hah ni le bendanya kerusi untuk abg Naim yang tak berapa kuat nak berjalan kat tempat yang luas ni. Sementara kami tengok sana sini dia duduk kat tempat yang cantik ni sambil kipas2 diri dah macam props pulak kat booth yg kami singgah.

Betapa nyaman dan cantik decoration diorang kalau lah cuaca ni sejuk pasti ramai yang berlama2 lepak sana sini. air mineral dan berbotol2 dalam beg yang dipegang tu untuk basah tekak.

Booth pertama yang dilawat ialah booth kucing.. apa kena mengena bunga dengan kucing ni ????...tapi peminat setia kucing kat atas ni dah teruja

Antara kucing yang ada kat sangkar, Rasanya kucing ni dah penat dan dah jemu tengok orang yang mengelilingi dan tak putus2 . Booth kucing ni ada aircond.Sambil tengok dia dapat le numpang bersejuk2 badan sikit. Kepada peminat kucing jangan confius kucing ni dengan rimau. Ni kucing hutan.
Ada beberapa kucing yang berbulu sangat tebal dan panjang, ramai yang usap2 dari sangkar tu tapi ada sorang tarik bulu dia nak tengok ukuran panjang bulunya.....
Tak ingat apa nama spesis kucing ni . Tu tuan dia yang hulur kasi tengok , punya le panjang badan tapi bulu nipis. Ada jugak yang jenis tak berbulu hanya kulit je .sure sejuk kalau hujan.
Gamba2 kat kapal Titanic ni pulak
Abang Naim duduk sambil berkipas2 dan kincir angin bunga ni berpusing dengan cantiknya.
Abg Naim mintak kak Ann kipas dia kuat2.
Salah satu booth untuk weding dalam taman.
Decoration creative dari reben saja dan ranting dah sangat cantik dan unik.

Cuba2 duduk kat kerusi yang dibuat dari barangan dikitar semula. Spring kereta dan spoket motosikal. Nasip baik spring ni tahan dengan berat orang yang duduk tu.
Pasu bunga pakai seluar.

Cantik pagar taman ni.

Arang pun boleh dibuat perhiasan. Tak terfikir sebelum ni.Walau ia hitam dan rentung macam kayu buruk tapi boleh menyerlah kalau pandai dihias
Lama kat booth ni sebab sejuk ada pokok besar untuk melindungi.
Unik , botol mineral dibuat hiasan
Berdiri lama sikit kat sini sementara wap air dari bawah jambatan ni keluarkan wap sejuk tuh.
Bangku dibuat dari kotak kayu . Cantik hasilnya.
Sakali lagi posing kat pagar cantik ni.

Layan cuaca Panas

Cuaca panas melanda lagi. Hari minggu tanpa rancang tetiba nak menikmati cuaca sejuk sikit. Terbayang Cameron Highland. Tu je yang ada untuk dipilih . Dalam perjalanan menikmati makanan ringgan dan minuman yang amat sedap dimusim panas ni.
Lalu kat pekan Sungkai ternampak ruang gerai ni yang dibuat kat halaman rumah teres ni sahaja.Cendol sangat sedap

Tuan punya blog harus ada dalam N3, tengah tunggu mekanan dan cendol dibuat.
Boleh pilih cendol pulut, jagung atau kacang, tapi kalau nak kesemuanya pun bole. Sangat sedap secukup rasa lemak manisnya.
Oder bee hoon sop dan laksa dan juga beberapa biji pau untuk kunyah dalam perjalanan naik bukit kejab lagi.

Setelah sejam lebih menyelusuri corner tajam dan sempit sampai nak muntah pulak kali ni.Mabuk bukit ke mabuk jalan, selalunya tak pernah dirive sendiri tapi kali ni driver tidur pulak bila nak sampai atas ni.Sejuk Cameron pada masa ni, hujan dan cuaca sejuk. 

 Tak boleh tengok bunga ni pasti jadi mengabadikan dalam gambar. Kesian nasip bunga yang ada kat rumah kurus kering melidi walau pun dibaja dan dibelai. Rasanya cuaca memainkan peranan nak subur
Dah tak ada hati nak beli bunga ni sebab selalu gagal nak bela dia. Lewat petang turun balik balik K.L
Tak habis lagi cerita cuaca panas ni. Malam minggu lepas ronda KL berdua dah macam pelancung pulak lalu kat KLCC.
Tengok2 gelagat orang ramai kat Jalan Bukit Bintang. Kebanyakan Arab. Ralit perhati pelukis jalanan ni yang buat sketch lukisan guna pensil jer, RM50.00 satu foto wajah yang siap dalam masa 20 minit. Sambil tu cuba menconggak berapa hasil yang dia dapat bila tengok tak putus2 pelangan silih berganti. Huh lumayan tu.Rezeki dia dengan bakat kurnian Allah
Sketch sangat menyerupai wajah asal...Kagum
Ronda sampai pukul 3 pagi dengan dia ni.
Last sebelum balik pergi kampung Baru pekena nasi bubur berlauk yang sedap kat sini. Kerabu ikan bilis,dan daging salai berperisa.Rasa masin pedas masin masam ni sangat sedap makan dengan bubur nasi putih ni.

Pernah beberapa kali ubah selera kat kedai lain sekitar kampung Baru tapi masih tak boleh tanding kedai dekat masjid  ni jugak.