Monday, December 1, 2014

Kenangan

Dalam mencari mood untuk menulis tetiba terjumpa gambar lama ini dalam simpanan. Untuk kenangan semata. Gambar ini dalam tahun 2009 dalam suasana raya pertama selepas permergian ibu mertua. Ini adalah keluarga sebelah suami dan anak2 buah di Melaka. Walau dalam jangka masa 5 tahun tapi berbagai perubahan terus berlaku. Ini lah ketentuan Allah antaranya seorang dalam gambar ini telah menemui penciptanya (bahagian depan berbaju biru berkain pelikat aruah Norman adik kepada suami) Walaupun suasana semasa acara bergambar ini secara spontan sahaja tapi ia amatlah bermakna sebab ini lah satu2nya keluarga bersatu dan selepas itu hingga saat kini masing2 sibuk dengan urusan masing2 dan amat sukar untuk mendapat suasana begini semula. Antara kanak2  dalam gambar ini ada yang dah berumahtangga dan dah mengharungi alam remaja.
Al Fatihah untuk yang telah pergi dan selamat menempuh segala ujian dan dugaan pada semua agar semua wajah dalam gambar ini diberkati Allah. 

Sicomel yang pegang itik adalah sibongsu Shafik Hafizi aka apit. Gambar dalam tahun 1998 berusia 3 tahun. Yang digengam tu bukan toy tapi itik betul tu, dek geram dengan kecomelan sang itik beli 2 ekur.Itik ni memang selalu kena pegang dan dikejar je masa gini. Memandangkan habitat itik makin membesar ia tak sesuai untuk dipelihara kat rumah, setelah beberapa bulan bagi abah kat kampung .

Tak akan diputar kembali saat mereka macam ni. Abg Naim and apit  dengan kereta mainan di KLCC . Abg Naim adalah antara jadi perhatian dan tumpuan keluarga kecil kami kerana keistimewaanya menjadi warga kurang upaya .Allah telah memberi ujian dengan menganugerahkan nya sebagai penghidap hydrocephalus semenjak lahir. Alhamdulillah dia berupa menguruskan diri sendiri walaupun agak terhad dan dialah penghibur  dan  peneman setia walau dalam apa jua keadaan keluarga kami. Moga Allah beri dia kesihatan yang baik dan berupaya untuk berdikari disamping sokongan adik beadik yang ada.

Kini mereka dah begini. Abg Naim (tengah) sentiasa happy terutama bila keluar berjalan kesana sini. Body guard seumur hidup sikakak dan adik. Semoga Allah memberi kemudahan dan berkat pada mereka.
Semua sicomel dengan trade mark telinga capang ini adalah penghibur keluarga .Anak buah dari dari 3 orang adik lelaki dan perempuan saya. Ini lah meriuhkan suasana rumah Hj Manaf (abah) yang sunyi dikampung.
The Capang. Suasana disatu pagi di kampung,dalam keadaan yang lom mandi pagi dah petik buah rambutan kat tepi rumah atuk.
Aktiviti baling batu2 kecil oleh sinaughty comel nih...
Dalam suasana sunyi rumah kampung frem gambar abang Naim dan apit ini masih lagi dialmari.
Pastinya segala kenangan manis ini tidak hilang dari ingatan. Rumah abah masih lagi berseri setiap kali anggota keluarga kami yang tak ramai ini kembali dan berkumpul setahun sekali.