Tuesday, August 28, 2012

Raya 2012

Ramadhan dah penghujung  kini Syawal menjelang.Bila keadaan halaman rumah Hj Manaf dah macam tempat jual kereta terpakai ni maknanya hari raya dah tiba. Walau pun persekitaran tanah yang luas tapi halaman hanya sekangkang kera sahaja disebabkan rumah ni di atas bukit tu yang menghadkan kawasan. 




Suasana di pagi Raya dalam keadaan masih berkabus lagi suasana penghuni rumah sedang sibuk menyiapkan anak2 dan jugak sedang Q untuk guna bilik air dan sediakan sarapan sebelum ke masjid.

Rumah dah siap kemas dan ada yang dah terlentang dekat depan tv tu.

Hj Manaf ceria dikelilingi anak dan cucu setelah melalui hidup sendirian, meja makan di bahagian dapaur ni menjadi tempat berkumpul dan bercerita.

Acara maaf bermaafan kat sini sahaja.

Sebenarnya ada cerita dalam kesegakan semua berbaju melayu ni. Semua nya tak sempat nak sembahyang raya disebabkan imam dah memulakan sebahyang raya. Tapi tak salah imam lah kalau begitu puntual dalam tugasannya. Tapi sekurang2nya bagi la masa lebih sket memandangkan rumah yang ramai penghuninya ni bergegas dalam persiapan. So semua ni tak dapat sembahyang raya untuk tahun ni dan dok lepak2 je.


Ohh papa kena hulurkan tangan dulu untuk Adif salam.

Dek dah pakai baju raya lawa2 ni scene photo ni mesti ada. Ni je la keluarga kecil Hj Manaf . Hanya seorang adik yang tiada dalam scene ni kerana beraya ke rumah mertua. Walau pun tidak punya keluarga besar tapi tetap meriah dengan apa yang ada. Sebab dah biasa dengan keluarga kecil dengan suasana camni pon dah rasa ramai. Adif dan nina sure akan posing dengan cara nya tersendiri.


Anak2 Hj Manaf . Seorang adik lelaki yang bongsu tiada dalam gambar .Dah 6 tahun mak meninggalkan kami, suasana raya pasti lebih indah jika adanya dia. Tahun pertama semenjak mak meninggal memang agak suram dan agak kelam kabut nak menyesuaikan keadaan. Dulu segala apa semua refer kat dia, kini semua dah tau apa yang patut dibuat walau adakalanya bila nak cari barang tu rasa nak bertanya jugak.


 Keluarga kitorang ni tidak menitik beratkan kesedondonan berpakaian. Kalau ada pon yang sama tu secara kebetulan terpilih yang berkenan. Yang sadis lagi abang Naim tertinggal seluar raya kat KL. Maka berbaju melayu dan berseluar jeans la dia raya ni. 

 Keluarga ni pon tak berdondon jugak. Adif pasti buat gaya pelik tapi benar bila depan camera.

Tapi bagi keluarga yang ini kesedondonan amat dijaga setiap tahun .Pasti setiap raya dengan warna tema yang tertentu.


Tahun ni ada pembahagian contribution dari setiap beradik. Bahagian kuih muih ngn minuman ni ditaja oleh pakcik  Mahdi.Meriah kuih2 yang diimport dari Malaka ni. Siap ada nota dari tuan sponsor.

Disebabkan ada air2 botol ni sirap yang disediakan oleh keluar Hanim dan narimah tidak laku kali ini. Takpe tunggu la kalau air botol ni habis nanti...

Suasana menjamah juadah dipagi raya. Kali ni menu selain ketupat rendang kuah kacang ialah Laksa Penang. Soup gearbox pon ada.Meja ni meriah dengan juadah dan yang peliknya setiap kali tetamu balik meninggalkan ruang ini kami akan makan lagi berkali kali setiap ada tetamu pergi.Mengemas dengan cara makan.

Pada yang masih meneruskan diet pemakanan, salad ni boleh ditelan banyak2.

Semasa berkemas nak pasang carpet tetiba terjumpa makhluk kecil yang menumpang tinggal dalam rumah Hj Manaf. Baby tupai tanah ni dilahir oleh ibunya dalam gulungan carpet. Apa lagi ibu angkat sikecil ni pon dapat tugas baru. Merangkap ibu susuan jugakk.

Masih belum bukak mata lagi

Kekdah memberi susu dengan bekas botol ubat mata tok bah digunakan oleh ibu susuan ni. Setiap beberapa jam tugas ni dibuat oleh kak Ann dengan relanya. Ada pendapat yang mengatakan mata anak tupai ni akan terbuka dalam sebulan. Tapi peliknya hanya 3 hari mata dah terbukak, adakah  saki baki ubat mata yg digunakan sebagai botol susu tu berkesan !!!!

Lewat petang berkunjung menziarah ibu saudara (kakak aruah mak).Mak uda juga tinggal keseorangan dirumahnya yang sangat kemas dan bersih.Memang dia seorang yang sangat cerewet dengan kebersihan sejak dari zaman mudanya. Nak makan kuih pon kitorang makan cara cukup berhemah takut serpihan kuih jatuh bertabur, nanti stress pulak dia.

Pada hari Raya ke3 kami sekeluarga dengan abah menuju ke Pahang melawat sedara mara sini. Pak cik ni dua pupu pada Hj Manaf. Sambutan yang sangat mesra penuh keikhlasan dari saudara jauh.

Kami telah djamu dengan hidangan makan tengahari yang sangat enak walau pon simple.Lemak kobis, sambal tumis udang dan ikan goreng  dan sambal tempoyak yg sangat enak. Dah jadik kebiasaaan diorang tiap kali singgah mesti nak bagi saudara jauh makan jugak.



Entah camana kaki abang Naim dah digigit pacat tanpa disedari. Hanya sedar setelah pacat kenyang dan darah meleleh, tapi ada penawar yg diajar oleh pak cik ni untuk menghentikan pendarahan. Hanya sentalkan dau senduduk kat tempat gigitan, terus darah tu berhenti.

Perjalanan diteruskan menuju Kuantan dan akhirnya buat keputusan menginap kat Swiss Garden atas tajaan En. D. Rancangan begini sebenarnya tidak dirancang hanya bawak je bekalan pakaian ala kadar. Selalunya perancangan yang betul dibuat sangat susah nak jadik tapi kalau spontan begini sangat lancar.

Lepas breakfast pagi menuju kepantai dan melihat sekitaran resort ni.

Panas  berdenting ni.




Masa utk check out kat lobby
Lepas check out menuju ke perkampungan sungai Lembing .Ini kali kedua utk aku tapi pertama kali untuk bah ngn kak Ann.

Dihalaman muzium sungai Lembing

Semangat kemerdekaan


Cuba melalui jambatan gantung di hujung perkampungan ni.



View dari atas jambatan.


Hari raya ke tujuh selepas menghantar kak Ann kembali semula ke Dungun, menuju kesatu tempat nak carik sejuk2. Ni pon tak rancang sangat.


Kemuncak ni pasti dapat dilihat disesetengah empat dari KL.....Yess Genting Highland. Walau pon dekat je ngn KL tapi dah lama tak kesini.
Haaa suasana memang nyaman , sejuk berkabus. Tapi tahan diri saja tak nak pakai  baju kalis sejuk. Trial untuk tahan sejuk kalau ke korea nanti.Tapi gigil jugak ni.

Check in kat salah sebuah hotel yang ada kat puncak ni. Dek suasana raya kebanyakan pengunjung yang ada ialah cina dan pelancung Arab. Luas betul kawasan hotel ni, untuk lagi cepat naik kan abg naim atas troley tu sekali.


Bili kecik, tapi ok je yang penting bersih,

Masa deal ngn bhg reception tadi request mintak bilik ada view best punya.Mulanya nak mintak tingkat paling atas iaitu tingkat 28 tapi disarankan ambil tingkat 11 ni dan dapat view theme park. Kalau lagi tingi tiada view hanya kabus dan langgit je.


Tak henti2 pulak dengan jeritan pengunjung yang menjerit melolong2 yang menaiki mainan yg ada tu.

Pic ni telah hampir 20 tahun. Last masuk park kat genting ni masa kak Ann kecik dan Apit belum pon berusia setahun.Aloloo tomeinya Apitt badan berketak2 masa nih.Rambut Kak Ann sebenarnya sangat lurus tapi mak dah gi buatkan dia body perm, dah la gitu keadaannya....he he he...seronok buat experiment mcm2 kat anak.

Tempat ni sekarang dah jadik auditorium Arena of stars sekarang. Dulu tempat ni tiada bumbung cam sekarang hanya ada tempat duduk yang bertangga saja. Nampak ganas pulak dua beranak yang bercermin mata hitam ni.

Kat bhg indoor genting h. land dulu.

Abang Naim x de dalam pic sebab dia kat kampung dalam jagaan aruah mak buat sementara waktu..

Muka kak Ann monyok sebab nak jugak duduk dalam stroller apit. Masa ni theme park ni masih dibuka untuk semua dan mainan bole diguna dengan membeli tiket sahaja. Tapi sekarang dengan whole package bole main semua mainan walau pon berkali2.


Naik je apa je mainan yang ada.


Berangan mcm kat London.



Semua mainan dicuba temasuk yang dalam cawan pusing tuh...dah naik pening kepala.


Ini dipanggil spinner. Entah camana bole naik menda ni. Memang kena spin selama 1 minit 10 saat naik ni.Pada mula nya hanya Apit ngn abah je yang patut naik, tapi plan betukar sebab nak bagi experiance untuk abg Naim naik ni.Aduhh mendera abang Naim ke ni...tapi dia suka pulak.Tapi bila ofer nak naik sekali lagi?....dengan pantas dia jawab TAK NAKKKK...


Camni keadaan kitorang dalam keadaan mcm meniarap dah terlentang terbalik naik menda ni. Kalau nak rasa jadil superman cuba laa.Pasti bila turun akan terdiam buat seketika hingga otak stabil balik.Turun je pening kepala.......Ohh tidak untuk kali kedua.

Pegang tangan abang Naim untuk bagi moral suport.


Dalam keadaan gayat sempat snap pic ni masa kat boat besar yang berbuai tinggi melanggit.Rasa cam nak terlepas camera masa ni.
Walau pon lepas pening2 naik spiner tadi, mencabar diri sendiri jugak naik roller coaster corksrew ni hah. tapi hanya kami berdua je yang naik rasanya tak sesuai untuk dera abng Naim lagi. Pernah naik ni masa zaman remaja dulu tapi tidaklah sehebat ni. Semua suka2 dan jerit tapi muka aku je yang cuak, sebenarnya masa ni terfikir kuat ke lock ysng menahan badan ni. kot2 terbukak.........hish memang seram dan cara menenang diri pejam mata kat tempat2 yang mengecutkan perut....abis citer. Rasanya tak nak naik benda ni utk kali kedua lagi.



Apit masih pening2 lalat lepas naik mainan yang tinggi melanggit tu.Mainan ni dipanggil space shot. Hanya kami bertiga je yang naik. Ini pon rasa nak tercabut nyawa bila menda tu turun dengan lajunya sampai punggong tak cecah seat tu.



Cerianya badut peramah ni, masa dia bertugas pon dah abis.
Ok 6.00 petang theme park ni selesai beroperasi. Tak sempat nak boating kat tasik pulak. Ok cukup setakat ni. Jommm balik. Selamat Hari raya Aidil Fitri untuk tahun ni.