Monday, August 15, 2016

Cafe kontena

Aktiviti berjalan kena ada tiap ujung minggu. Dasar tak bole duduk lebih dari sehari kat rumah. Cuba meneroka daerah jauh sikit dari temapt kediaman,,maka ke kawasan Setapak Gombak tempat dituju, dan pastinya disamping tujuan kelaur dari rumah,,kena ada arah tuju yang diibaratkan sambil menyelam minum air. Ke Setapak Central...untuk membeli sesuatu ke Kaison dan Daiso. Barangan untuk kegunaan ofis bole dapat kat sini. Walau apa pun Kaison di Paradigm Mall Kelana Jaya lagi banyak pilihan dan lagi besar.
Dalam perjalanan nak balik di MRR2 singgah ke Cafe yang dibina dari kontena ni.
Tema Hispter kata budak budak ni. Walau agak pelik tapi bagus idea ni dari kontena yang tidak diguna boleh diubah suai untuk menjadi tempat makan. Mula melangkah ketingkat 1 cafe ni terdetik dalam hati ,,,,kuat ke lantai ni untuk menampung segala nya,,,tapi decoration dalam unik la untuk yang nak cuba deco yang berlainan.
Bila anak anak suggest untuk cuba makan di kontena  ni, dalam kepala membayangkan suasana kontena yang 4 segi sama tanpa tingkap ,,,apa bestnya . Tapi bila dah tenguk baru tau ,,kreatif benar lah yang mereka cipta tu  dari yang memikirkan ni.Selesa dengan hawa dingin dan suana pemandangan dan decoration hipster tu.
Sambil tunggu makanan sampai. Menu weastern portion memang mengenyangkan . Rasa ok biasalah western menu ni tak tak lah macam makanan melayu dimana  rempah ratusnya berjela jela banyak dan nak memasaknya kalau tak berpeluh satu badan baru nak siap.
Pilihah Kak Ann ayam apa tah...something cheese  lah nama eh,,,,lupa
Yang ini Sloppy Family "Dequeen -A Poppy Strawberry. Nak ingatkan nama nya kena tulis,,,tak boleh lekat kat dalam kepala kalau nak hafal.  Ni tak lah boleh hilang dahaga just macam smoothie je,,,saja di leleh kan di keliling jar tu,,,nak menarik,,tapi customer rasa macam nak kena jilat pulak...yang best makan yang segala kat atas tu,,,macam gula liat gummy bear,,,pejam jelik bijik mata masa ngunyah menda liat tu,,,masam masam tapi sedap. Kalau tak belek menu bertahun jugak rasanya nak hafal nama desert ni.
Suasana cafe,,,dinding diconteng2 cat hitam dan lampu mentol bulat jadikan suasana unik Hipster katanyaaa.....dalam buruk ada cantek.
Plain water dalam botol kat lubang meja tu,,,pada mula ingtkan tu as decoration, tapi bila request nak plain water staf tunjuk botol tu,,,ada gelas siap kat situ dah.
Tick menu yang dikehendaki kat order form,,,tak payah nak susah payah sebut nama pelik2 kat menu tu
THEGARAGESKL
 Menu aku fish and chips...banyak lah portion nya sampai termuak nak abiskan fish dengan kentang. 
Keluar dari kontena cafe ni ada bas mini yang dibuat tempat jualan cenderamata . Tenguk bas ni teringat di tahun 1980 an agaknya nya bas ni ke yang pernah dinaiki untuk ketempat kerja dulu...Aduh nostalgianya tenguk bas mini ni...Yang terpahat kat kepala bas mini nombo 14...ke Gombak. Sekian hal ujung minggu ni