Monday, May 18, 2015

Ditepian Riverside Janda Baik

Tanpa dirancang tanpa persediaan macam nak berkelah tapi plan ni menjadi dengan jayanya.Kali kedua ke sungai ini. Antara sebab datang sekali lagi ni maknanya tempat ni antara yang disukai la. Pekara utama dalam pemilihan kawasan ialah tempat yang jarak sungai dengan kenderaan dekat, tak payah nak daki bukit bagai. Kemudahan asas toilet, surau dan tempat dan duduk sambil makan dan rehat selesa.Kriteria ni cukup lah untuk buat antara destinasi yg akan diulang. 
Bertempat di kawasan yang dinamakan Riverside di Janda Baik daerah Pahang. Sebab  kenapa special sangat nama tempat ni mula lah mengoogle ...,,ikut cerita kisah Janda yang berbaik semula dengan suami,kiranya rujuk semula lah .Dari janda balik ,,lama kelamaan jadi Janda Baik...gitu la ceritanya kata cik Google.

Sementara ayam sedang di bakar dah masuk dalam sungai ni,,,abg Naim hanya duk kat tempat pasir ni je. Arus kuat juga sebab ni bahagian hilir juga dan ada sesetengah tempat tu agak dalam juga,,,takat bahawa pinggang je lah. Antara yang best kalau sungai ni dibanding dengan laut ialah kawasan dibawah teduhan pokok maka ni tak la menambahkan menghitamkan lagi kulit macam pegi laut.Tak pening kepala dek bahang sinar matahari dan tak mengelupas kulit sebab berjemur.

Beberapa pilihan gazebo bole disewa,,bole tidur sini jika nak bermalam. Yang digambar ni sewa nya RM80.00 .Atas bole buat tempat tidur , bawah untuk duduk rehat dan baahgian tepi ada pangkin lagi untuk makan dan rehat. Dulu2 pernah impikan nak rumah yang bahagian belakang rumah ada anak sungai. Bole main air tak kira waktu.


Berjimba2 disungai yang sejuk ni.


Air sungai bersih dan sejuk,kalau tak tau berenang pun tak pe sebab arus ni bole buat hanyut macam berenang jugak. Seronok kat sini tak ada orang lain kecuali kami. Perasan macam sungai ni sendiri yang empunya.


Perut dah kecut dek berendam,,ayam dah bole dimakan...Resepi perapan ni disediakan sebelum bertolak pagi ni,Tumbuk kasar halia, bawang putih dan garam kunyit dah memadai,,,





Kawasan bersih sebab petugas ada menyapu dan bersihkan kawasan sekitar.
Perkara mula sekali lepas pilih tempat disalah sebuah gazebo ialah kerumun tempat bakar untuk hidupkan api.
Phuhh phuhff  mengeluarkan segala angin yg ada dalam badan  untuk buat bara api dari arang.


Akhirnya setelah hampir setengah jam memujuk cik api,,,ni hasilnya....


Ayam Bakar...bukan ayam Encik Bakar yang punya.
Tempat bakar ayam ni memang dah sedia ada untuk tiap gazebo,,,,kami bawak tempat besi pemanggang sendiri yang dibeli dari Daiso RM5... shj.
Ni gazebo yang kami pilih. RM20 .Tidak bole ditempah hanya berdasar siapa dulu dia dapat. Tapi hari ni tak perlu risau tak dapat sebab semua gazebo yang ada tidak berpenghuni,,,sebabnya ialah...bukan hari cuti bukan hari minggu. jangan harap nak mudah dapat kalau hari cuti. Ni antara sebab keistimewaan kalau pergi masa orang tak ramai.
Nasi panas, ayam bakar dan kuah kicap cili padi.....yummyyy
Bakar lagi,,,habis ayam sebuku roti pulak dibakar ,,sapu mentega dan gula,minum nescafe panas sambil berendam dalam air...hmmm...rasanya kalau sebuku besar roti kemain seksa nak abis kalau kat rumah,,kat sini semua nya lalu sebuku besar roti.
Gazebo berdinding anyaman buluh. Cantik ni
Untuk yang nak mengenal nama pokok yang ada dalam negara ni ,,sini pokok nya dah di kenal pasti dan ditandakan.
Ni chalet ala kampung bole disewa diseberang sungai ni.Sesiapa warga bandar yang nak rasa duduk rumah kayu kampung ni silakan telefon tuan chalet.



Antara chelet yang agak baru dibuat. Ini lah aktiviti seharian untuk minggu ni.

12 comments:

  1. Bestnyeeee maklong..ptutla aritu paklong blik kmpg ade gtau mklong g pahang..rupenye g picnic kt air terjun...haha dh lme xrse ksejukan air terjun..😄😄

    ReplyDelete
  2. Ooo yg pak long ckp tu hal lain,,ni lama dah sebelum pak long ckp tu. Best sini kalau ramai2 kita gi lagiiii meriah.

    ReplyDelete
  3. Gazebo tu klu nak guna bayar kat sapa ye? Ada org tunggu kat situ ke jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah owner gazebo ada kat situ,,,ada signage sana

      Delete
  4. ade contact number owner untuk kite booking x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada contact nombor,,ianya berdasar siapa cepat dia dapat. Tak boleh booking

      Delete
  5. Tumpang tanya. Gazebo yang tuan pilih RM20 tu pun disertakan dengan dapur tempat bakar ayam tu skali ke? Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Dapur dan tempat bakar tu memang di sediakan disitu. Kami hanya mengguna jaring bakar tu milik sendiri

      Delete
  6. slm gazebo rm20 siapa cpt die dpt... yg rm80 pun same ye? xblh booking dlu?

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......