Tuesday, May 17, 2016

Taj Mahal, Agra Fort, Delhi (Pt2)


Alhamdullilah selamat tiba dan menyelusuri hanya sebahagian kecil bahagian utara je bumi India yang luas ini. Ketika mula nak menjadikan percutian ni kemain hazab lagi,,macam2 ujian yang dilalui. Memandangkan plan ni dalam jangka masa yang tak lama, hanya 13 orang je yang ikut, bila deal dengan agent dimintak agar cukup kan 20,,,dah tu saban hari mengesa suruh cari lagi ramai,,haish,,memang tension dengan dia ni, dah ni aje yang ada.

Tapi dalam tu cuba jugak lah tanya if ada sesiapa yang berminat nak join tapi,,,jawapan adakalanya menyakitkan jugak...bila dengar je nak ke India,,,terus cakap eiiyyy tak minat la kotor sana tu,,,tak nak kena cerry berry le dan cakap wat pe pergi tempat yang bergolak mungkin tak selamat la bagai,,dan lagi satu cakap baik gi umrah dari gi sini. Bukan nak menidak kan hal umrah tu tapi kebanyakan yang ada dalam group ni dah ke umrah dan  jugak dah siap buat Haji,,,kalau ada pun lom  pergi macam aku ni sebab itu semua aturan Allah..walau aku plan begini dia jadi begitu pasti ada yang terbaik yang Allah nak bagi bila waktu yang benar2 diaturnya. Rasanya kalau tak berminat nak pergi trip ni tak perlu la nak kecam dan keluar berbagai alasan yang buat orang yang nak pergi ni rasa macam pergi ke tempat yang tak berguna...eh eh eh teremosi pulak cik kiah nih...

Ok cukup le curahan rasa tu,,,ni na cerita bila dah sampai ke sini..Subahanalllah...tengok kebesaran Allah yang menciptakan anugerah alam tercantik di lembah Kashmir ni,,,setiap jam perjalanan tidak putus dengan keindahan dan damai rasa bila tengok suasana tu.. Dan lagi satu antara 7 keajaiban dunia...Taj Mahal antara yang sangat aku kagum bila tenguk nilai2 pembinaanya, Walau dah hampir 400 tahun tak jangka begitu dah teknologi diorang capai dalam bidang pembinaan dan seni. Masa dah tengok sendiri ni baru lah menghargai dan kagum jika dulu just tengok2 gambar dan baca2 je.
Sangat berbaloi untuk lawat tempat sejarah dan tengok keupayaan dalam pembinaan dan seni ni.
Abadikan gambar dulu , rasanya semua yang datang pasti stop sini untuk bergambar nak nampak full Taj Mahal.
Walau panas terik tapi berangin,,tak berpeluh pun,,,so kibar kibar shawl lah sini jab.
Taj Mahal yang didengar dan dibaca dari buku sejarah sekolah dulu kini dah depan mata....
Dihadapan pintu utama nak masuk ke Taj Mahal

Membelakangi dinding Taj Mahal yang berukiran, bila di amati banyak antara batuan ukiran tu yang telah dicuri atau dikorek, sayangnya,,mungkin dahulu penjagaan agak longgar so banyak berlaku kecurian.
Sayang sungguh..
Membelakangi pintu masuk tadi



Taj Mahal dari sisi pandangan bila masuk dari pintu entrance tadi.Masyallah anggun dan tersergam cantik,
 
Pintu entrance dari pandangan sebelah dalam  berhadapan Taj mahal

Untuk naik ke Taj Mahal tu kena naik tangga yang agak tinggi dan curam ni,,,untuk yang kurang stamina dan yang sakit sakit lutut terjelir lidah jugak lah nak nyampai atas ni...Ni semasa turun.

 
Dari tingkat atas bangunan Taj selepas naik tangga tadi, membelakangi pintu entrance tadi.
Stokin kasut yang kena guna kat sini,,pakage stokin ni dah siap sekali dengan tiket entrance dan jugak sebotol mineral water,,,memang haus masa round sini,,minum sebotol rasa tak cukup...namun cukup untuk basah tekak ...tiada sebarang kedai jualan kat dalam ni,,untuk kebersihan lah jugak kan.Beg pun discan dan tiada sebarang makanan dan benda tajam dibenarkan  walaupun pen.
Lorong semasa nak keluar dari Taj Mahal
Kagum sekali bila tenguk segala ukiran ni,,,sebelum ni tak dapat hayati bila takat baca baca je,,,
Ukiran ni dari batu2 bermutu seperti zamrud, delima, nilam dan berbagai  ia dicanaikan di gamkan diukiran tu...paling menarik sekali ialah ciri2 natural lighting kat dalam bangunan Taj Mahal ni..
Batu2 dia pulak ialah batu2 yang akan membalikkan cahaya..
kalau malam bulan penuh, seluruh Taj mahal ni akan berkelipan....
Tempat dimana kubur Shah  Jahan dan isterinya tidak dibenarkan kamera, tapi bila masuk kat dalam terasa dingin mungkin sebab batuan mar mar ni dan seperti meresap semangat Shah Jahan dan Mumtaz ni,,,,, yang dilihat 2 kubur tu hanya replika , yang betul2 ialah dibahagian bawah tak boleh masuk.Disekeliling dinding dalam hiasan  tulisan kaligrafi ayat ayat Al Quran dan ukiran ari batuan2 yang bernilai tinggi.
Petugas bahagian tempat tu pun ada wat demo dia suluh batu tu pakai lampu led.. woww mengerlib cantik weyyy!!! kagum nau bila tenguk ni balikan cahaya dari batu tu cantik kemain.
Cuba bayangkan kalau malam hari disinari dengan  cahaya bulan... indahnye!


Ukir, Canai batu,gam kedalam ukiran dan kilatkan setelah siap,,,bukan sesuatu yang mudah,,ia kerja rumit, berseni dan paling penting tahap kesabaran yang sangt tinggi.
  Selepas melawat Taj Mahal kami pergi ke sebuah kedai yang menjual barang perhiasan yang cara ukiran dan hiasan nya sama dengan hiasan di dinding Taj Mahal. Baru tau bagaimana step seni ukir tu bila dorang tunjuk demo,,,memang rumit dan halus caranya..

Dalam kedai hiasan barangan hiasan dibuat seperti ukiran Taj. harga setanding dengan kualiti pembuatannya. Antara paling murah side table yang paling kecil berharga RM1200
Harga mencecah puluhan ribu RM...namun ia berbaloi setanding kualiti pembuatan.
Kesimpulan lawatan ke Taj mahal ni baru tau kenapa
 ia termasuk dalam listed 7 wonders of the world. Ia sememangnya layak. 
overall, pengalaman berada di sana in personal, tak terkata nak describe,bergantung la pada seseorang bila menghayatinya.
Tamat episod Taj Mahal..
Dihari yang selepas melawat Taj Mahal kami ke Agra Fort tidak jauh dari Taj, jika dilihat just seberang sungai Yamuna.Bila tenguk tembuk batu yang melingkari ni macam biasa je tapi bila masuk dan tenguk kat dalam ,,,uhhh dahsyatt,,luas teramat dan seni bina yang sangat2 memukau.Ia dibina masa pemeritahan Raja Akhbar....lepas tu baru Shah Jahan take over

Selepas masuk dari entrance kena berjalan dijalan yang curam dan tinggi kemain ni,,,semua guna gear satu dah masa ni,,kenapa begini? Ia dibina begini bersebab, setiap ciri pembinaan istana ni bersebab.


 Di kiri and kanan tembok ni, kita akan dapat lihat ada alur..
alur tu ialah untuk mengalirkan air panas menggelegak ketika berlakunya serangan..  dengan tujuan untuk bagi askar2 musuh melecur kalau panjat tembuk ni nak masuk.

Jalan nak naik ni dibuat berbukit curam agar dapat gulingkan batu2 besar dari atas sana menghala kebawah if musuh nak datang dan abis lah musuh dilenyek dek batu besar yang digulingkan dari atas tu.Smart kan,,,dari melecur sampai penyek kalau cuba2 nak tawan sini.
Dek curam kemain rombongan chek kiah ni pun dah termengah2 nak sampai atas tu.
impressive defensing system
Disekeliling luar tembuk ni pulak ada kawasan untuk ternakan binatang buas,,,ada sebab disamping Raja seronok boleh tenguk2 binatang binatang peliharaan nya tu,,, ,,kalau musuh nak ceroboh tu dah sah kena ngap dulu ngn singa, harimau,,buaya berbagai sana sebab kena lalu tempat tu dulu kalau nak menceroboh.....
 
Ruang dimana Shah Jahan dipenjara oleh anaknya Aurengzab.

Apabila Shah Jahan take over, and wife dia Mumtaz mati, dia bina Taj mahal di lokasi yang dapat dilihat dari view di balai tinjau dia ni.. jauh di mata, dekat di hati..

 Anak Shah jahan ni  penjara bapak dia ni bila dia tau bapak dia ni nak bina Black Taj Mahal untuk diri dia sendiri selepas dia bina Taj Mahal untuk Mumtaz..
tapi tu la argument anak dia tu, kalau bina black Taj mahal, memakan kos belanja yang besar.. nanti bila dia take over kingdom tu nanti takde duit lak kerajaan kan.


Ukiran seni di Musamman Burj cantik teramat.


Aurengzab tidak lah penjara bapa dia kat penjara bawah tanah tu tapi kat dalam ruang yang dipanggil Musamman Burj dalam istana ni
cantik je penjara dia pun... lebih tepat lagi, macam house arrest je la.. bukan penjara le giteww.

So Maharaja Shah jahan menghabiskan sisa umurnya di kawasan tu je la.. .dan dari kawasan tu boleh nampak direct view ke Taj Mahal.. kira considerate la jugak anak dia ni..dia tau sibapa begitu centa ngan mak so dia boleh tenguk bukti cinta tu dari sini.

Dari istana ni boleh nampak Taj Mahal yang besebelah dengan sungai Yamuna
Due time, mata Shah Jahan ni dah tak berapa sharp, dan rabun.. so dia letak batu permata diamond kat dinding2 "penjara" ni so that bapak dia leh tengok la relfection Taj Mahal tu from batu permata tu.... smart kan...

Salah satu tempat dalam istana tu...luas ni

Kalau dulu pintu da tingkap ni guna langsir yang tebal yang terbaik,,,sebab sini ia tiada berdaun pintu.


Ukiran bumbung diruang bilik Maharaja,,,tak terucap dengan kata2 ,,,cantik, tapi kalau tenguk ni tak de lah cantik kan,,,citer sebenarnya gini,,asal ukiran ni diukir atas white marble, dan di setiap ukiran tu disalut pulak dengan emas tulin,,,,tutup mata bayangkan gabungan emas dan white marble tu,,marbeles kann,,
Tapiii kemusnahan berlaku bila dah ditawan dalam salah satu era pemerintahan masa tu, jugak bilik ni dibakar. Namun setelah pemerintah bertukar ganti adalah inisiatif menghidupkan kesenian ni,,maka di buat pemulihan semula tapi sayangnya emas yang menyaluti ukiran musnah dan hilang. Tapi walaupun pemulihan telah dilakukan sampai sekarang bilik ni dah berwarna kecoklatan.....sedihkan namun teruja sebab dapat tenguk juga tinggalan apa yang ada ni.
Sangat lah luasnya,,, hanya kami beberapa oarang je yang ikut TG round istana ni, yang tidak upaya duduk satu tempat tunggu kami habis tour...penat tapi puas hati dengan apa yang dilihat dan dengar cerita TG
Dah penat niii..
 Kita akan lihat 2 prtembungan budaya agama dari segi arkitektur.
Raja Akhbar ni dulu ada isteri yang beragama Hindu..
sebab sayangnya dia pada isteri dia tu, dia bina sebuah kuil Hindu dalam istana dia, khas untuk isterinya beribadat. Akhbar ialah seorang raja beragama Islam.

Ada dalam salah satu ruang bilik dibilik bersegi segi dengan berbagai angle,,,teknologi ni bole dengar suara bila berbisik2 dari satu sudut ke sudut lain,,,best kan,,,romantik gitu raja niii. so bilik ni Raja bole main bisik bisik tapi dapat didengar walau berada disudut mana pun...Awww..
 Bahagian terakhir yang kami lawat ialah bahagian balai di mana raja dan para panglima dan menteri akan duduk bersama rakyat jelata if ada apa2 announcement..
 Tengah2 tu tempat duduk raja with menteri dia..
kiri kanan yang macam tingkap tu tempat duduk permaisuri2 raja..

 Yang menarik pasal balai ni ialah ada banyak tiang kat balai ni..
tapi tak satu pun tiang ni yang akan blok view rakyat untuk tengok muka raja and permaisuri tu.... Bayangkan betapa genius arkitek buat ukuran angle ni
Pic dari google,,lupa nak ambik dari jarak jauh
 view daripintu masuk ke balai ni ada 2 pintu masuk utara dan selatan.
Rakyat yang masuk je straight away leh tengok direct raja and permaisuri dia duduk kat tempat dia.. takde tiang yang halang pun from both side....
 dari depan pun sama.
nampak straight tempat duduk raja..
sepanjang jalan dari pintu masuk tu sampai la ke dataran dia, memang tiang2 yang banyak tu tak sebatang akan blok view rakyat dari tgk raja and permaisuri...
Pic dari google sebab x sempat masuk sini ,...just cerita je dari TG
Ruang ni ialah tempat spa permaisuri,,ia gelap dan suram dek tertutup , tapi teknologi tampalan cermin kecik2 penuh dibumbung tu akan balik kan cahaya menerangi seluruh ruang walau dengan sebatang lilin je...pencahayaan just nice untuk spa dan tenteramkan fikiran.Ruang ni tak dpat masuk sebab kena bayar charge lain,,,so skip yg ni sebab dah tak cukup masa.
 Impressive sesangat bila selesai lawat Agra Fort ni,,,so sesiapa ke India.tempat ni kena pergi.Ok sekarang kembali semula ke Delhi sebab tour dah abis.

 last day kat Delhi seblum balik kami bermalam di Taj Princess ni,,walau pun luar nampak cam deret kedai je tapi dlam dia cantik dan selesa. Keluar je hotel ni adalah lorong tempat shopping yang sangat panjang dan luas,,,so kiranya tempat abis kan rupee la.
Pagi breakfast dulu sebelum shopping
Time check out untuk ke airport, flight malam....luggage kan anggkut dengan beca ni sebab lorong agak kecik bas tak bole masuk...hanya luggage..orang jalan kaki je ..tak jauh
Masa check out hotel ni,,,semua beg dah berlambak kat lobyy..flight malam, ikut plan petang baru bas hantar ke airport...so camne niii. Baru tau yang TG dari Kl Miss Dev tiada disini,,tidur kat rumah sedara dia sana katanya...Ish ish...dalam tertunggu apa next..tetiba dapat wasap dari Miss Dev, yang mengatakan dia otw sini dan teperangkap dalam kesesakan jalanraya,,,dan mintak tolong kumpulkan semua peserta beritau semua agar bersabar dan tungu dia.   Kami lunch dulu kat hotel tu dengan luggage berlambak kat loby. Dalam sejam dia tiba dan say sorry, pastu dia mintak pihak hotel bagi 2 bilik hotel untuk letak barang2 sementara petang. so sini kami share ramai2 dan sesiapa yang upaya terus sambung shopping kat bawah tu,,yang tak upaya dah duduk dlam bilik. Sebelum bas sampai buat solat dulu,,,settle
Keluar je hotel segala kedai baju warna warni sampai nak juling mata dah.
Malam orang ramai sangat...tak de aktiviti apa pon,,,sume dok melanggut tengok ni jer.
Malam sebelum ni sempat singgah ke India Gate,,,waktu malam.
Sari sari Sari....cantik,,tapi kena pandai carik untuk sesuaikan if nk bauat baju kurung.Tak semua material dan design sesuai ngn feshen baju kurung.
First day di Delhi...Open Market. Dah lupa jalan apa tah.Dapat jugak lah beli baju blouse dari cotton ,,,murah sangat.Barang hiasan jangan cakap berrrbagai..alas meja huh....merelip kemain,,,murah jer.
Sebelum ke Airport sempat lunch kat Hotel Princess ni...kira tamat lah dengan last lunch ni
Dalam misi habiskan rupee yang ada...

Suasana di Delhi agak menyedihkan ramai peminta sedekah dari kanak kanak yang kelihatan kotor dan comot dari usia bayi sampaikan remaja,,TG nasihatkan jangan diberi duit kerana akan ramai yang kerumun,,,tapi dapat idea nak bantu diorang,,semasa lunch dan dinner kami dihidangkan banyak makanan dah tentu tak terhabis,,terutama roti nan yang wajib dihidangkan tiap kali,,,so kumpul kan yang tak abis ni dalam bekas dan bila keluar kami sedekahkan pada kanak kanak yang rmai kat luar tu,,,nampak diorang makan dengan lahapnya dan ucap ,,,mungkin as terima kasih dalam bahasa dia,,pastu siap menari nari as TQ jugak...
Kat sini sesuatu yang patut difikirkan betapa beruntung nya kita rakyat Malaysia yang punya segala kemudahan dan tidak senasip dengan ramai rakyat India ni.



Tak sangka dapat jumpa  Sharleez bloger My Journey..My Life...My family.Masa first day kat Delhi , kami menginap di hotel yang sama.Masa kat airport tadi dah jumpa dia sedang uruskan groupnya,,Nak ikutkan sepatutnya aku ikut dia ni,,tapi dah 
penuh,,,namun aturan Allah kami jumpa juga dimasa dan tarikh yang sama pergi dan balik...Moga dia berjaya dalam impian untuk bisness jalan jalan ni.

Thursday, May 5, 2016

Kashmir , Agra, Delhi (pt 1)



Alhamdulillah trip tahun ni dimulai dengan selamat sampai ke bumi India.Pada mulanya trip ni bagai tak menjadi,berbagai hal yang tak setle dan kalau ikut kan ada perancangan lain yang sepatutnya. Namun segalanya ada ketentuan Allah.Mula urus dengan agent atas rekomen seseorang. Tidak seperti selalu kali ni cuba agent ni yg dikatakan sangat bagus untuk trip ke India ni. Hanya 12 orang saja dapat menyertai kali ni..termasuk 3 orang yang first time ikut group ni travel.Tour guide dari agent ni perlukan 20 atau lebih kalau diikutkan. .tapi sebab tak sampai sasaran so dicampur kn dengan orang yang berurusan direct dengan dia..
Tour guide wakil dari agent terkenal di kl ni kita nama kn Miss Dev. Panjang dan berliku cerita trip kali ni ala cerita Hisdustan jugak.
Mula dengan hari pertama flight kami pagi pada 16 April kena pegi 3 jam awal untuk urusan check, pukul 3 pagi mata dah celik..so terus bersiap
Langkah pertama turun je dari rumah tah camna ''berdebuk'' jatuh dek silap pijak  ketika nuju kereta..jatuh hampir koyak seluar dibahagian lutut yang dipakai...dalam hati berdoa janganlah ada sebarang musibah lagi. Namun rupernya ini baru starting, beberapa insiden berlaku satu demi satu.
Tiba di KLIA kumpul group 12 orang ni jumpa kat gate 3..lepas tu Miss Dev call untuk urusan check in. Nampak dia sibuk urus orang dia yang 9 orang tu. Masa nak cari seat dalam flight nampak Miss Dev dah santai duduk kat bahagian business class. Kami terus kebelakang ke bahagian economi seat.

Selepas 5 jam perjalanan selamat tiba di Indira Gandhi Airport Delhi. Masa ni Miss Dev tetiba kelam kabut dan muka ketat sambil beri isyarat tangan suruh kami pergi buat pengesahan visa online dimana kena tepek tapak tangan kat screen, dia dan orangnya ke bahagian manual. Agak leceh jugak cara ni adakalanya cap jari seseorang susah nak read kat screen tu, sampai kena cuci dan sapu losyen bagai baru ok.
Dalam perjalanan nuju ke tempat conveyer  tu baru nampak Miss Dev dan dia datang tanya ..hows everybody? ..dalam hati kalau dah 12 kami dah ada ni makna tadi ok je lah..Dia merunggut dan marah2 katanya kelam kabut sebab 2 orang yang under dia tertinggal flight, dan dari percakpan sekarang masing masing menyalahkan satu sama lain,,so 2 orang tu kena beli tiket lain dan tiba lewat malam. Tapi biarkan dia settlekan hal tu.
Namun satu lagi insiden berlaku selepas semua luggage keluar, luggage kak Ani salah seorang warga emas dalam group aku ni pecah,,,kiranya bertebaran baju dan segala isi beg,untuk sementara pihak airport  menggunakan plastik wrap, isi borang claim dan katanya akan hantar beg ganti dihotel pada pada esok pagi.

 Tidur semalaman di Hotel ITC Dwarma ini, esok tengahari baru naik satu lagi domestic flight untuk ke Kashmir.
Semasa breakfast di hotel ni  nampak keriasaun dari wajah kak Ani dimana beg nya masih belum berganti,,mau tak risau dengan sarat persalinan untuk seminggu tapi tidak berbekas,,,terus cari Miss Dev yang sedang minum situ,,,dan dia tak ada apa bole dibuat sebab diorang tak hantar seperti dijanjikan. So ambik inisiatif bagi kak Ani beg extra yang ada dibawak dan suruh dia isi apa yang bole dan jika tidak tumpang je beg sesiapa,Nasip baik settle.
  
 
Lupakan seketika insiden demi inseiden yang berlaku, kini dah atas Indigo flight untuk ke Srinagar. Ia adalah ibu negeri bagi Jammu dan Kashmir. Perjalanan selama satu jam lebih.Bila tengok pemandangan dari atas,,,wee cantiknya...hilang stress semasa urusan check in tadi,,,staf airport selalu bawak seseorang untuk potong Q hingga akhirnya kesabaran seseorang dalam barisan kami semestinya salah seorang tourist jugak mula bersuara memebantah agar ikut aturan dan kami ramai2 tepuk tangan untuk sokongan untuknya. Namun hanya seketika lepas tu satu demi satu dia mencelah..huh,,,,,
  
Kami disambut oleh Tour Guide dari Kashmir dan menyediakan 2 buah van untuk kami seramai 22 orang ni. Semasa dalam perjalanan menuju ke tempat penginapan driver dah siap putarkan lagu dari filem Bobby ...wah nostalgianya terutama warga yang seangkatan aku ,,,sebab itu zaman kami dimana pengambaran filem tu kat Kashmir .  Dahsyatnya filem tu jadi kegilaan di tahun 70 an,,dan tak menduga dan tak terfikir aku tiba ditempatkan yang jadik sebutan dulu ni.
Masa tiba hujan lebat dan cuaca sejuk, bercakap pun dah keluar asap kat mulut.

Tasik Dall terletak di Srinagar,ibu negeri Jammu & Kashmir. Ia adalah tasik yang terbesar di bandar tersebut dan merupakan salah satu kawasan tumpuan.

Tasik ini sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu, Dal Lake, Gagribal, Lokut Dal dan Nagin. Melancong ke Kashmir bagaikan tidak lengkap andainya tidak berkunjung ke tasik ini. Disini lah kami menginap dalam sebuah houseboat selama 3 malam.


Disini penggunaan bot berenjin dilarang, maka suasananya sangat tenang dan air sangat bersih.
 Berbagai jenis houseboat ada disini,,pilihan ditangan sendiri mengikut class2 yang tertentu.
Suasana ni dalam waktu maghrib ketika pulang dari aktiviti lawatan untuk hari kedua
Bayangkan selama 3 hari begini lah kami keluar pagi untuk tour dan balik hampir maghrib untuk berehat di houseboat. Rasa macam terpisah dari dunia luar,,,lupa seketika panas, bising jalanraya yang dihadapi hari2 sebelum ni.
Suasana di plantar houseboat kami....5 biji houseboat untuk group kami. Sebuah houseboat terdapat 3 bilik.Setiap bilik untuk berdua.
Selepas subuh dah keluar tengok aktiviti ditasik ni...Sampan kecil tu membersihkan rumpai dan membawanya kesatu tempat untuk dijadikan baja bunga katanya.Suasana malam amat hening dan sesekali terdengar bunyi kuakan air oleh sampan2 kecil ni.

Pemandangan semasa menaiki shikara ni semasa keluar untuk tour di pagi hari.
Rasa teperangkap dalam dunia asing yang cantik dan aman tenang.
Posing semasa tunggu Yusof sediakan breakfast sebelum start tour pagi ini

Ruang tamu di houseboat, luas dan bersih
Ruang meja makan malam dan sarapan kami


Balcony depan houseboat
Bilik air dengan kemudah air panas dan baththub




Setiap rumah akan ada seorang  butler yang akan sentiasa membantu kita. Mereka akan angkatkan beg, hidupkan pemanas bilik, hidang makanan dan macam-macam lagi. Tukang masak pula akan masak mengikut apa permintaan kita. Service mereka adalah yang terbaik. Selesai dinner Yusof dah siap ambik order menu apa untuk breakfast.
kami disambut oleh anak muda bernama Yusof yang menguruskan segala hal kediaman ini.



Paling diingat sampai kini, setiap breakfast pasti kashmir omelete with vege tu sangat sedap dan aroma roti bakar harum semasa bersiap untuk aktiviti harian, dan semestinya roti nan tak pernah tiada setiap hari.
Salah satu menu dinner kami..nasi basmathi yang halus dan kambing ...,masak apa dah lupa..sedap

Dimalam terakhir Yusof telah menyediakan kashimiri Beriani yang enak amat amat. Kami berlima boleh menghabiskan seperiok beriani tu mungkin dek hari tu terlalu penat berjalan ditambah cuaca oiii sejuk kemain dan dek sedap beriani tu lagi...
 
Hari kedua kami menuju ke Gulmarg. 56 Km dari Srinagar, perjalanan lebih kurang 2 jam. Pergunungan ini masih diselimuti salji walau kini dah musim bunga. Sebelum nak tiba singgah dulu tempat sewaan baju yang khas untuk salji jika yang dipakai tidak sesuai ditakuti basah pulak terutama kasut yang sesuai.






Kashmir mendapat gelaran wilayah tercantik di dunia. Mengikut satu catatan Bernier iaitu orang eropah yang pertama memasuki Kashmir.  Ramai juga yang menggelar Kashmir sebagai 'the paradise on the earth'.






Untuk sampai dikawasan salji ni menaiki gondola ride. kat sini satu lagi insiden berlaku pada kak Ani. Semasa nak naik gondola ni ia tak kan berhenti lama ia akan terus bergerak dan kita kena cepat naik. Ini agak merisaukan jugak terutama pada yang agak kurang keupayaan dan kudrat.Dan ia benar terjadi dek kerana tak slesa dengan kasut boot yang diguna dan kudrat ,,dia jatuh tertiarap dengan keadaan separuh badan kedalam dan kaki keluar,,,aduh,,,dan dengan bantuan partner yang satu gondola dan petugas semua selamat naik walau cemas jugak tadi...namun akibatnya kaki dia bengkak kedua belah...berdoa janganlah patah or apa ....
Kashmir sangat terkenal dengan keindahan panorama pergunungan Himalaya sejak dari dulu lagi. Di dalam peta, Kashmir digambarkan sebagai salah satu lembah yang terpencil di pinggir turutan gunung Himalaya yang terletak tinggi di dataran benua kecil Asia selatan.

Perkampungan Gipsy,,semasa otw ke Pahalgam


Sepanjang perjalanan berjam2 pemandangan sangat la cantek,,,rugi pada yang tertidur dalam perjalanan,,,tak perlu pilih2 tempat nak abadikan gambar ,,semua cantik,,kiri dan kanan jalan.
 Leka tengok ladang mustad yang mewarnai sepanjang perjalanan, Sesungguhnya Kashmir ni Allah bkurniakan kecantikan alam semula jadi yang hebat, walau kekurangan dari pembangunan dan prasarana ia kekal dengan keunikan alam.


Di dalam houseboat juga akan sentiasa didatangi penjual yang datang bertandang. Antara barang yang mereka jual adalah pashmina, silk, pakaian, batu-batu permata. Mereka juga aktif berjual ketika anda bergerak di dalam boat on the way untuk ke jeti. Just enjoy shopping di Kashmir.Selepas dinner diorang akan mintak izin jika diberi masuk, dia akan masuk if kita penat tak mengapa,,,tapi best jugak bila dah dilambak kan perbagai2 tu maklum bila aktiviti harian tu kita jarang nak singgah kedai sna sini,,so masa ni bole pilih, dalam kata no, no dan geleng kepala,,,dalam hati kata eh,,,cantik pulak.....Rezeki memang Allah dah tentukan tiap hambanya. Dalam rezeki kita adanya rezeki dia.


Singgah disalah sebuah kedai jualan kain. Sesuatu yang baru dilihat sebuah pangkin macam pentas disediakan untuk kirai kain sari yang panjang tu,,,,so takde kotor kena lantai. Kesian bila dah kirai kirai tu berjela panjang dia kena lipat jika tak dibeli.
Lepas acara beli belah ni semua dah tunggu dalam van ikut arahan TG yang dah beri masa atas persetujuan kami semua berapa lama if nak membeli beli ni....tapi kali ni lama jugak semua menuggu rupenya TG kami Miss Dev tak settle membeli lagi,,,wahhh TG lebih sakan membeli tak hengat dunia...bila dirisik rupenya ini lah kali pertama juga dia sampai ke sini..hmmm patut le bila tanya apa seterusnya dia macam blur je. 


Ini antara kedai yang telah di atur oleh TG untuk bershoping ..Carpet carpet dikedai ni memanglah cantik2 namun setanding dengan harganya la jugak...tapi mesti lah ada peminatnya.. Tapi bukan dari group kami ni lah. Masa diorang buat show time  sambil dihidang teh masala tu aku menyelinap dengan 3 orang kawan untuk pergi kedai lain dibawah tu...sebab dah nampak ada jualan lain yang diminati,,tapi rupernya salah sorang dari driver kami ada kat bawah tanya nak kemana,,bila cakap nak beli barang lain dia terus arah pergi ke salah satu kedai ,,,dah macam terpaksa masuk,,,ehhhh tau la U bole dapat komisen tapi we just round je dalam kedai tu terus keluar....hahaa...mana bole paksa kan.


Balik petang dari last day tour

Kashmir ni antara kawasan yang bergolak. Wilayah Kashmir saat ini sebahagian di bawah pemerintahan India, sebagian lagi di Pakistan, dan Cina
 

Untuk meredakan konflik Antara perjanjian damai yang dimeterai oleh kedua belah pihak ialah perjanjian Simla yang telah mewujudkan kawalan sempadan antara kuasa besar asia selatan tersebut. 

Oleh sebab itu, jika anda datang ke Kashmir, anda akan lihat begitu ramai tentera India lengkap bersenjata membuat kawalan ketat di sepanjang jalan. Beg anda juga akan di skrin sebelum sampai ke airport lagi oleh tentera India.Tapi tiada bahaya untuk urusan perlancungan. Ok setakat ni dulu,,,sambung pt2 
Bersama tentera India yang sentiasa bersenjata M16