Monday, January 30, 2012

Muzium RAMD Port Dickson

Minggu ni jalan2 lagi ketempat yg masih beberapa minggu je dilawati baru2 ni. Menuju Melaka lagi. Melalui Pekan Port Dickson tetiba terperasan tentang Muzium Renjimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), lalu singgah la untuk memanfaatkan perjalanan yang tak rancang ni.

 Kecik cenonit je muzium ni.Tapi dalamnya terkandung khazanah kenangan silam.

Sebelum masuk posing dulu dengan anak2.
 Kalau menda ni ada kat rumah sure Apit akan repair dan belek segala benda .

 Ooo baru tau camni rupernya tuala wanita 
yang diguna oleh komunis wanita. Basicnya sama je cam laurier, kotex dan segala yang ada sekarang cuma kini dah upgrade lagi mudah.


Posing dengan pak cik ni.
 En. D membelek buku besar news paper cutting dan gambar lama.

 Huh sedih pulak bila baca cerita tentang Lt. Adnan ni. Al Fatihah buat nya.


 Khazanah tinggalan komunis dulu. Tong beras

 Tulisan orang dulu2 sangat cantik dan teratur.Nostalgia tgk hand writting sebegini.


Meneruskan perjalanan ke Melaka, kali ni kena singgah kat sini stock Malaysian butter ku dah abis.Tak suka guna belacan Penang sebab bau yang sangat kuat. Dari dulu hingga kini hanya guna belacan Melaka je.Keluaran latest belacan yang dah siap dibakar dan dibentuk dalam kiub2 kecil sangat praktikal.


 Meneruskan perjalanan ke Melaka dengan menyusuri perkampungan tepi laut Kuala Sungai Baru.Seronok lalu dan tengan life diorang kat sini.


 Laut hanya beberapa meter je dari belakang rumah, tak perlu nak sewa chalet atau resort yang seaview.Masa lalu ni kebanyakan penduduk kampung duduk rehat kat tempat duduk kat tepi rumah sambil minum petang sambil bergosip2 kot sesama jiran tetangga.
Ke Umbai lagi untuk menikmati ikan bakar sini. Paling suker sayur goreng campur kat sini ,sangat sedap

 Sementara tunggu lauk yang diorder, pekena nasik lemak dulu. Walau sampai kedai ni baru bukak tapi dah dapat  nombor 55 kat trofi tu bila kita dah pilih lauk utk dimasak.Tapi service sangat cepat walau sentiasa ramai.


 Hari minggu ke Sungai Buluh untuk mengganti bunga2 yang dah nazak dan nyawa2 ikan kat rumah tu. Tapi bunga tu nak mati bukan sebab tuannye x serasi menanam tapi kurang baja dan akar dah penuh kat pasu. Kalau dah kesini sure asyik dan tak sedar beli itu ini sampai purse pulak yang nazak.


 ''Tatkala melihat orang lain bahagia, tentu setiap manusia mengimpikan yang sama.. namun jangan di cemburukan kebahagiaan yang menjadi milik mereka, kerana setiap manusia Allah telah sediakan bahagiannya.. bersyukurlah dengan apa yang kita punya, nescaya Allah akan menambah nikmatnya.. kerana bahagia tu bukanlah apabila kita mendapatkan apa yang kita idamkan tetapi bahagia itu terasa bila Allah menghadirkan rasa bahagia itu walaupun pada jalan yang berbeza. kerana, RASA BAHAGIA ITU KURNIAANNYA."
Kata2 kat atas ni telah di cut  paste dari FB seorang rakan. Betul tu bahagia ada bebagai cara yang Allah sediakan untuk setiap orang dengan cara yang berbeza. Walau pun dengan mengumpul dan meminati sesuatu itu pon bahagia jugak kannnn...

Monday, January 16, 2012

Kapal Selam Melaka dan Ikan bakar

Minggu ni plan tanpa rancang terjadi dengan meyusuri Port Dickson telah masuk sempadan negeri Melaka.Kebetulan cerita tentang kapal selam yang ala2 besi burok ni ada kat Pantai Klebang.Tapi belum la resmi lagi  masih belum boleh masuk dalam kapal lagi.Suasana tempat kapal ni dah macam kat padang pasir sebab kawasan tu dulu pantai yang telah di kambus.


Dari jauh kecik je tapiii dan dekat besar rupernya. Tapi kalau siap nanti bole masuk kat dalam kapal ni tapi pasti la ada aircond kan kalau tak harus masuk kering keluar basah kuyup dek peluh.
Dahsyat jugak Melaka ni walau pun cenonit je negerinya tapi perlbagai tarikan ada. Pasti bangga orang Melaka dengar ni kan.
Dan aku dah tau dahhhh saper yang yang amat2 bangga tu.

 Nak jugakk rasa besi burok ni camana.

 Waktu nak balik ramai pulak yang berduyun2 datang tengok kapal ni walau pada mulanya hanya kami jer dan beberapa pengunjung yang datang.

Haa baca lah sendiri asal usul  cerita pasal kapal ni

 Kepada sesape yang minat atau tak minat baca jugak lah ni mana tau kot2 ada soalan pasal ni kot tetibe nak jawap soklan kuiz or temasuk dlm program who wants to be a millionaire ke...mana la tau


 Kalau besi ni terbiar rasanya mesti ada orang Melaka dah jadi jutawan segera jual besi padu ni.

 Kalau dah ke Melaka ni pasti singgah kat Jonker Walk .Pasti ada je yang nak dibeli dan Apit pun setia jadik pengikut mengiringi mak kan, sebab senang nak tunjuk apa yang dia nak.....he he he


 Fruit juice ni sedap dan soda dia macam air oren Long Chan dulu2.Dan perisa lemonade semestinya jadik pilihan.Minum 3 teguk pasti akan sendawa gas dia ni sampai perit hidung.


 Sure tak mabuk....

 Mesti akan ralit kalau kat kedai ni. Dan pilihan yang aku tuju dulu ialah wind chime dia. Comel2 dan unik. Dan semestinya dah dapat satu untuk koleksi. kat sini.

 Ni dia acara yang ditunggu2. Ikan Bakar dekat Umbai. hanya suke kat sini je dari dulu.Kali ni offer adik lelaki dan keluarga join sekali. Diorang memang dah menetap kat Melaka baru2 ni.

Selalunya bila masa pilih2 benda yang nak dimasak rasa macam tak cukup je tapiiii bila sampai rasa terkejut pulak dia jadik banyakkk. Ikan siakap tu dimasak sweet sour sebelah dan sebelah lagi dibakar. Tapi macam biasa la mesti tak habis makan dan beberapa makanan ni dibungkus.

 Nasi lemak sini tak boleh tanding. Kecik dan lemak dan sambal tu yang bestnya.

Udang ni sangat fresh, sepinggan ni untuk 3 orang je yang makan sebab yang lain tak suka udang ...hish memang rugi la tak dapat rasa nikmat udang ni.

 Sotong ranggup dan lembut isinya.

Ketam masak serai ni sedap sangat manis dan secukup rasa. 




Dan terima kasih pada penaja utama....

Setakat ni je cerita lawat2 Melaka. Nanti ada masa datang lagi.

Friday, January 6, 2012

Tahun Baru ,Barang Baru



2011 dah meninggalkan kita kini diambang  2012. Kalau diimbas mulai 1982, 1992 setiap 10 tahun pasti secara kebetulan atau ketentuan Allah sesuatu yg baik pasti akan muncul dalam hidup aku. Semestinya  lah dalam tempoh setiap 10 tahun tu pahit manis suka duka susah senang juga dilalui.Kalau diingatkan yang pahit tu hishhh bole kluar air mata kalau dikenang. Moga 2012 ini yang terbaik tu akan muncul lagi seperti setiap 10 tahun berlalu... ...Hanya  Allah maha mengetahui apa yang tersurat untuk setiap hambanya didunia ini.Hanya Allah yang mengetahui mengapa di tangguh kan dulu apa yang dipinta  demi kebaikan atau pun ujian bagi hambanya, hingga pada satu masa yang sesuai untuk dianugerahkan.  Sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan samada yang getir apatah lagi yang manis. Yang manis tu sangat bermakna setelah melalui kegetiran yang pahit.




Sehari sebelum berakhirnya 2011 sekeluarga ke Digital Mall PJ....Dari abah untuk kak Ann. Toy baru dia. Ramainya kat kiosk Samsung nih..sampai kan staff sales ni tak sempat rehat hingga  makan minum masa tgh layan pelanggan.

Setelah galaxy tab ini ditangan kak Ann sure Apit senyum simpol sebab sah lah jugak labtop kak Ann tu ketangan dia pulak. Ok   harap diorang ini memanfaatkan sebaik mungkin keperluan benda2 ni.




 Explore apa yang patut ye. Tanya apa yang tak paham.Ikut plan lepas beli ni semua akan ke Dental clinic yang hanya depan dengan Mall ni tapi dah tak sempat. Haaa taun baru nak bergigi baru jugak untuk mencungkil, mencuci  apa yang patut setelah menggunakan khidmat si gigi tanpa henti...Dokter gigi pun dah ready nak balik sebab malam ni tahun baru menjelang. Ok lain kali jer ye.

     Ni acara mandi kan si kenit kesayangan kak Ann ni. Berenang sakan sampaikan tebersin kesejukan.Dah mandi dibiarkan bawah matahari nak keringkan bulu tapiiii nyaris malang menjelma akibat asyik tuan nya makan lupa yang sikenit ni dah berjemor macam ikan kering...Dah macam nazak jugak nasip baik ok semula setelah dikipas2kan nak bagi sejuk balik.Kalau tak taun baru pet pon beganti baru jugak. Rasanya tuan nya sanggup kot nak bagi CPR jika diperlukan.







Dannnn... dipermulaan tahun ni jugak tewas dengan godaan simanis Coach ni.Maka bertambah lah lagi apa yang ada. Hissh tak leh tahan . Kak Ann u pasti geleng pale kan kalau tau ianye  sikit lagi nak sama cam harga tab tu.Alaaa last ni jer untuk tahun ni. Stop....no more hand beg , akan pakai sampai ilang colour...Bole caye??? Insyaallah.