Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts
Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Kenduri Kahwin Melaka

Sempena cuti panjang tahun baru cina ramai yang bercuti berjalan2 dan ramai juga buat majlis kenduri kahwin, senang sebab cuti agak panjang. Turun ke Melaka meraikan majlis kahwin anak buah dari sebelah Encik D. Selamat pengantin baru muga bahagia dan kekal hingga akhir hayat khas buat along.Apa jua dugaan yang telah dilalui dan akan ditempuhi semoga menjadikan kita kuat dan tabah dan menjaga ikatan perkahwinan ni sebaik mungkin . 

Ketibaan pengantin


Dah selamat menjadi suami isteri.
Gambar2 pengantin ni diambil dari satu sudut je sebab malas nak bangun2, sebab tu pengantin asyik pandang ke oficial camera je.
Jadi pengantin ni kena ikut je apa arahan dari cameraman. Layan....
Suasana menepek inai dimalam hari
Bunga pahar sekarang sentiasa mengikut aliran fesyen macam orang juga. Berbagai bole dipelbagaikan.Dari telur ayam dah ke telur itik.Dari pahar bercucuk ke pahar bergantung. Apa pun tetap dipanggil bunga pahar.
Katil pengantin ni selalu jadik tempat letak barang hantaran.Snap pic ni siap2 sebab kalau pada hari majlis esok sure susah nak ambik sebab mak andam or pak andam sibuk dengan urusan merias pengantin.

Hiasan meja pengantin pun turut ikut arus trend , bunga lawang dan kayu manis dah tak duduk dalam periok kari. Dah dok melaram kat main table.Kalau rasa2 nak masak kari malas nak kekedai beli rempah ratus ni, cekut je sikit kat atas meja nih.

Sebelum tetamu jemputan datang duduk jab kat kerusi pengantin ni. Kiranya pengantin baru ambik berkat pengantin lama ni dulu yee. Ibu dan bapa pengantin yang berdiri tu .Adik ipar (ibu pengantin perempuan) yang baju biru bercorak tu.


Tuan punya blog wajib kena dalam n3 ni kan. Kebetulan warna baju ngam dengan tema majlis ni.

Sesi bergambar dengan anak buah ni diambil semasa upacara merenjis mawar.  Biar la diorang ambik turn merenjis air mawar, aku dok santai buat acara sendiri. Sebenarnya aku ni amat mengelak kalau di suruh untuk upacara renjis2 tu.Malu  dan pastu tak tau ingat step nak ambik benda apa nak direnjis ke tepek ke pastu malu nak tertonggeng2 kat petrakna tu hah. Rasanya hanya sekali pernah buat atas keterpaksaan semasa majlis adik pengantin perempuan ni 2 tahun yang lepas. Tu pun sebab diseret oleh tah sape.




Pengantin tukar2 baju dalam 5 lai persalinan. Hasil make up pak andam sekarang sangat mengagumkan, memang anugerah untuk kaum diorang ni kalau tang bidang touch up muka ni.




Ni pulak cendol khas untuk semua tetamu, Sampai sekarang teringat kat cendol ni, sangat sedap lemak manis dan isi cendul home made yang kenyal dan semerbak harum pandan.

Badget cendol ni ialah dalam 800 mangkok menurut kata tokey cendol ni , tapi rasanya bole jadik lebih dari tu. Rasanya aku je mengulang minum ni dah 5 mangkok menjelangkan nak abis majlis ni. Sangat sedap dok minum ni dalam cuaca suam2 ni.

Suasana tetamu mula datang.

Kalau tengok dua orang ni mesti dapat agak apakah pertaliannya kan. Adik beradik ler ni.Dua orang ni jugak merangkap sebagai bapa saudara pengantin perempuan.

Buah tangan untuk semua tetamu. Dalam ni kuih baulu.
Pengantin dengan cake kahwin. Cake ni turut kena ikut tema juga.
Selesai sudah majlis ni untuk along. Moga bahagia dan dirahmati Allah untuk kamu berdua.
Selit sikit citer ni, seminggu sebelum majlis kahwin tu adalah cuti yang agak panjang dari jumaat hingga Ahad kerana sambutan hari Wilayah. Ok bagi orang wilayah persekutuan je lah yang dapat cuti ni. Bila dah 3 hari ni kiranya dah mula kaki ni gatal yang berjalan.  Menuju arah ke Kuala Selangor tanpa tujuan tertentu.


Dannnn akhirnya sampai ke Teluk Intan. Lepak jab kat tepi sungai ni.


Senget kan.

Baca la sendiri asal usul menara ni.Mana tau ada soalan am keluar kat mana2 kuiz nanti.

Kena lah gi kat mercu tanda bandar ni kannn. Tak perlu pegi menara pisa Itali sini dah ada. Menara ni asalnya menara jam tapi ia sesenget manara pisa jugak lah. Masa ni ada gerai2 ala2 pasar malam kat sekitar tapak menara ni. Rasanya lebih elok kosongkan dataran ni untuk pelawat lepak2, ni nak ambik angle gambar pun semak je.

DAlam perjalanan tadi terjumpa gerai ni. Walau dah terlepas siap pusing lagi just nak try jugak. Ohh siap ada tanda JJCM dah sampai tu. Beli 2 biji.
Gini le rupanya dari jarak dekat...rasanya hmmmmm takat ok je lah.Rasanya kalau buat inti lagi sedap sure mahal mana pun orang akan beli.Dah tu rupe bentuk muka buminya ...alahaiiii. Sambil membayangkan kalau la meeting kat opis sorang satu pegang karipap ni....buat kipas pun boleh.

Singgah jab kat rumah yang buat perusahaan kerepek kat Tanjung Karang.Murah kalau beli pack besar2 ni kalau dibanding dengan yang dah direpack balik.
Dah lama nak mencuba spesis binatang laut ni, kali ni dapat sebab bila dah malam hanya gerai ni yang ada tu pun dah siap2 nak tutup. Ni dipanggil Mentarang. Tokey ni sugest yang dibakar punya kalau nak rasa the original taste
Ni yang belum dibakar.Seakan kerang tapi ia besar dan panjang. Nak dapat yang elok jangan pilih yang besar sangat sebab isinya agak kecut, pilih yang sederhana sebab tu yang dah matang dan isi padat.
Pelbagai bole dibuat.
Ni isinya bila dah dibakar.Makan dengan bercicah kuah asam or sos. Dan rasanya sangat sedap dan manis, lebih sedap dari kerang atau kepah. 

Sebelum balik semula ke KL singgah kat Pantai Remis untuk dinner. Agak lama tak kesini (Aroma Sea food) dah ada pembaharuan ada tambahan bangunan berdiding rotan. Cantik. Walau pun sangat ramai pelanggan tapi staf diorang efficient, tak sampai 3 minit dah ambik order. Sampai KL pukul 1 pagi. Warga Wilayah yang meraikan hari wilayah di Selangor.Sekian.
Rotiiiii...tq apit yang meraikan gaji pertama dengan membelanja seisi rumah makan roti Jusco.Moga diberkati. Amin...

Friday, June 17, 2011

Majlis kenduri nikah si bongsu

4 Jun 2011 berlangsungnya majlis kenduri untuk adik lelaki bongsu dijalankan. Majlis telah berlangsung dengan meriah dan teratur walau pun terdapat perubahan tanpa dirancang dalam majlis tu.Pada mulanya majlis hanya sekadar jamuan dan makan damai je tapi dalam masa 3 hari plan nak buat acara bersanding pulak.Disebabkan musim ni musim orang kenduri kahwin dapat jugak carik pelamin,pasukan kompang saat last minit jugak karaoke. 





Pengantin kena mendaki jalan bukit ni nak menuju kerumah

Paluan kompang dari sicilik














Antara cenderahati untuk semua tetamu juga diberi nasi berkat pada saudara mara dan rakan rakan yang datang dari jauh






Cenderahati untuk semua tetamu yang hadir


Canopy pusat operasi tuan rumah menyambut tetamu

Sebelum tetamu mula datang ambik kesempatan ni gambar bersama anggota keluarga.....sebelum make up cair dek kepanasan kejab lagi



Mudah sekarang, 13 kotak ni telah diterima melalui kurier sehari sebelum majlis yang mengandungi 1800 kotak cenderahati pada semua tetamu iaitu baulu kemboja yang diorder dari perusahaan kecil di Hulu Langat.



Majlis dah kepenghujung. Selesai sudah acara hari ini . Alhamdulilah
Sedang meyediakan godie bag untk kumpulan marhaban, dalam bag tu sebiji mug, mangkok sos dan gula2 kelapa, dodol dan bunga telur.
Antara cenderahati untk main table, juga untuk saudara mara dan kumpulan marhaban .
Ni acara melepaskan anak tupai yang telah dijumpai dalam gulung carpet semasa kemas rumah.So anak tupai ni dilepaskan agar dapat melalui habitat asalnya.

Bilik pengantin dihias sederhana. Tirai sliding door telah dinaik taraf untuk hiasan dibilik pengantin.

Ambik kesempatan sebelum pelamin dibuka

Acara merhaban dan bacaaan yasin dari kumpulan orang2 kampung


Kak Ann minum air yasin setelah upacara bacaan yassin dan marhaban pada malam hari.
Pic ni semasa upacara akad nikah pada 27 Mei 2011 dirumah pengantin perempuan.


Hadiah surprise dari abah untuk menantu perempuan bongsu seutas rantai tangan telah dipakaikan abah selepas acara merenjis tepung tawar pada malam berinai

Ini antara pic anggota keluarga yang ada pada malam tu


Perarakan untuk majlis bersanding di hari langsung. Tidak ramai dalam perarakan ni kerana sebahagian anggota keluarga tunggu kat bawah pokok sebab tak tahan panas dan masalah tak larat nak jalan, so half way diorang sambung la perarakan ni
.

Haa... ni acara yang yang tidak asing bagi orang Johor. Acara tol tapi kami dah diberitahu awal2 ada upacara ni so dah siap prepare siap duit tol ni.Acara ni memang meriah kalau pengapit pandai cakap untuk melepaskan pengantin untuk kepelamin.


Tol yang ke 5 ni,,,,duit dekat nak abis dah ni

Tol paling mahal kat mak andam la nih. RM60.00 ke mak andam baru pengantin dapat duk kat kurusi ni.



Selesai sudah majlis ni semuanya berjalan lancar dan teratur. Kami adik beradik telah membuat sedaya upaya sesempurna yang boleh dengan sokongan dari abah dan ini lah hasilnya. Majlis terakhir dalam adik beradik seramai 4 orang.