Friday, January 29, 2016

...Kau Pergi Jua.....

Assalamualaikum dan salam sayang .Permulaan tahun 2016 dengan kisah sedih. Dalam kemeriahan meraikan kedatangan tahun baru keluarga kami kehilangan penyeri merangkap penghibur dalam rumah ni.Arnab yang dibela semasa usia 2 bulan  diberi nama Soya berbulu putih dan cincau yang berbulu hitam telah diserang penyakit yang tak diketahui dan mati. Cincau mendahului beberapa minggu dan diikuti soya.


Soya ketika usia 2 bulan. Comel sangat.Soya ni punya alis mata yang cantik seperti bercelak...Nampak macam mata dia besar dan galak.


Cincau dan Soya...Memang cincau suka menghimpit soya,,,dan soya pun suka dengan keadaan gini.
Dua minggu sebelum Cincau mati,,,dia sangat aktif ,macam biasa bila dilepas dari cage dia akan melompat lompat berpusing2 di kaki kak Ann .Itu habitat jika arnab dalam mood yang riang dan seronok.
Esoknya tetiba nampak bahagian telur dia bengkak dan sejak itu dia mula tak aktif...just sapu minyak sebab ingatkan tunggau ke apa..lepas tu nampak macam ok tapi selera makan dia kurang...masuk minggu kedua makin susut dan suka menyorok disudut sudut  tempat macam nak sembunyi..Disebabkan sibuk kerja usaha nak bawak kelinik tertunda dan ikut rancangan nak bawak dia pergi klinik keesokan hari,,,rupernya malam tu dia mati...
Bila lepas dari cage dia berlari dengan lajunya kebawah katil...dan sejam pastu terdengar bunyi decitan dan  dengusan yg pelik,,puas panggil dan umpan dengan sayur dan berbagai tapi tak mahu keluar...Hingga pagi esok nya nampak tubuh Cincau dah tak bernyawa...Adakah habitat arnab akan mencarik tempat yang sulit bila nak mati.....

Kenakalan dan kecomelan dua ekor ni tidak dapat dilupakan ....suka gigit wire ,suka makan apa yang kami suka makan,,,dan suka gigit2 manja tangan kita kalau dalam keadaan nak main2 dan hidung gerak2 dan panjat2 kita jika terbau cake atau biskut coklat yang paling disukainya.


Selang beberapa minggu Cincau pergi ,,Soya mula dilihat tak aktif , kurang makan. Selepas kematian Cincau dia selalu masuk ke bawah katil dimana Cincau menghabiskan saat akhirnya dulu..Mungkin masih ada bau Cincau disitu dan dia tercari cari.....sedih tengok gini.  Pagi itu nampak Soya kencing berdarah dan tidak mahu makan dan minum.
 Soya ni special sikit dia suka makan apa jer yang kami makan terutama makanan yang ada basic cheese  dan biskut coklat, paling dia suka cake. Kalau makan biskut coklat pasti akan datang sampai panjat2 sampai kat mulut kita yang tengah ngunyah.
Bila diumpan dengan makanan kegemarannya dia tak nak dan mula duduk tempat sunyi macam menyorok dan mula tak sedap hati..Buat keputusan bawak pergi klinik haiwan secepat mungkin..Tidak semua klinik haiwan yang bole rawat arnab,,,nasip baik ada satu klinik ni boleh setelah pergi beberapa klinik.
Sample air kencing soya diambil dan kena tunggu sejam untuk lab test. pastu Dr buat rumusan ada infection air kencing. Beberapa jenis ubat antibiotik ,vitamin diberi dan injection.



Dapat beberapa kali soya diberi vitamin.

Soya semasa nazak. Hampir semalaman dia nazak hingga subuh dia pergi menemui penciptanya.
Namun takdir Allah mengatasi segalanya...Soya makin lemah namun masih gigih dan penuh harapan kak Ann menyuakan syringe bagi ubat dan vitamin,ketika itu soya dah tak larat nak duduk hanya terbaring. 
Namun walau apapun kami tak ralat sebab telah ikhtiar bawak klinik dan usaha ubat untuknya. Sudah sampai masanya pergi dan dia hanya singgah memeriahkan kami sekluarga untuk seketika dan ia pergi jua........Kenangan bersama Cincau dan Soya tetap bersemadi dalam ingat setiap anggota keluarga ini.