Friday, December 28, 2012

Tahu apa kah ini?

Rasanya ramai yang tak berapa nak kenal dengan buah ni. Ada rupa macam tomato, buah pinang dan jugak pisang kaki. Ni lah yang dipanggil buah cepu kalau kat Johor. Mungkin lain negeri lain panggilan nya.Buah ni kalau muda hijau warnanya dan amat sedap dimasuk kedalam gulai ikan sungai masak lemak terutama ikan baung.Rasa masam buah ni dan lemak gulai ikan akan menjadikan rasa sangat sedap.

Buah yang sudah ranum . Ada dua jenis buah ni samada masam atau manis. Tak tau la apa yang menjadikan faktor rasanya begitu. Adakalanya rasa masam2 manis. Tengok ni pun dah rasa kecur air liur dah.

Semasa berhenti makan di Kuantan terjumpa pokok besar ni. Tapi baru perasan ini terdapat buahnya yang agak pelik. Dari salah seorang yang ada disitu beritau ini lah pokok gajus.

Wahh tak sangka kacang yang sangat2 aku suka terutama bila ngunyah2 depan tv  begini rupenya.Kacangnya dibahagian bawah buah tu.

Friday, December 21, 2012

Nasi Arab

Saya adalah peminat tegar nasi minyak. Insiden pada satu malam minggu dengan tujuan keluar2 cari makan ringan disebab rasa agak kekenyangan bertukar arah bila nampak restoran ni.

Nasi Arab. Berasnya panjang2 dan kurus. Dengan pilihan lauk ayam dan kambing disertakan juga hirisan cili hijau yang rangup. Sangat sedap dimakan kering sebegini. Walau tujuan tadi nak cari yang ringgan je tapi tetiba sebegini bila membayangkan nasi minyak. Nasi sangat sedap walau pon tak dapat nak menghabiskan. Portion ni sebenarnya untuk 2-3 orang. Tapi kami berlima pon tak dapat nak abiskan.


  Roti tempayan dan hirisan daging kambing.

Banana shake...hmmmm kurang sket sebab ada rasa macam kelat2 mesti pisang tak cukup masak ni. Ni mesti supervisor tak turun dapur ni. Sebaik je air ni disedut dek jururasa tu dah terkulat2 dengan ulasan air ni rasa pisang tanduk yang lom masak.

 Ni antara set disamping nasi tu. Sambal rasa mint tu ok nak stabil kan rasa daging kambing tu tapi air kuning ni.....dimana pernah rasa ya...Ohh semasa dalam pantang dulu. Air kunyit.Pasti ada khasiat nya tu.

Restoran ni ada kat seksyen 17 Shah Alam.

Kat Arab sana makan sambil berbuai ke? Sebenar ada dua pilihan untuk tempat duduk ni. samada dengan berkerusi meja atau dengan buaiyan yang ni kat bahagian luar restoran.  Kebiasaan orang Arab akan baring utk lelap sekajab sebaik sahaja selesai hidangan makan tengahari. Dengan duduk kat buai ni setelah kenyang memang mata rasa ala2 kuyu dah. Tapiii harus ingat jangan sesekali berbuai bila salah seorang sedang menyudu ke mulut , jawapnya kelain le pulak pegi nya sudu tu.

Dalam perut dah bercampur baur dengan segala nasi, ayam dan kambing, singah kesini untuk meneutralkan tekak ni.....Nyamannnn

Saturday, December 15, 2012

Hand bag lagi


Hand bag dimana2.Sekali tengok mesti tak tau mana nak dipilih. Sebenarnya tak ada masalah dengan beg yang sedia ada ni,tak koyak, tak kecik, tak besar, tak sempit ,,,semua ok  tapiiiii bila tengok saja beg yang berlambak2 ni dan offer yang ditulis besar dan siap dimerahkan lagi tu, sangat la lemah semangat ni.


Sale setiap hujung tahun sangat lah meriahnya. Suasana di Sogo KL. Barang kalau dah dilonggok dan dilambak begitu memang tak nampak cantiknya. Sebab tu yang sedang memilih tu belek letak, belek letak.....dan bole jadi terus balik tanpa membeli pon dek penyakit rambang mata sebab bila dalam keadaan sebegini semua tu nampak tak cantik.

Sesi kaum wanita sedang buat pertimbangan....beli ke tidak, ok ke tak ok, cantik ke tidak,,,tapi bila tenggok offer jatuh sampai 70% tu selalunya mesti kuasa membeli tu menang. Tips nak dapat pilihan tepat jangan bawak suami atau teman lelaki sebab kalau tanya pendapat sure sekali tunjuk diorang angguk setuju ,,,,,sebab utama mesti diorang sangat rimas dengan suasana camni dan cepat2 nak settle pemilihan.Pemilihan hanya bole dibuat oleh yang nak memakainya sahaja...ingat tuuuu..

Kalau tak dapat yang besar yang comel2 ni pon menggoda juga.

Bila dalam keadaan bersusun kemas atas rak sure nampak semuanya cantik dan berkenan.Tapi tak lama je beg2 ni akan diofferkan dan ditimbun banyak2 macam pic diatas.Dan mesti dapat penyakit nampak semua tak cantik.

Dalam senyap2 dah dapat yang berkenan, tu dalam cermin tu dah dapat hasil tangkapan di hari Jumaat ni.

Maka bertambah lah lagi koleksi.......

Friday, December 14, 2012

Pedang Warisan Temurun

Telah puluhan tahun khazanah ni terperuk dalam simpanan keluarga baru ni ada inisiatif dari salah seorang adik lelaki aku untuk pamerkan dibahagian ruang rumah. Sebelum ni benda2 ni hanya berada dicelahan almari sahaja tanpa seorang pun memperdulikannya.Tak sangka ramai pulak kalangan orang yang bertandang berminat dan cerita disebalik khazanah ni dicerita secara lisan oleh abah yang mewarisi semua ni dari zaman datok dan moyangnya. Walaupun dari kami adik beradik telah mendengan cerita disebalik pedang2 ni  secara lisan dari aruah datuk dan abah sekarang baik lah dihuraikan melalui blog ni untuk pengetahuan anak cucu Hj Manaf seterusnya.

Ada banyak tinggalan dahulu dari rumah lama aruah datuk antaranya tombak , tawak, dan satu tin duit syiling dari zaman queen victoria .Tapi hanya pedang dan sundang ini yang kami ambil untuk simpanan dirumah kini.

Pedang Jenawi ini adalah anugerah dari Sultan Johor Pertama iaitu Sultan Sir Abu Bakar Ibni Daing Ibrahim (diputerakan pada 3/2/1833 -  mangkat pada 4/6/1895) kepada arwah datuk kepada abah. Hubungan dengan kalangan istana Johor dengan arwah datuk secara langsung adalah kerana hobby memburu binatang hutan oleh Sultan dan moyang sebagai Penghulu yang mentadbir kampung masa itu.Pada masa itu tejalinnya hubungan rakyat dengan Raja ni. Dan dalam salah satu kunjungan ke istana baginda telah menanugerahkan pedang ini pada arwah datuk abah iaitu Hj Mahdi.


 Kerana tiada penjagaan teliti, karat telah memenuhi mata pedang ni, antara karat tu terdapat tompokan hitam, mengikut tukang besi ini menunjukkan unsur darah jika terkena besi.
Pedang ni berunsur Rom dan agak berat, mungkin sesuai dengan tenaga orang dahulu yang besar dan gagah. Cara mengunakan pedang ni adalah dengan libasan dikedua2 belah matanya .
Pedang ini telah digunakan semasa perang saudara Jementah dan telah meragut beberapa nyawa.

 Perang Saudara Jementah atau lebih dikenali sebagai Perang Jementah adalah perang saudara yang pertama di negeri Johor. Perang ini tercetus pada tahun 1879 di Jementah, Johor akibat rasa tidak puas hati Tengku Alam, putera gahara kepada Sultan Ali atas penyerahan daerah Muar ke bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Tragedi berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:
  • Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.
  • Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.
  • Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).
  • Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor khususnya mulai tahun 1880 iaitu setahun selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.

Hulu pedang ni juga digunakan sebagai cawan untuk minum, maklum la kalau dah namanya berperang takkan nak guna cawan macam nak berpicnic so kegunaan ni untuk kesesuaian semasa.

Ini pulak dinamakan Sundang. Sundang tidak digunakan untuk menikam seperti keris, ia lebih kepada menetak dan melibas. Saiz matanya agak besar dan lebih berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip kepada hulu pedang berbanding hulu keris



Sundang ialah sejenis senjata tradisi yang digunakan oleh orang-orang Bugis dan Sulu. Senjata ini lebih sesuai untuk melibas, tidak sesuai untuk menikam.

Harap generasi seterusnya dapat memelihara warisan ini sebaik mungkin.Sundang ini juga telah meragut beberapa nyawa semasa perang saudara Jementah.

Kebiasaannya Badik mempunyai rekabentuk yang bermata sebelah, lurus dan tajam.

Hj Manaf dengan koleksi yang ditinggal oleh datuk dan moyang nya.
Disebalik tabir sebagai penyimpan warisan temurun ni ada berbagai kisah mistik bagaikan misteri nusantara tetapi hanya tuan punya waris ini sahaja la yang mengetahui misteri yang kalau diceritakan mungkin sukar nak diterima antara realiti dan khayalan.
Bila dikaitkan pedang, keris, badik yang berasaskan besi pasti zaman dahulu si pandai besi/tukang besi tidak akan membuat keris sesuka hati saja. Untuk tujuan mempertahankan diri pasti sipandai besi akan mengiringi pembuatan senjata ni dengan ramuan dan bacaan tertentu untuk semangat senjata. Ini lah antara kelebihan orang dahulu.

Tuesday, December 4, 2012

Musim Buah Kembali Lagi

Dah sampai masa sekampung diwarnai merah kuning ijau maroon oleh berbagai buah tempatan yang cukup masa untuk tunjuk hasil untuk tuannya. Hampir semua penghuni kampung pasti akan ada pokok rambutan ni, dek buah ni masak serentak tiada peraih yang nak ambil buah ni untuk dijual. Kalau dulu harga borang sekitar 40 sen sekilo. Musim tengkujuh sedang berlaku membuat buah ni kurang untuk menjadi idaman buat kudapan petang2 hari.



Rambutan gula batu ni hasil tanaman abah dari benih yang dibeli dari ekspo UPM, hasil keluar tak berapa lama jugak. Sangat manis dan buah yang besar dan bulat.



Pokok pulasan ni pulak dah berusia puluhan tahun mungkin dah hampir 60 tahun tapi masih gagah mengeluarkan hasil. Amat jarang dijual dekat bandar.Nak ikut kan isi buah pulasan yang berwarna maroon ni lebih sedap dari rambutan.

Pokok dukong ni jugak rajin berbuah dan sangat cantik isinya. Tak susah nak ambil buah ni hanya petik segugus berpuluh biji ada pada gugusan tu.



Yang sdihnya buah ni tak akan habis dimakan , tapi ia jugak menjadi rezeki sang monyet dan keluarganya yang sama2 menikmati rezeki dibumi Allah ni.


Adakah durian ni masih menjadi raja buah?Kalau dulu hanya setahun sekali dapat menikmati buah ni kini sepanjang tahun akan jumpa dari berbagai negeri yang ada buah ni dan pasaran amat mudah didapati.
Durian D24 ni amat lemak dan manis, isi sangat tebal dan padat, 3 ulas rasanya dah kenyang untuk dimakan.
Jika di Johor dipanggil santan durian, ada juga panggil serawa. Sangat sedap dimakan dengan pulut. Walau dah puas makan durian tu begitu sahaja tetap akan buat serawa ni dan dimakan sedikit demi sedikit secara berulang2.


Buah hampir mencecah tanah.



Buah2 ni dalam proses untuk diagih kepada jiran dan rakan2 pejabat.